26 May, 2008

Sesetengah perkara tak diajar di sekolah...

Semalam aku berkesempatan meluangkan Ahadku yang ceria bersama ahli keluarga terchenta. Kakak ipar aku, kak cha telah dimasukkan ke wad Seremban Specialist kerana terdapat sedikit masalah tekanan darah tinggi. Kesian giler aku tengok dia, muda-muda lagi ada masalah sebegitu. Tapi semuanya ada hikmahnya kan...antara hikmahnya ialah aku telah menjadi adik mithali yang telah memasak lauk-pauk makan tengah hari untuk berkelah di hospital hehe. Tapi aku masak simple2 jek la...nasi putih, ayam masak lemak cili api, daging lada hitam dan sayur kangkung tumis. Tapi yang lawaknya aku yang lembab ni hanya sampai ke Seremban bersama lauk pauk pada jam 3 petang. Naik keras perut buncit big bro aku tunggu nak makan. Dia kata dia pun hampir dimasukkan ke wad sebelah sebab gastrik tunggu makanan aku sampai hihi.


Dari rumah aku singgah ke Nilai dulu...jemput Afiq, anak sedara aku untuk melawat mak dia sekali. Afiq ni umurnya belasan tahun, dan bakal menduduki PMR tahun ini. Afiq ni karekternya agak pendiam tapi suka menjawab bila orang mempersalahkan dia dalam sesuatu hal. Ada jer jawapan dia bagi dan tak suka nak beralah walaupun dia anak sulung. Boleh dikatakan bijak dalam pelajaran, ada sifat kepimpinan yang terserlah di sekolah dan bijak IT jugak. Kalau bukak laptop dia, memang tak boleh nak gunalah sebab sana sini password required haha. Tapi dia ada sifat lengai a.k.a salai balai. Yang paling tak masuk akal adalah dia hanya tersedar yang handphone dia hilang selepas 2-3 hari, yang mana dia telah meletak handphone di atas padang bola di depan rumah masa main bola dengan kawan-kawannya haha. OKlah panjang lebar pulak mukadimah aku pasal budak ni.


Al-kisahnya si Afiq ni kalau jumpa aku, dia suka berborak-borak kosong dengan maksu dia ni. Tak kiralah topik apa...mungkin dia rasa senang tanya ngan aku yang forever jiwa remaja ni hihi. Tapi tiba-tiba aku nak tergelak (tapi aku tahan cool) bila dia tanya aku soalan ni. Dahlah masa tu aku tengah fokus memandu balik kat highway Seremban-Nilai..........

Afiq: Maksu........maksu biasanya buang bulu ketiak macam mana? (suara naif.)
Aku: ERMMM? (aku terus concious kejap, eh budak ni intai ketiak aku ke ape? dah la aku pakai t-shirt lengan ekstra pendek! HAHAHAHA)
Aku: Errrr....maksu shave la. (suara malu2 kucing meow meow)
Afiq: Shave, cemana? Guna apa.
Aku: EHHH, selama ni Afiq guna apa?
Afiq: Afiq....guna gunting...tapi susahla, amik masa...
Aku: HAHAHA gunting.?? Shave jer lah senang. Tapi, ada gak orang cabut guna besi kecik tu.
Afiq: Guna apa?
Aku: Senang afiq guna pencukur. Ala yang orang cukur..erm (aku terlost word jap HAHAHAHA takut salah sebut kat budak bawah 18tahun)...erm cukur misai, janggut tu la...shaver tak tau? Tadi maksu masuk Watson, apa tak cakap.....
Afiq: Maner afiq tahu...ermmm bulu kaki pun boleh cukur guna tu ke? selama ni afiq guna gunting gak.
Aku: Yaaa Allah....shaver tu boleh. Tapi afiq laki, apsal nak cukur bulu kaki???
Afiq: Kena jugak maksu.......... sebab panjang sangat, pintal-pintal. Afiq main bola nanti lumpur lekat-lekat. Susah...........
Aku: HAHAHAHA camtu ker. Takpela nanti suh abah beli shaver untuk Afiq.
So big bro if you're reading this, u know what to buy for him this month!

22 May, 2008

APA NAK JADI.

Kita semua telah sedia maklum, bekas Perdana Menteri kita yang ke-4 telah bertindak nekad meninggalkan UMNO. Satu kejutan buatku yang sungguh buntu dengan perihal politik sekarang. Insan yang memaklumkan berita ini kepadaku ialah seorang pakcik polis trafik hehe. Aku ingatkan dia main-main. Sebabnya, dia kebetulan ditugaskan menjaga laluan trafik di hadapan Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan pada malam Isnin lepas untuk memberi laluan team produksi kami menjalankan pengambaraan di depan jalan raya tu.

Ketika ku ralik menunggu tuan direktor bersedia dengan setnya, pakcik trafik ni datang menghampiri aku. Katanya, "adik tau apa berita tergempar hari ini?" "Ntahla pakcik, saya dah 2 hari tak baca paper..." Balasnya, "Tun Mahathir undur diri dari UMNO. Heboh dah...ni member2 pakcik baru bagi tau". "Ohh yerke." Aku cam blurr sotong lagi dan tak terkejut pun. So aku cakap, "Pakcik ni polis, mestila sokong UMNO yer...pangkah Barisan Nasional la election lepas? hehe" Tersengih macam kerang busok pakcik tu. Lekas dia respon, "undi kan rahsia...maner bleh bagitu, ye dak?!" Aku pun tak tau kenapa aku tanya dia soalan bodoh tu. Aku pun beredar jauh sikit dari situ. Kang panjang lebar pulak nak merenyeh. Malas aku.

