18 September, 2006

Jom Masuk Peraduan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah pembabitanku di dalam industri contest berasaskan slogan, alhamdulillah tercipta juge akhirnya kemenangan GRAND PRIZE di dalam Ralph Lauren Polo Black slogan contest....yeeeha!!! (bunyi seperti cowgirl menaiki i-gallop sambil memakai u-zap) Hadiah-hadiahnya berupa Percutian ke Club Med Cherating 3 hari 2 mlm, Telefon Nokia N93, Ralph Lauren Perfume worth RM500 and latest Peugeot (model apetah) driving experience. Walaupun penyertaan itu di atas nama big bro dan di atas resit pembelian perfume dia di Mid Valley suatu ketika dahulu, namun keringat mencurah adikmu inilah yang menciptakan slogan tidak lebih daripada 20 perkataan itu. So paham-pahamla pembahagian harta di dalam Islam haruslah adil dan saksama......hahaha seronok pulak masuk peraduan ini kan, lepas ni barangkali aku harus berusaha meminum power root kacip fatimah pula, manelah tahu ada rezeki menang mottow.

06 September, 2006

Cek Saman Secara Online.

Seperti kata pepatah... tempat yang jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat kena saman. Silalah ke https://www.rilek.com.my/index.jsp untuk menyelami perasaan menyesal kerana memandu dengan lajuuu tanpa memikirkan saman-saman yang mungkin mendatang. Aiseh, aku ter-ada 2 yang mana bernilai RM150 setiap satu. Jadik aku amat berharap agar diskaun saman 70% seperti yang diwar-warkan oleh pihak berkuasa semalam direalisasikan sepenuhnye........ heh heh heh heh heh. Amin.

05 September, 2006

Kedai Kreatif Minggu Ini

heheheheheheheheheh..............to whom it may concern.