18 October, 2005

Suratan Selasa.

Hari ini hatiku ditakdirkan riang kerana berjaya membeli sepasang baju kurung raya simple berharga RM24.50 selepas potongan 50%, yang mana bertepatanlah dengan tema Syawal ku kali ini "meriah dalam sederhana". Walaupun baju ini bukan ku beli di kamdar, namun pilihannya memang berbaloi... kerana workmanship and fabriknya yang lembut memuaskan hati. Dan mungkin jika ada kelapangan waktu serta kurniaan bakat terpendam, inginku mencuba buat julung kalinya menjahit manik-manik simple di leher dan lengan bajunye.

Namun hari ini hatiku juga ditakdirkan membara kerana terpaksa berbuka puasa di pejabat bagi menunaikan kewajipan duniawi yang tiba-tiba muncul selepas pukul 6.00 petang, dan di bawah istilah "urgent"... perkara sebegini sememangnya bukan paranormal bagiku yang telah sekian lama pasrah dalam menceburi bidang yang juga diceburi oleh Neil French dan Yasmin Ahmad ini. Namun, pesona kesabaran dan sifat kewanitaanku tiba-tiba terconvert menjadi sebaliknya bila perkara sebegini berlaku di bulan Ramadhan... sungguhlah bengang kerana terpaksa melayan kerenah client-client yang tidak tahu menghormati apatah lagi mengerti makna bulan mulia ini.

2 comments:

Anonymous said...

Kesian dia...hope Allah give you the strength..

Anonymous said...

sabar itu separuh dr iman...;)
thanx dear for the wish. nxt wk nak kite iftar sesama. say, rabu?