24 October, 2005
Mata Abah.
Jumaat lepas, Ayahandaku telah selamat menjalani rawatan mata. Alhamdulillah, segalanya berjalan tenang. Kata Abah matanya dah terang benar sekarang, seperti kata pakar, kejelasannya boleh mencapai 99% accurate. Oh nampaknya reputasi baru mata beliau telah berjaya menewaskan performance mata anak bongsunya yang sejak tingkatan 5 mengharapkan ehsan kanta lekap berkuasa 3.95 pada mata kanan dan 3.50 mata kiri. Syukur syukur bilaku dengar Abah yang usianya sudah menjangkau 63 tahun ini tidak perlu lagi bercermin mata bila membaca, menaip, memandu atau sebagainya. Sebelum ni beliau sering mengadu matanya kekaburan dan kepedihan bila terdedah pada pancaran matahari, tapi mudah-mudahan dengan keizinan Allah, pembedahan 25 minit ini dapat membaik pulih penglihatannya. Kini, beliau masih perlu sekali lagi menerima rawatan susulan doktor Sabtu ini dan memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan mata kanan beliau terkena air buat beberapa minggu. Credits to Abang dan Akak yang semata pulang ke kampung membawa mereka ke klinik :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment