24 April, 2008

Suatu Malam di Bintang Walk...

Mengapa kalau kita pergi berjalan jauh, kat ceruk mana pun kita biasanya sibuk nak bergambar kenang-kenangan...tapi bila berjalan di sekitar Kl, atau bandar yang kita huni, jarang sekali kita "hargai" moment tersebut?

Minggu lepas, aku teringin benar nak makan dim sum buat kali kedua (selepas makan dengan Sheyna, Tris, Haz & Didie). Yes, aku ajak boifren aku menjejak masuk ke "fudcot" Starhill. Selama ini kami hanya membuat lambaian miss world kat depan Starhill tu...yer la apa saja pun yang mampu kami miliki (setakat ini hehe) dari butik jenama berprestij yang menjadi persinggahan mereka yang berwang besar. Kami parking di tempat biasa yang cost effective...iaitu basement Pavillion yang flat rate RM5 selepas 6 petang.





Di hadapan The Loaf... bakeri yang dimiliki oleh Tun Mahathir, tokoh yang SANGAT aku kagumi.
Inilah Dim Sum pilihan kami... aku tersilap order yang goreng tu...sebenarnya aku kurang gemar keladi yang disalut sekali di dalam tuh. Tapi yang lain-lain udang, ayam, memang SEDAP.
Aku minat betul cili kering ni....SEDAP GILERRR bila dicicah makan dengan dim sum di atas.
Carrot cake....sedap juga...ada udang kering yang digoreng garing-garing.
Boifren aku ni mana-mana pun nak order nasik...tu diaaa selambak nasi goreng. sampai buntat kami nak habiskan. mana taknya sepinggan RM25 tak silap aku...kalau kat kedai makan bawah umah BTS boleh dapat 5-6 bungkus nasik goreng hehe. takpeler sekali sekala....
cuba teka aku kat mana ni? AHAAA...inilah suasana di dalam toilet Starhill yang ada kincir air. Tukang amik gambar aku ni adalah pekerja yang ditugaskan untuk memusing roda kincir ni bila orang nak basuh tangan hehe katanya takpe...memang ramai jerrr orang jakun macam aku yang minta tolong dia ambilkan gambar dalam toilet ni hehehe timekasih ibu suriyati...

23 April, 2008

HUHHHHHHHHHHHH.

Sebolehnya aku ingin sangat bercerita apa berlaku 2-3 hari lepas tetapi waktu masih belum mengizinkannya. Sehingga kini aku masih sibuk melayani tuntutan kerja yang menyesakkan minda dan jiwa raga...tinggal keayuan wajah olay total effects ni saja yang maintain hehehe. Yerla, masuk saja opis tadi sudah bersilang-silang job brief di atas keyboard workstation aku...membuatkan aku sudah tekun bersila atas kerusi pusing2 ni sambil menahan kontur badan supaya takla bongkok sabut bila tua nanti.

17 April, 2008

Kisah hari ni.

Hari ni aku pakai coat hitam...actually baru dibeli semata-mata untuk satu meeting penting nanti hehe. Masuk2 jer pejabat, group FA artist kat department ni usik2 la. "uiyyo su...apa mimpi...pakai chiantekkk" "waaa girl in black..." "hey su...got another interview issit?" aku pun memain jalan gedik2 macam catwalk sampai ke tempat duduk aku hahaha saje jadik badut sekejap. Tambah kecoh gelak2 ler derang. Aku suka jer kalu orang nak melawak ngan aku hehe. Tapi paling cilakak skali komen dari Wayne, "SU! today you're going to syariah court issit, to fight for custody?" WAKAKAKA

16 April, 2008

Tula tak potong kot?!

B: Hello Su, sorry I didn't realised my phone was ringing.
A: Hey its OK. I just wanted to say hello.
B: Yeah, how are u doing?
A: I'm good. Kinda nervous actually. Next week will be my last week here. Insyallah I'll see you on the 5th of May kan.
B: Yes...but why nervous? Bukannya u nak berkhatan ka apa ka.
A: Berkhatan!!?! haha memang la. So how's work...bla bla bla aku pun boraklah dengan bakal boss aku yang berambut panjang seperti abang rambut ketak Melodi. Yelah, sekadar tau serba sedikit perkembangan di sinun. Takkan tetiba aku muncul jer depan opis nanti. Phewww!

Di saat akhir aku kat sini, macam-macam gosiplah aku dengor hihi. Apalagi...office politics! Mana-mana kita bekerja pun sebenarnya kita akan berdepan dengan isu-isu sebegini. Yelah, selain daripada peluang & rezeki di tempat lain, antara sebab lain yang membuatkan aku nak CHOW ialah perasaan menyampah aku dengan anasir ini. Yang ironinya, anasir yang 'jahat' ni bukannya bos besar...tapi yang berada di peringkat bawah sedikit dari bos dan tunjuk lagak. Tambah lagi kalau k****g. Opps aku bukanlah racist tapi itu hakikat yang aku nampak. Sikap aku yang boleh dalam kategori lembut dan penyabar ini kadang kala mungkin diambil kesempatan. Mungkinlah. Atau secara kebetulan. Sampai masanya akan meletus juga gunung berapi ini jika isinya yang panas kian meledak dan terlalu banyak terkumpul. Yang aku teramat pasti, amanah kerja yang diberikan tiap-tiap hari, aku lakukan dengan teliti, bersungguh dan happy!!! Kipas-kipas bontot bos bukan cara aku.

Lahirnya satu titik mula.

