Kalau nak cerita pasal Boboi ni memang panjang...Meksu pendekkan ceritanya Boi ni kami ambil dari kampung di Ayer Tawar melalui kakak Meksu yang bawakannya dari Parit Buntar. Jadi Boi ni asalnya dari Perak juga. Tapi disebabkan tiada yang boleh membela Boi ketika itu, mungkin rezeki kami untuk bela beruang jadian ini.
Niatnya untuk menjadi penghibur dalam rumah kami memandangkan kami masih berdua lagi. Maka bermulalah episod kehidupan Boi di bandar. Masa ambil dulu rupanya tidaklah berbulu lebat seperti ini...tubuh dia kecil dan kurus dan berwajah rakyat...ha ha
Seperti orang lain yang sayangkan pets, Boi kami manjakan dan layani sebaik yang boleh. Kami berikan dia makanan yang baik-baik, jumpa vet, beli tempat main, tempat tidur apa saja keperluan dia. Walaupun ada banyak perangai tak handsome dia ni...kami gelakkan aja. Tapi tak dinafikan Boi banyak mencorak kehidupan kami menjadi lebih sabar dan ceria. Seterusnya biarlah gambar menceritakan siapa Boi ya?
Kalau balik kampung, Boi tak terlepas ikut sekali. Boi boleh dikatakan dah biasa travel naik kereta ni ha ha |
Kalau mandi Boi berikan kerjasama...dan berubah jadi Osman Kering |
Boi ni ipad addict...suka main games tangkap ikan dan tikus thanks to ipad APPS for cats |
Melalui instagram, ramai yang lain sayang dia walaupun tak pernah bertentang mata. Ada yang hantar hadiah kat Boi walaupun tak pernah berjumpa...terharu sangat sampai bergegor misai Boi ni ha |
Something about Boi...dia memang gemar pakai aksesori...kalau nak pakaikan rantai dia akan suakan lehernya...itu yang musykil Boi ni lurus kah |
Secara tak sengaja Boi dah biasa beraksi depan kamera...ini ketika Boi terlibat dalam sesi penggambaran majalah |
Ini aksi di bilik |
Perangainya macam-macam kadang kala malas nak marah... |
Hidup Boi memang dalam dunia pink dengan jamban pun sekali pink ha ha bior banyak sikit "melabur" nye |
Bila kita keluarkan apa-apa benda baru dia yang sibuk dulu... |
Kalau masuk pertandingan ada saja rezeki Boi dan mesti tak pulang tangan kosong...Alhamdulillah |
Dia suka masuk dalam almari tu saja nak dengar jeritan mak tiri |
Boi menjadi maskot dan nadi dalam IG shop home deco @pink_vintage_home kami...jemput singgah dan follow kami |
Ada saja aksinya setiap hari yang tak terjangkau di fikiran...itu yang buat hari-hari kami di rumah tidak bosan. Syukur kepada SWT kerana beri kami Boi sebagai pinjaman |
No comments:
Post a Comment