17 August, 2015

Apa aktiviti hujung minggu anda?

Sabtu Ahad adalah hari yang selalu saya tunggu-tunggu...mungkin ramai juga yang macam saya ni...memandangkan saya ni bekerja di pejabat 5 hari seminggu, baki 2 hari itu bagaikan permata bagi saya.

Masa itulah nak:-

1) Bereskan urusan kain, angkat dan lipat dan sidai. Saya sejujurnya memang tak minat langsung menguruskan kain ha ha. Entahlah memang tak suka usah ditanya mengapa. Kiranya kalau disuruh pilih antara lipat kain VS memasak banyak-banyak bagaikan catering, saya pilih masak! ha ha. Mujurlah mendapat pasangan yang gemar menguruskan kain (totally opposite!) beliau sangat ringan tulang membantu kutip kain baju dan masukkan ke dalam mesin. Kadang kala tolong sidai sekali atau saya sambung uruskan menyidai, mengangkat, melipat, menyusun dalam almari itu memang tugasan saya.

2) Nak fikir nak masak apa yang special untuk makan-makan berdua. Disebabkan tuntutan kerja saya tak menentu, jarang juga dapat balik masak makan malam di hari bekerja. Walaupun dah semangat beli bahan-bahan masak, macam ayam, udang, ketam letak dalam freezer...lepas tu bila datang hari kerja...alamak sama ada dah balik lewat atau takda kederat nak masak lagi. So bila weekend...memang balas dendam masak apa yang tekak sendiri atau tekak suami terasa...

3) Susun atur perhiasan dan perabut! Ini memang terapi, bila dapat ubah kedudukan perabut dan lihat transformasi bagaikan jadi lain bila masuk rumah sendiri. Kalaulah kami ada ruang lebih besar atau tempat untuk bertukang atau cat semula perabut mesti lagi macam-macam usaha kami...beruntung siapa yang tinggal di rumah bawah...bukan saja ada halaman, ada tempat untuk buat little DIY projek macam ni...sekarang pun saya ada 2 kerusi lama yang teringin di cat/spray menjadi warna lain tapi ruang agak terhad nak buat itu ini...

4) Kemas kemas dan kemas rumah. Senang betul hati kalau bila keluar rumah di hari Isnin nanti rumah nampak cozy seperti memanggil-manggil kita pulang daripada penat bekerja. Itu lah sebabnya hari minggu kami suka beriadah mengemas rumah. Tapi keluar tu keluar juga...bila ada terasa nak menengok-nengok barang rumah dan kemas kini barangan di dapur.

5) Balik kampung! Ini bukan setiap minggu, tapi bila ikut jadual waktu... selang 2-3 minggu kami akan pulang menjenguk ibu-ibu kami yang berjauhan. Masa inilah juga kesempatan untuk Boi keluar dari rumah...kami akan bawa dia travel bersama dan dia pun dah biasa dengan rumah kampung tu...dan banyak betul aktiviti Boi kat rumah Neneknya. Bila balik kampung memang seronok sebab kami pun dapat makan masakan ibu sepuasnya...memang takde istilah diet lagi lah pagi tengah hari malam, menu memang lengkap...siapa yang tak gemar masakan ibu sendiri kan?

Tapi minggu lepas, agak berbeza sebab kami jemput kenalan dan saudara terdekat makan-makan di rumah... nanti kalau ada kesempatan saya kongsikan ceritanya!

14 August, 2015

Petua Hilangkan Sakit Kepala

 
Apa yang terkandung dalam Al-Quran itulah yang terbaik...Allahuakbar! Meksu secara peribadi jarang ada sakit kepala...melainkan kalau motion sickness atau kadang kala jika beralih dari aircond ke cuaca panas, itulah kadang kala menangkap juga ngap ngap kat kepala tu...
 
Bolehlah kita amalkan yang ini...
 
1) Baca 1 Kali - Surah Al-Fatihah
 
2) Baca 3 kali - Ayat Kursi
 
3) Baca 3 kali Surah Al-ikhlas.
 
 
Juga pernah Meksu terbaca petua ini..
 
Makan 10-12 biji Kacang Badam (almond nuts)
adalah bersamaan dengan makan 2 biji aspirin untuk melawan Migrain.
  
 
 
Semoga perkongsian ini dapat membantu...kalau ada petua lain boleh kongsikan di bawah.

