26 October, 2005
Sesi Berfikir.
Keluar rumah kul 9 pagi. Sampai rumah kul 7-8, kadang-kadang kul 10 pun ada. Letihnya, balik rasa nak tidur jer terus... Hmmm bagaimanalah aku kalau dah jadi isteri. Kalau ada suami jer takpe lagi, nak tengok makan minum pakai dia sorang jer rasanya bisa diatur cewahhh. Tapi kalau ada anak...? Merengek itu ni, nak tukar lampin, nak nenen, kul 3 pagi tiba-tiba meraung tak tau nak apa. Dah la orang balik kerja badan dah letih, mata dah lekap, tapi wajib layan kerenah anak. And not to mention wajib layan kehendak suami. Alamak, macam mana nak hadapi semua ni, hasrat murni nak jadi isteri solehah... aduh gelabah sejenak bila fikirkan menda ni, macamlah nak kawin esok hahahaha. Hmmmmm. gelak gelak jugak, tapi ni lah realiti. Habisla aku suatu hari yang bahagia nanti... kurus kerimping badan seperti cikedis mister potato.
25 October, 2005
Bingkisan Buat Intan Maszlin.
Maafkanlah prestasi kerja Photoshop aku tot... sememangnya aku sedar bakat aku setakat ni jer jika nak dibandingkan kau yang memegang title graphic designer yang disegani. Walaupun comot mende ni tapi tidak mengapalah ya, nak aku upload jugak hasil buah tangan kreatif 10 minit ini. Harapnya kau sukalah... heh heh heh. Sempena kejatuhannya hari yang menjadikan kita seusia akhirnya hari ini, nak lah aku memberikan sepatah dua kata heh heh. Firstly, aku nak kau tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah kerana dipertemukan dengan kau sebagai kawan. Walaupun rasanya pernah dah aku bagitau kau ni tapi takpelah kot kot kau lupa meh aku bagitau lagi ya. Mengenali kau dan keluarga buat aku banyak menginsafi diri aku yang banyak cacat cela ni. Kau telah banyak menyedarkan aku untuk menjalani kehidupan ini sebaik-baiknya dengan tidak melupakan akhirat. Banyak sifat-sifat kau cuba aku kutip jadikan teladan. Terima kasih tot. Aku seadanya tak mampu nak membalas jasa-jasa kau selama ini sangat aku hargai... aku do'akan persahabatan kita tak terhenti sampai bila-bila ya. Mudah-mudahan pemergian kau ke tanah suci hari Jumaat nanti memberikan hikmah yang sepertimana kita do'akan. Jaga diri baik-baik. Balik jangan tak balik tot, aku tamau tidur sorang-sorang.........
p.s: Cuba kau kira berapa heart shape yang ada atas tu. :)
p.s: Cuba kau kira berapa heart shape yang ada atas tu. :)
24 October, 2005
Mata Abah.
Jumaat lepas, Ayahandaku telah selamat menjalani rawatan mata. Alhamdulillah, segalanya berjalan tenang. Kata Abah matanya dah terang benar sekarang, seperti kata pakar, kejelasannya boleh mencapai 99% accurate. Oh nampaknya reputasi baru mata beliau telah berjaya menewaskan performance mata anak bongsunya yang sejak tingkatan 5 mengharapkan ehsan kanta lekap berkuasa 3.95 pada mata kanan dan 3.50 mata kiri. Syukur syukur bilaku dengar Abah yang usianya sudah menjangkau 63 tahun ini tidak perlu lagi bercermin mata bila membaca, menaip, memandu atau sebagainya. Sebelum ni beliau sering mengadu matanya kekaburan dan kepedihan bila terdedah pada pancaran matahari, tapi mudah-mudahan dengan keizinan Allah, pembedahan 25 minit ini dapat membaik pulih penglihatannya. Kini, beliau masih perlu sekali lagi menerima rawatan susulan doktor Sabtu ini dan memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan mata kanan beliau terkena air buat beberapa minggu. Credits to Abang dan Akak yang semata pulang ke kampung membawa mereka ke klinik :)
20 October, 2005
Al-Fatihah.
Al-Fatihah, semoga roh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah.