Maaf...JPEG di atas agak pixellated! My bad my bad. Tapi aku nak tunjuk jugak ni... ia merupakan bahagian depan business card aku...designed by ProjectNADA. *Credits to Nazly!*Insyallah, aku dan partner sedang berusaha menjalankan perniagaan berbentuk SME di bawah label Merah Jambu Kuala Lumpur (MJKL), di samping pekerjaan harian tetap kami. Sebenarnya MJKL ni sudah didaftarkan pada tahun 2007 dan aktiviti perniagaan telah pun berjalan sejak itu. Kepada sesiapa yang inginkan perkhidmatan terjemahan (ENG-BM, BM-ENG) mahupun penulisan skrip silalah berhubung terus dengan saya.

Dan seperti yang anda sedia maklum, tempahan merah jambu cutecakes juga dibuka luas selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh penghantaran. Kami juga anda menyediakan koleksi kain baju kurung/kebaya/jubah (4meter), tudung moden fesyen terkini (semuanya diimport dari Indonesia) dan aksesori dari semasa ke semasa...namun buat masa ini, perniagaan fesyen & aksesori kami tertumpu secara terus sahaja (direct selling) dan cadangan untuk menjalankan secara online masih di dalam perancangan! Tunggu~

Selain itu, MJKL juga sedang mengadakan perbincangan serius bersama salah sebuah badan kerajaan di Putrajaya untuk menyediakan fabrik batik formal dan kostum persembahan untuk staf-staf mereka.

Kawan-kawan, doakanlah kejayaan aku & partnerku ini, AMIN...

12 April, 2008

Digitalkah Anda?

Berpegangkan prinsip "alang-alang nak membazir, biarlah ke benda yang berfaedah" haha aku telah pun membeli aksesori untuk cekodok seperti di atas. Laptop cooling fan pad yang aku tak pasti keberkesannya untuk menyejukkan cekodok. Oleh kerana amat tertarik kepada ergonomik (canggihkan terms aku?) designnya yang dapat meninggikan posisi laptop, aku pun belilah...RM20 jer. Siap ada lampu liplap kaler biru tuuu hihi. Ditambah dengan kipas comel yang dicucuk pada USB. Kipas ini pula aku tugaskan khas untuk menyejukkan muka aku yang "hot" ini hahaha. Semuanya aku beli di Digital Mall (*digitallah sangat! haha sapelah nak menamakan bangunan ni pls?!) kat SS14 PJ...sebab dah kebetulan aku ke area sana untuk amik sijil cupcake workshop aritu. Besar jugak DM ni...atmosphere dia seperti di Imbi atau Low Yat Plaza. Barangkali lokasi alternatif bagi mereka berada di sekitar PJ yang dahagakan kuasa digital hihi.

10 April, 2008

Takleh Tidur Pulak.


So i upload my latest cutecakes creation kat flickr tadi. Enjoy more pics (for free) at http://www.flickr.com/layarputih Kalau nak rasa, baru kena bayar...

09 April, 2008

SMS motivasi.

Arini, aku dapat SMS berbentuk motivasi yang berbunyi...
INGATLAH, CABARAN ADALAH IBARAT TAHI HIDUNG. KADANG-KADANG KECIK, KADANG-KADANG BESAR. WALAUPUN HARI-HARI KITA KOREK HIDUNG, ESOK TAHI HIDUNG BARU AKAN TERBENTUK. JADI, JANGANLAH BERPUTUS ASA. TERUSKAN MENGOREK...

Tak dinafikan, banyak betul tahi hidung aku semenjak dua ni...hehe thanks mareena for d SMS.

07 April, 2008

NAK MAKAN KASUT?


Aku dah bengang ni. Dah dekat 2 minggu kete tak siap. Mungkin dia tak tau aku ada kasut ni...WACHAAAAAAA!!!!!!!!

04 April, 2008

Time Flies.

Hai hai. Agak sibuk minggu ini selepas 2 hari bercuti. Aku sempat menemani ayahanda dan bonda ke Langkawi hujung minggu lepas hingga Selasa. Sengaja aku pilih ada weekdays. Taklah berebut-rebut cium ketiak dengan orang lain yang beli2 barang kat pekan Kuah tu. Kali ni kami jenguk Makan Mahsuri juga. Wah, sungguh berbeza tempat tu sekarang. Sudah dikomersilkan. Sudah lebih teratur, lebih cantik, lebih padat dan beraktiviti. Cukup berbaloi bayar RM5 seorang untuk masuk ke dalam dan melihat lebih daripada sekadar batu nesan. Ada satu potret besar Mahsuri di situ and they quoted as *Lambang Kesucian Wanita Melayu*...OH REALLY? kataku di dalam hati. I taught it was me all this while...hehehe!

Selain muzium yang menceritakan pembunuhan tragik tu, ada gak rumah kayu lama, peralatan antik yang digunakan oleh orang dolu-dolu...ada tempat mengambil gambar siap segera (i like!!! hehe) ada persembahan muzik tradisional live dan ada gak makcik2 menjual kuih cucur meniram dan kuih karas semuanya dimasak fresh kat situ (sukanya mak aku!!!) and not forgetting laksa kedah yang sungguh yummy.


belakang tu ha makam mahsuri...*kat depan kubo pun aku bantai posing ek hihi*
antara barangan dolu-dolu yang dipamerkan...err nak kene ketuk? ni la cucur meniram...
@ pekan kuah. Cian btul abah...punyelah setia sampai tetido nunggu aku ngan mak depan kedai pinggan mangkok ni...hihi luv u!

Balik dari cuti, tak ku sangka aku ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk berkhidmat kat opis ni, sebelum memulakan penghijrahan. Begitu pantas masa berlalu ek... i'll miss this opis for sure.



pic taken by Wayne...d hensem and hamsap chinese copywriter sitting in front of me. (*thx darlin'!)