12 August, 2015

Romantik Cara Rasullullah

Petang-petang begini biasanya sebelum pulang Meksu browse berita dan sebagainya...selepas terbaca artikel ini di Utusan Online rasanya boleh saja manfaatkan juga di sini. 
 
Jadi di bawah Meksu cut paste sahaja dari artikel asal dan bold yang mana best untuk kita manfaatkan bersama.
 
==
Romantik cara Rasulullah.
Khalifah agung di luar, ‘suri’ dalam rumah
 
RAMAI dalam kalangan pasangan menganggap sikap romantik tidak lagi penting atau perlu ditunjukkan dalam hubungan, lebih-lebih lagi selepas mencapai usia puluhan tahun bergelar suami isteri. Malah, suami yang bersifat tegas dan bengis terhadap isteri dilihat seperti lebih dibanggakan serta dijadikan contoh kerana kononnya berjaya mendominasi sebagai ketua dalam keluarga. Ini kerana, majoriti beranggapan sikap lemah lembut dan kasih sayang terhadap pasangan hanya sesuai untuk pasangan muda yang baru berkahwin atau memulakan cinta bagi mengenali pasangan masing-masing. Sehinggakan apabila pasangan yang telah lanjut usia bersifat romantik terhadap pasangan masing-masing mereka dilihat janggal atau lebih tepat lagi seperti ‘membuang tabiat’.
 
Menyentuh mengenai perkara ini, pendakwah antarabangsa, Imam Zia Sheikh berkata, romantik adalah sifat Rasulullah SAW dan apabila mana-mana pasangan melakukannya dengan tujuan mengamalkan sunah pasti akan mendapat pahala daripada Allah SWT. Walaupun baginda terkenal sebagai pemimpin yang hebat dan panglima perang yang digeruni oleh musuhnya, namun beliau berkata, Rasulullah SAW memiliki sifat kasih sayang dan romantis sebagai seorang suami terhadap isteri-isterinya. Ketinggian peribadi Rasulullah SAW itu, tambahnya, membuktikan kepada umat Islam bahawa kemuliaan akhlak baginda yang sempurna sehingga tidak dapat dikesan cacat celanya walaupun dengan teman rapat iaitu isteri-isterinya sendiri. “Antara kejayaan Rasulullah SAW dalam berdakwah adalah kerana akhlaknya yang mulia. Sehinggakan sesiapa sahaja yang melihat baginda buat kali pertama pasti akan terpikat dengan sikap baginda. “Kemuliaan ini bukannya lakonan baginda sebagai Amirulmukminin ketika bersama sahabat, tetapi isteri-isteri baginda sendiri tidak dapat menyatakan kekurangan baginda ketika bersama mereka di rumah.
 
“Malah pelbagai kisah diceritakan oleh isteri Rasulullah SAW sendiri mengenai keperibadian baginda ketika di rumah,” katanya ketika berucap pada Persidangan Islam Global (GIC) di Putrajaya, baru-baru ini. Perhimpunan anjuran Texstar Oil Group selama dua hari itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Persatuan India Muslim Malaysia itu menghimpunkan lapan orang ulama terkemuka antarabangsa bagi membentangkan topik masing-masing. Antaranya, Mufti Ismail Musa Menk, Sheikh Tawfique Chowdhury, Sheikh Yahya Ibrahim, Sheikh Moutasem Al-Hameedy, Sheikh Alaa El Sayed, Sheikh Musleh Khan dan Sheikh Shady Suleiman.
 
Tambah Zia, antara sifat romantik Rasulullah SAW, adalah seperti bergurau senda dengan isteri dan menemani isterinya ketika keluar rumah. Sifat penuh romantik itu diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah, Nabi Muhammad turut membantu isterinya semasa menaiki kenderaan sebagaimana diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa: “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda membengkokkan lututnya. Lalu isteri baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”.  (so sweet kan!!!!!!!!!!!!)
 
KERJA RUMAH
 
Menjadi kelaziman di dalam sesebuah keluarga meletakkan tanggungjawab menguruskan hal rumah tangga dan tugasan di rumah kepada isteri. Ini kerana, kebanyakan suami merasakan kerja rumah adalah tugas isteri sepenuhnya, manakala tanggungjawab suami pula adalah mencari nafkah, menyediakan tempat tinggal dan menyara keluarga. Walaupun isteri itu juga turut bekerja, telah menjadi budaya terdapat segelintir suami yang tidak mahu membantu melakukan tugas yang sinonim bagi golongan wanita tersebut kerana dikhuatiri jatuh keegoan sebagai lelaki. Zia menjelaskan, umat Islam terutamanya golongan suami perlu menyedari bahawa melakukan kerja rumah adalah tugas suami, manakala isteri adalah sebagai pembantu. “Hinggakan Rasulullah SAW melakukan sendiri kerja-kerja rumah.
 
Baginda juga pernah menjahit sendiri pakaian yang koyak, tidak semata-mata mengharapkan isterinya melakukan kerja-kerja berkenaan.
 
“Rasulullah SAW juga tidak pernah merungut di hadapan makanan walaupun tidak ada apa yang ingin dimakan pada hari itu. Baginda hanya makan dua kali sehari iaitu makan tengah hari sebelum waktu Zohor dan makan malam selepas Asar sehingga sebelum waktu solat Maghrib,” jelasnya.
 
Tugas suami yang disepakati dalam al-Quran ialah memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri mengikut kemampuan. Bagi nafkah zahir, ulama bersepakat ia melibatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal.
 
Manakala nafkah batin pula bukan sahaja menunaikan keperluan seksual tetapi ia adalah fokus kepada pasangan suami atau isteri yang mahu dikasihi, dimanjakan, ambil berat antara satu sama lain.
 
Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan sekiranya isteri 100 peratus menguruskan hal ehwal rumahtangga jika ia diredai oleh isteri berkenaan.
 
LAKUKAN SUNNAH SELAGI TERMAMPU
 
Bagi menzahirkan kesetiaan dan kecintaan kepada Rasulullah SWT, umat Islam digalakkan untuk mengamalkan sunah iaitu dengan mencontohi perbuatan yang diajar oleh baginda ketika hayatnya. Saranan itu ditegaskan oleh Sheikh Moutasem al-Hameedy kepada seluruh umat Islam di negara ini dalam usaha memperoleh syafaat daripada Rasulullah SAW ketika di akhirat kelak.
 
Beliau bagaimanapun menambah, mengamalkan sunah bukan suatu kewajipan, namun umat Islam digalakkan mencontohi akhlak dan perbuatan Rasulullah SAW sekadar termampu. “Segala perbuatan dan sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW merupakan fitrah baginda sebagai seorang manusia biasa dan perbuatan itu dikenali sebagai sunah. “Buatlah sekadar yang termampu dan ia amat digalakkan dalam Islam, tetapi janganlah sehingga terbeban atau tertekan untuk melakukan sesuatu yang tidak termampu.
 
“Hidup ini juga adalah fitrah, setiap pekerjaan yang kita lakukan boleh menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala jika dilakukan bagi memperoleh keredaan daripada Allah SWT,” jelasnya.
 
==
 
Kesimpulannya dari artikel ini....Meksu jauh sekali tinggi ilmunya dan juga kita bukanlah Nabi yang mampu melaksanakannya sepenuhnya... tetapi selagi mampu kita mengikuti Sunnah Rasullullah...itulah yang sebaiknya kan... Allah tahu kemampuan umatnya...yang penting kita ambil tahu sikit demi sedikit dan mencuba selagi terdaya... Wallahualam.

11 August, 2015

Memiliki Le Creuset

Le Creuset ohhh Le Creuset.
 
Boleh dikatakan baru lagi saya tahu pasal jenama dan produk ni. Bermula hati terpaut kepada koleksi produk warna chiffon pink dan rose nya...kemudian saya ambil tahu sedikit demi sedikit mengenainya. Sebenarnya Le Creuset ni ada banyak jenis...
 
Koleksi saya bermula dengan Stoneware...yang boleh bakar masuk oven atau microwave tapi tak boleh letak di atas stove.
 
 
Jadi saya mula kumpul ini sikit demi sikit...tak lain tak bukan sebab?
 
Dia pink and cute.
 
ha ha ha.  
 
Itu jer sebab utamanya...
 
Saya kumpul Le Creuset yang saiz kecil-kecil dulu...dan beralih ke besar-besar sedikit. Kepuasan yang datang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi biasa yang kecil ni tak boleh masak tumis atas api sebab ia bukannya Cast Iron. Rata-rata produknya nak masuk dalam Dishwasher pun boleh tapi Meksu mana ada dishwasher...
 