Sedih bercampur terharu hari ni bila berpeluang mengarang takziah rasmi buat Allahyarhamah di semua akhbar utama. Inilah pertama kali aku mendapat job seperti ni daripada klien. Sebelum ni hanya membaca kat paper, tengok macam mudah jer. Tampal satu gambar, tulis apa yang standard and lekap logo kat bawah. Tapi tidak. Kerjanya memang rumit & mencabar jugaklah kualiti puasaku hari ini....mana taknya 5-6 kali round of revisions plus beberapa last minute changes. Setiap butir bijirin ucapan especially segala kata nama khas mestilah tepat-setepatnya. Hampir hendak juling dan kecut jugalah perutku yang separa buncit ini nak memprove readkan copy. Full brief dapat pagi nak dekat tengah hari. And to make the ad come out in tomorrow's news, we must send out the material petang ni jugak. Memang rushing habis..... first time berpeluh dalam aircond opisku yang kesejukannya beyond Antartika.

18 October, 2005
Suratan Selasa.
Hari ini hatiku ditakdirkan riang kerana berjaya membeli sepasang baju kurung raya simple berharga RM24.50 selepas potongan 50%, yang mana bertepatanlah dengan tema Syawal ku kali ini "meriah dalam sederhana". Walaupun baju ini bukan ku beli di kamdar, namun pilihannya memang berbaloi... kerana workmanship and fabriknya yang lembut memuaskan hati. Dan mungkin jika ada kelapangan waktu serta kurniaan bakat terpendam, inginku mencuba buat julung kalinya menjahit manik-manik simple di leher dan lengan bajunye.
Namun hari ini hatiku juga ditakdirkan membara kerana terpaksa berbuka puasa di pejabat bagi menunaikan kewajipan duniawi yang tiba-tiba muncul selepas pukul 6.00 petang, dan di bawah istilah "urgent"... perkara sebegini sememangnya bukan paranormal bagiku yang telah sekian lama pasrah dalam menceburi bidang yang juga diceburi oleh Neil French dan Yasmin Ahmad ini. Namun, pesona kesabaran dan sifat kewanitaanku tiba-tiba terconvert menjadi sebaliknya bila perkara sebegini berlaku di bulan Ramadhan... sungguhlah bengang kerana terpaksa melayan kerenah client-client yang tidak tahu menghormati apatah lagi mengerti makna bulan mulia ini.

11 October, 2005
Best Ramadhan Buffet Ever.
Sempatku pulang berbuka bersama ayahanda bonda hujung minggu lepas. Syukur, rezeki yang berikan hari itu sesungguhnya berlebih-lebihan. Sememangnya Mak rajin memasak, dan kerajinan itu ku lihat semakin menguat bila menyambut kepulanganku dan adik beradik lain di minggu pertama Ramadhan. Bermacam-macam lauk dimasaknya sendirian, tak ku dengar dikeluhnya penat. Abah juga begitu. Setiap kali kami pulang, ayam kampung peliharaan pasti ditambatnya buat hidangan. Kali ini disembelihnya burung puyuh yang baru saja menghuni reban.
Sayunya bila kembali ke Kuala Lumpur. Teringat saat di meja makan. Teringat tanganku menadah amin do’a berbuka Abah, sambil mataku memerhati satu-persatu lauk-pauk Mak yang pelbagai. Berganda sayu bila fikiran ini bertanya khuatir berapa lama lagikah Allah mengizinkanku menikmati semua ini........................ kerana lafaz do’a seorang ayah dan air tangan seorang ibu sememangnya tiada tandingan.
07 October, 2005
Anjakan Paradigma. (episod 2)
....apa pulak mamat ni, ku berkata dalam hati. Dua rakanku sudah saling tersengih dan ternganga menatap pemuda berkulit sawo matang itu meneruskan bual bicara Thai dengan syok sendirinya. Aku pun mencuba nasib bertanyakan dia di dalam English siapakah gerangan gadis yang terpapar di skrin telefonnya (yang sekali imbas ku lihat lekuk tudungnya itu macam aku pun ada haha). Jika betul lah ku terjemahi kata-katanya, dia nak bagitau kami yang dia juga adalah seorang muslim dan gambar ini adalah adiknya, bertudung, sama seperti kami. Laaa buat suspen je.... kataku dalam hati. Agaknya tidak ramai orang muslim berhijab menjejaki tanah Phuket ni. Atau semua orang Thai sememang ramah begini? Dia kemudian menghulurkan kad dan menawarkanku menghubunginya seandainya memerlukan limousine. Terima kasih sajalah, ku jawab dalam hati. Ada bas sudah menanti di sini…
Tapi di mana ya? Ku bertanya sendiri. Terasa lama benar menanti, tidak pula walau seorang daripada 40 itu memunculkan diri. Hmmm. Barang kali mereka pergi menunaikan hajat kecil dan besar atau berkunjung sebentar di duty free di dalam, so lambatlah keluar. Ujar mindaku yang jarang sekali mengamalkan positive thinking sebelum ini.
