11 October, 2005
Best Ramadhan Buffet Ever.
Sempatku pulang berbuka bersama ayahanda bonda hujung minggu lepas. Syukur, rezeki yang berikan hari itu sesungguhnya berlebih-lebihan. Sememangnya Mak rajin memasak, dan kerajinan itu ku lihat semakin menguat bila menyambut kepulanganku dan adik beradik lain di minggu pertama Ramadhan. Bermacam-macam lauk dimasaknya sendirian, tak ku dengar dikeluhnya penat. Abah juga begitu. Setiap kali kami pulang, ayam kampung peliharaan pasti ditambatnya buat hidangan. Kali ini disembelihnya burung puyuh yang baru saja menghuni reban.
Sayunya bila kembali ke Kuala Lumpur. Teringat saat di meja makan. Teringat tanganku menadah amin do’a berbuka Abah, sambil mataku memerhati satu-persatu lauk-pauk Mak yang pelbagai. Berganda sayu bila fikiran ini bertanya khuatir berapa lama lagikah Allah mengizinkanku menikmati semua ini........................ kerana lafaz do’a seorang ayah dan air tangan seorang ibu sememangnya tiada tandingan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sedapnyeeee....
Oishiii!! kalah masakan ku jua...
ya, sayu...time is priceless....
tarikan air tangan ibu dan rindukan senyuman ayah membuatku terpanggil untuk pulang ke Kg Telok khamis ni.Doa buat abah semoga rawatan mata berjalan dengan jaya..Amin.
ku pulang ke kampung bukan kerana makan, tetapi memang kerana makan..
Post a Comment