Breakfast in bed untuk ayahanda bonda

Baked Macaroni menggunakan Bakeware
 
Soup bowl...hidangan untuk tetamu
Di belakang tu...utensils holder

Mixing bowl buat cucur ikan bilis bawang

Berguna ni kalau nak tuang santan atas agar-agar santan LOL
 
 
Lepas dah kumpul mug, piring-piring, teko-teko, egg stand, mixing bowl dan periuk kecil-kecil tu...hati ni menanam cita-cita untuk memiliki periuk untuk memasak di atas dapur dari range Cast Iron ini. Beli periuk jenis yang ini kena fikir banyak kali sebab harganya memang tinggi sedikit. Dan biarlah pembelian itu berbaloi.
 
Kotaknya sampai di pejabat. Ada yang baik hati tolong angkut untuk Meksu dari luar negara...terima kasih :)
APA BAIKNYA LE CREUSET INI?
 
1) Pertama sekali, selepas Meksu tonton video cara pembuatannya ni...baru meksu faham apa maksud periuk Cast Iron dan sebab kualiti inilah harganya tinggi. Anda boleh lihat sendiri camna Abang Sado buatkan setiap satu periuk Le Creuset yang teringin anda beli tu....
 
 
2) Sekali beli periuk ini bermakna untuk simpan selamanya. Boleh diwarisi turun temurun kepada anak cucu macam mewariskan Tanah pusaka ha ha. Sebabnya memang ia besi dan bertahan sepanjang hayat...yes last for a lifetime!
 
3) Sememangnya dia berat macam besi sebab memang dia besi he he. Yang meksu beli adalah yang 26cm diameter. Bukan saja badannya berat, penutupnya pun berat. Jumlah berat dalam 5.5kg. Pengalaman Meksu masak sup ekor tempoh hari, punyalah lembut jadiknya ekor tu...sebab Meksu biar sup menggelegak lama dengan penutup. Disebabkan penutupnya berat dan rapat, kuah sup tak meruap naik.
 
4) Rupanya cantik...bukan saja di atas dapur tapi nak terus hidang atas meja pun sesuai...apa salahnya. Ada bermacam pilihan warna Le Creuset ni...boleh beli ikut warna kegemaran atau ikut warna kabinet dapur, ikut suka.
 
Cast Iron - Round French Oven - 26cm Chiffon Pink

 
 
5) Katanya masak dalam ni menjadikan masakan lebih sedap, sebab semua jus, khasiat dan zat tak terkeluar dan kekal dalam masakan. Itu sejujurnya Meksu tengah praktikkan lagi...sebab baru sahaja pakai untuk beberapa jenis masakan seperti di bawah. Alhamdulillah semua licin... 
 
Rendang Daging raya tempoh hari

Sup Ekor

Ayam Masak Merah stail kenduri

Ohh ini tengah tumis cili untuk sambal nasi lemak...puas tumis dalam ni sebab rasa bahang panasnya

Tada...sambal ikan bilis
 
 
Diharapkan semoga perkongsian Meksu mengenai Le Creuset setakat ini membantu. Di Malaysia dah banyak outlet Le Creuset ni...
 
 
 

06 August, 2015

Saya perlukan Vitamin Sea!

Dari sehari-hari dah berangan nak bercuti di tepi pantai.

Mungkin sebab tempoh hari saya secara kebetulan singgah di Pantai Teluk Batik, Perak. Tak lama pun singgah, adalah dalam 10-15minit! Jadikler merasa tengok kemeriahan suasana pantai yang lama betul tidak saya kunjungi.

Pasir Pantai Teluk Batik
Kena sewa kerusi ni RM2 seperti yang ditulis tu...

Banana boat, donut, jet ski, lengkap ada kat sini

Sambil fikir idea kat opis ni sambil tu fikir jugak destinasi pantai seterusnya yang nak dikunjungi...teringinnyaaaaaaaaaaaa meredah sepoi-sepoi angin pantai. Tapi ke mana ya?

04 August, 2015

Tips Mendapat Zuriat

Semalam saya dapat whatsapp dari seorang kenalan rapat...


"Meksu...saja nak kongsikan mesej daripada kawan yang menunggu lama nak dapatkan zuriat...dan akhirnya berjaya"

Bila saya tanya apakah tips nya.....?

Katanya "Ustaz tu kata kalau nak Anak, kena banyak istighfar dan kena buat solat taubat selagi boleh."

Terima kasih. Pendek pesanannya namun cukup berisi.

Jadi saya panjangkan pesanan ini di sini kepada yang mungkin juga sedang mencuba.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah!