“I think something is wrong”, rakanku Effa memaculkan ayat yang menguji performance jantungku secara tiba-tiba. Hatta, kelihatanlah di persisiran pintu arrival airport Phuket, 3 gadis warga asing ke hulur-hilir berlari-lari anak bersama troli bagasi, di dalam keadaan separuh cemas seolah-olah kehilangan sebutir batu permata tertua di dunia. Suasana di situ yang mana graf kekecohannya hanya di paras 15% telah melonjak ke 75% buat seketika apabila ramai warga Thai yang mesra alam ingin membantu tetapi malangnya gagal memahami Bahasa Melayu mahupun English yang kami tuturi dan tidak mengetahui apakah sebenarnya yang kami cari. Aduh, salihaaa......... (bersambung)

05 October, 2005
Anjakan Paradigma.
Alhamdulillah. Akhirnya ku berpeluang juga melangkah keluar dari Malaysia buat pertama kalinya dan pulang tanpa mengalami sebarang kecederaan, walaupun agak cuak mendengar berita pengeboman di Bali pada hari kedua sesampainya kami di daerah yang penuh dengan aqua itu. (bukan Aquaria atau akuarium ikan yang baru bukak kat KLCC tu, ni lain).
Terlalu banyak perkara baru yang ku lihat dan rasa sepanjang percutian ini. Al-maklumlah, pertama kali hendak melepasi gate international boarding. Pertama kali menempuhi pengalaman beratur di belakang line kuning, meletakkan passport kat atas ruang yang disediakan, menghulur kemas ibu jari pada alat pengimbas urat halus seterusnya melihat butir peribadi dan gambar pasport ku yang toye terpampang dengan besar sekali di skrin berwarna sebelum gate automatik itu terbuka mempelawaku masuk. Fuiyooo canggihnya imigresen Malaysia ni, kataku pada diri yang separa kejakunan.
Bila masuk ke dalam penerbangan yang taglinenya berbunyi sesiapapun boleh terbang, maka terbanglah aku di awan biru tanpa ragu-ragu dan agak teruja bila pilot mengumumkan kapal bakal mendarat 10 minit lebih awal berbanding biasa. Baguslah dia speeding kataku sebab tulang belakang ni dah sengal duduk di kerusi hitam yang hanya boleh di recline sedikit dan kepala pun sudah kepeningan lalat. Apabila roda mencecah landasan, aku pun menjenguk ke luar tingkap dan alangkah terpegunnya melihat keindahan pantai yang begitu biru kehijauan. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ni terletak di tepi pantai rupanya... kataku jakun lagi.
Selepas merelai passport ku dirasmikan oleh pakcik imigresen Thailand yang tidak membalas senyuman yang ku sedekahkan, aku bersama 2 rakan pun keluar untuk menunggu semua officemate yang lain seramai 40 orang itu. Kami bertiga duduk di kerusi yang tersadai di tepian sambil memerhati suasana biasa di pintu arrival airport di mana tourist guide memegang di paras dada kepingan kertas bertulis nama. Kemudian datanglah seorang pemuda Thai yang merupakan pemandu teksi airport di situ cuba beramah dengan kami. Namun perbualan itu jatuh complicated dalam kelucuan sebab kami tak paham langsung apa biji butir bahasa Thai yang dituturkan, BM dan English dia pulak K.O. Jadi, bagi menghormati dia yang beria-ria benar ingin bercerita jugak walaupun signal yang kami tidak mengertikan bahasanya sudah diberi, aku pun mengangguk-iyakan segalanya. Dia kemudian mengeluarkan handphone berkamera dan menunjukkan gambar seorang wanita bertudung. Aik...... (bersambung)

03 October, 2005
Ucap Selamat.
Dear daddy...
I would like to wish you a very HAPPY BIRTHDAY!
In case you aren't sure of your age, you just turned (2005 tolak 1976) today.
I love you daddy and thank you for producing me together with mummy.
I hope you will become a famous filmmaker one day and buy me lots of toys!!!
Your grateful son,
Amer Hamka b. Shahrul Azli
Subscribe to:
Posts (Atom)