20 October, 2005

Al-Fatihah.

Al-Fatihah, semoga roh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah.

Sedih bercampur terharu hari ni bila berpeluang mengarang takziah rasmi buat Allahyarhamah di semua akhbar utama. Inilah pertama kali aku mendapat job seperti ni daripada klien. Sebelum ni hanya membaca kat paper, tengok macam mudah jer. Tampal satu gambar, tulis apa yang standard and lekap logo kat bawah. Tapi tidak. Kerjanya memang rumit & mencabar jugaklah kualiti puasaku hari ini....mana taknya 5-6 kali round of revisions plus beberapa last minute changes. Setiap butir bijirin ucapan especially segala kata nama khas mestilah tepat-setepatnya. Hampir hendak juling dan kecut jugalah perutku yang separa buncit ini nak memprove readkan copy. Full brief dapat pagi nak dekat tengah hari. And to make the ad come out in tomorrow's news, we must send out the material petang ni jugak. Memang rushing habis..... first time berpeluh dalam aircond opisku yang kesejukannya beyond Antartika.

No comments: