Diri Meksu

Hai.

Assalamualaikum WBT.

Nama saya Suhaila Mohd Shukor. Singkatannya Su/Meksu/Maksu...ikut penggunaannya di mana lah he he. Berumur awal 30-an, seorang isteri dan "mak tiri" kepada Boboi d Bulus. Dengan Boi ni takleh lembut-lembut, kena tegas sikit sebab dia ni banyak perangai tak handsome. Kalau nak tahu apa tu boleh tengok hashtag #perangaitakhandsome memang keluarlah semua sikap-sikap dia tu he he.


Sebenarnya saya dah mula blogging sejak zaman bujang lagi...sekitar awal tahun 2008. Ketika itu menulis mengenai kegilaan kerja saya dalam dunia pengiklanan, keterujaan saya ketika mula mendapat passport ke luar negara, kisah gila-gila bersama housemate kena kami menyewa di pangsapuri dan kisah-kisah bersama keluarga. Terutamanya mengenai dialog dan gelagat Mak dan Abah saya yang kelakar dan anak-anak sedara saya yang masih kecil dan comel-comel. Saya ni boleh dikatakan memang jenis rapat dengan keluarga...

Kembalinya saya dalam dunia blog ni untuk berkongsi inspirasi tentang minat-minat terbaru saya dan cara saya melihat kehidupan sebagai seorang hamba kerdil yang mencari kebahagiaan dunia dan akhirat.. Yelah bila dah berumahtangga ni... pandangan, minat, fokus pun dah lain. Saya akan titipkan apa yang saya anggap relevan dan bermanfaat dari kaca mata dan mata hati saya sehari-hari...

Ni kalau tengah keje kena ler serius sikit...
Siapa pula Boboi ni? Inilah haiwan kesayangan yang hadir dalam kehidupan kami dan merupakan penghibur dalam rumah ini. Pastinya saya banyak akan kongsikan kisah mengenai penjagaan kucing yang kami berdua sayangi ini. Kalau lihat gambar makhluk kelabu berbadan beruang yang berwajahkan kucing ni...dialah Boboi...atau panggilan pendeknya Boi...d bulus he he.
Ni kalau tengah shopping pun kena serius juga he he
Saya juga mempunyai minat mendalam terhadap warna merah jambu. Yes! Pink is my passion...secara semula jadinya minat dari dulu dan tak mampu saya menolaknya hingga kini he he. Jadi maaflah kalau tak tertanggung menahan mata melihat gambar yang bakal dikongsikan mungkin banyak yang berwarna PINK ya?

Saya juga minat sangat ke dapur...masak-memasak memang jiwa saya...taklah terrer bebenor tahap chef-chef, tapi saya rasa seronok kalau dapat berkongsi apa yang saya tahu walaupun sekelumit ilmu...

Saya dan suami juga minat dalam dekorasi rumah...ya kami berdua memang gemor menghias, menyusun atur rumah...dan tambahan pula suami saya ni kaki DIY...so memang lagi ligatlah bila berceloteh atau melaksanakan tugas-tugas dekorasi ni...sehingga wujudnya online biz menjual barangan dekorasi vintage di Instagram: @pink_vintage_home

Ni gambar masa anniversary, Mei 2015
Kami juga kuat berjalan...kereta kami meluncur bukan saja ke serata Malaysia namun melepasi sempadan. Juga kalau ada rezeki, kami juga suka berterbangan. Kalau di sekitar Kuala Lumpur, kami suka jer nak berjalan mencari tempat makan dan melihat barangan.

Begitulah serba sedikit mengenai diri saya yang boleh saya coretkan. Terima kasih kerana sudi membaca ke hujung jalan...semoga ada isi penulisan saya yang boleh saya sendiri dan kita semua saling dapat memanfaatkan...mudah-mudahan...


Salam sayang,

Meksu / Mak Tiri Boi
E-mel: pinkkitchen.kl@gmail.com

1 comment:

Unknown said...


What's up, yup this article is really nice and I have learned lot of things from it on the topic of blogging. thanks. aol.com email sign in