Pengalaman Hammam and Gommage

Idea untuk berspa ini tercetus sebenarnya untuk meraikan farewell rakan sepejabat Meksu. Kalau nak saling belanja makan tu biasa, apa kata kali ini kita belanja dia spa...sambil tu kita pun join sekali lah...nampak tak strategi di situ! Meksu teringat Hammam ni sebab pernah terlihat posternya kat Bangsar Village. Selepas berbincang dengan yang lain, kami putuskan ke Hammam Spa cawangan Publika. 


Tengok interior depan pun dah mula terasa Turkish nyer...lantai tu pun Meksu minat juga :)

Kami ambil Pakej Hammam and Gommage... kalau ikutkan deskripsinya ini yang ditulisnya:
 
 




 
Hammam and Gommage, appx 45 minutes
 
This is our popular signature spa treatment that will detoxify, steam and purify. Traditional Moroccan Black Soap is applied over your body by trained Hammam Therapists to prepare your skin for a vigorous exfoliating scrub from head to toe, with the skilful use of a traditional Hammam glove. Feel your cares melt away as your skin is gently sloughed of impurities as you are rinsed from head to toe, by bucket after bucket of delicious water

 Betullah apa yang ditulis tu sebijik apa yang kami semua alami di sini...terutamanya bahagian "by bucket after bucket of delicious water"...memang berbaldi-baldi air dicurahnya...dari atas kepala...dah macam mandi malam pengantin pun ada ha ha.
Ok ready dah...
OKlah Meksu cerita dari mula. Selepas masuk dia bagi borang isi dulu ha ha itupun ceritalah okay? Ditanya banyak soalan lah kat borang butiran peribadi tu...macam adakah anda sakit kulit, alergi dan sebagainya...Alhamdulillah kita semua tick no...kecuali alergi tengok benda-benda pink dia tak tanya pula ha ha. Selepas tu kami di bawa masuk ke bilik persalinan. Boleh simpan barang dengan selamat dengan locker sendiri. Macam tahu-tahu jer dapat pula almari warna yang tepat sekali...
Love it!
Selepas dah salin ke "pakaian mandi" yang diberi kami dibawa ke bilik bersiramnya yang luas...suhu bilik terasa seperti seperti sauna yang just nice...boleh muat ramai sekali dan kami pun berbual-bual sambil masing-masing gelakkan diri sendiri. Apalah nak jadi hari ni kan...tak pernah-pernah diperlakukan sebegini he he...Ada beberapa langkah yang dibuatkan, dilumurkan dulu  cecair sabun kemudian kami diminta berehat dan baring di atas permukaan yang suam-suam panasnya...memang nyaman...mungkin untuk jadikan kulit kita lembut dan liang terbuka sebelum sesi skrub... sambil baring sambil tu kami dok pikirkan masa depan kulit yang bakal mulus ini...selepas 10 minit tu barulah mula sesi skrub yang lain daripada biasa...memang ditonyoh-tonyohkan keseluruhan badan kami menggunakan hammam glove sehingga mengeluarkan daki degil yang bertahun-tahun telah tersimpan lama...LOL...dibilas dengan berbaldi-baldi air suam...memang terasa bersih segar dan tiba-tiba terasa ayu pun ada ha ha

Selepas itu...kami menuju ke bilik berehat...yang sekali lagi just nice memuatkan 4 orang...masing-masing baring di sofa malas yang empuk dengan disajikan Morrocan Mint Tea dan Baklava...

Tak pernah rasa segembira ini selepas mandi
Sesekali jadi mermaid makan sambil baring

Selang beberapa minit kami pun kembali ke bilik persalinan. Oh sebelum ini sempat merakam gambar kenangan di sekitar interior ala morroco ini.

Memang cantik tempatnya... tenang mata memandang
 
Anda boleh lihat  harga pakejnya kat sini...kami pun booking secara online sahaja. Senang! Kesimpulannya, recommended untuk aktiviti bersama kawan-kawan atau saudara mara rapat...sebab sesi ini intimate sedikit jadi Meksu syorkan pergi bersama kenalan yang betul selesa. Ada juga pakej untuk couple katanya wah wah...mungkin kalau ada rezeki di lain masa. Harap coretan pengalaman kecil Meksu ini membantu anda yang nak cuba ber-hammam di luar sana.
 
 
Bye jumpa lagi...time to buy groceries he he