Tak kesampaian.

Cukup sedih aku tengok tahap produktiviti blog aku ni hahaha OK OK OK dah ada sikit masa ni elok aku cerita sikit apa yang terjadi pada aku kebelakangan ini. Sebenarnya, aku sedang menyesuaikan diri dalam persekitaran baru di M&C Saatchi. Alhamdulillah, di minggu ke-3 ni aku masih bernafas pada kadar normal. Takda lagi wujud serangan sakit jantung atau tanda-tanda yang aku hendak cabut lari dari sini HAHA. Walaupun kesibukan di sini AMATLAH ketara, tapi ketentuan itu sudah aku jangka dari awal dan itulah cabaran yang ku cari sendiri HAHA padan muka aku kan. Perjalanan hijrahku baru bermula. Doakanlah kesempurnaan :)

17 May, 2008

Keterhadan...

MAAF MAAF. Tuntutan kerja agak membataskan niatku untuk kembali mengomel di sini. Insyallah, semasa shooting nanti aku akan mencuri waktu...

06 May, 2008

Cerita Dari Gunung...


Percutian kali keduaku ke Bandung membawa misi untuk meluangkan lebih masa melawat tempat-tempat yang tidak sempat ku kunjungi dahulu. Yelah, berjalan dengan ayahanda dan bondaku dahulu agak terbatas, mengikut kemampuan fizikal mereka dan di bawah tema percutian keluarga mithali hehehe. Manakala percutian kali ini lebih kepada konsep pengembaraan muda-mudi, walaupun ahli-ahlinya ada juga di kalangan para ibu, tetapi para ibu yang gila-gila remaja belaka mengalahkan aku. Antara pelusuk Bandung yang sempat kami singgahi (dengan penuh ketakjuban akan ciptaan Allah SWT) adalah Gunung Tangkuban Perahu.

Terletak lebih kurang 20-30km ke arah utara Kota Bandung, perjalanan ke sana agak memeningkan kepala kerana liku-liku perjalanannya tak ubah seperti ular kena palu. Kami lalui pekan Lembang yang agak sesak dengan kereta-kereta kuda! Setelah hampir tiba di puncak gunung, pak supir (pemandu kami) mula membuka tingkap kenderaan agar kami merasai kedinginan cuaca di luar. Sejuk memang sejuk. Ku anggarkan sekitar 16-17 darjah celcius.


Di dalam perjalanan, pak supir kami memberikan tip untuk berhadapan dengan penjual-penjual barangan di sekitar puncak. Katanya, jika benar-benar tidak berminat dengan barangan yang dijual, abaikan saja, jangan sesekali bertanya atau menunjukkan kemahuan. Katanya lagi, jika mereka seolah-olah memaksa, katakan saja sudah dibeli di Pasar Baru. Ku ambil ringan saja pesanan pak supir. Hingga ku alami sendiri betapa tak makan samannya para penjual ini ingin menjual barang…mereka mengerumi kami bila kami turun dari kenderaan, mengikut kami bila berjalan dan sehinggalah kami ingin pulang pun, susah nak tutup pintu bila mereka berada di kiri kanan kenderaan dan masih gigih berusaha menawarkan harga runtuh. Masyallah, bertambah pening kepala kami yang sedia pening dengan bau yang keluar dari lahar gunung berapi itu.

"ibu...ibu....hendak buk...batu gunung..."
"ibu....beli buk....bawa pulang..."

Ya, Gunung Tangkuban Perahu sebenarnya gunung berapi aktif. Kali terakhir ianya meletus adalah pada tahun 1969. Tak lama jugak tu…suspense jugak aku. Padanlah ia masih mengeluarkan gas belerang yang tidak enak dihidu dan membuatkan aku rasa pening-pening lalat. Itulah pertama kali aku lihat kesan dan sisa-sisa kawah gunung berapi dari dekat. Apa yang unik lagi ialah sejarah di sebalik nama gunung ini. Menurut lagenda Sangkuriang, cinta sucinya terhalang oleh ibunya yang ingin menghancurkan niat anaknya itu untuk mengahwini Dayang Sumbi. Ibunya sengaja mengada-adakan permintaan iaitu Sangkuriang hendaklah membina sebuah perahu dalam masa sehari. Apabila gagal merealisasikannya, Sangkuriang telah menendang perahu yang separuh siap itu ke dalam air hingga terlingkup. Begitulah serba ringkas kisah yang ku ingati daripada ulasan panjang lebar seorang bapak yang memakai nametag 'TOUR GUIDE' di situ. Maka gunung ini jika dari jauh kelihatan seperti sebuah perahu terbalik. Kamera aku terlalu canggih untuk merakamkan visual itu, tambahan pula cuaca berkabus......


Inilah rupanya.......
Nampak tak ada satu perkampungan di belakang nun?

02 May, 2008

Aku masih...

...........bercuti di kampung halamanku buat masa ini. Nantikan 'bumper issue' dari aku selepas ini hehehe. Ada beberapa bingkisan pengalaman baru sekembalinya aku dari Bandung, Indonesia (27-30 April 2008). Tunggu~