05 October, 2008

Raya Datang Lagi...

Ramadan kali ni berlalu begitu pantas bagiku. Entahlah mungkin kerana bebanan kerja yang banyak, jadi aku seperti terasa cepat benar hendak sampai minggu terakhir berpuasa dan disusuli minggu pertama hari raya. Sempat jugalah aku mendapat apa yang dihajati di saat-saat akhir. Tahun ni pakaian, kasut serba serbi sederhana...namun aku dapat beli apa yang benar-benar aku suka. Alhamdulillah, Allah sayang betul pada hambanya ini. Rezeki yang diberi sebelum raya agak mencurah, walaupun boleh dibilang jari berapa kali aku menunaikan terawih. Sibuk bekerja bukan alasan untuk tidak melakukannya kan. Aku tahu, aku tahu :

Seperti biasa aku pulang beraya di kampung lahkan. Aku memandu pulang seorang pada hari Sabtu sebelum 1 Syawal berkunjung. Dan hari ini aku telah selamat kembali ke Kuala Lumpur, tapi sudah rindu rasanya untuk pulang ke kampung...:(( Gambar raya belum sempatku upload lagi...tunggu!

INILAH DI ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG KU JANJIKAN... :)))) SORRY YER...BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.


Rumah kampungku ini berkonsepkan United Colours Of Benetton bak kata abahamka. Mana taknya, luar warna oren striking, dapur warna kuning, ruang makan warna biru, bilik warna pink, toilet kaler hijau...kreatif kan mak ayah aku? hahaha
Abah bersarapan penuh di pagi 1 Syawal selepas pulang jadi imam semasa Solat Hari Raya. Abah bebel-bebel sikit sebab aku ngan mak bersekongkol tanak pergi semayang sebab lontong kami tak siap lagi...hahaha
Mak pun makan sama...
Antara grup budak-budak kampung pertama yang datang beraya (alah...nak duit raya jerk tu hehe)

Sempat aku posing manje jap dengan abah...

Pasangan merpati sejoli...abah & mak dengan fesyen baju raya terbaru yang dipanggil 'kupron' (short form kepada kurung + apron)

Ini adalah sesi petang raya ketiga...mak aku sibuk nak kira duit raya cucu-cucunya...tapi ternyata duit raya mak aku sendiri lagi banyak...mencecah seribu kutipan tahun ni katanya dengan nada eksyen sekali...

Abah belah kelapa muda, aku tolong korek isi dan ambil airnya...mak nak buat jeli kelapa muda...
Aktiviti aku dan cousin mezen sebelah mak... twister time!