Maafkanlah prestasi kerja Photoshop aku tot... sememangnya aku sedar bakat aku setakat ni jer jika nak dibandingkan kau yang memegang title graphic designer yang disegani. Walaupun comot mende ni tapi tidak mengapalah ya, nak aku upload jugak hasil buah tangan kreatif 10 minit ini. Harapnya kau sukalah... heh heh heh. Sempena kejatuhannya hari yang menjadikan kita seusia akhirnya hari ini, nak lah aku memberikan sepatah dua kata heh heh. Firstly, aku nak kau tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah kerana dipertemukan dengan kau sebagai kawan. Walaupun rasanya pernah dah aku bagitau kau ni tapi takpelah kot kot kau lupa meh aku bagitau lagi ya. Mengenali kau dan keluarga buat aku banyak menginsafi diri aku yang banyak cacat cela ni. Kau telah banyak menyedarkan aku untuk menjalani kehidupan ini sebaik-baiknya dengan tidak melupakan akhirat. Banyak sifat-sifat kau cuba aku kutip jadikan teladan. Terima kasih tot. Aku seadanya tak mampu nak membalas jasa-jasa kau selama ini sangat aku hargai... aku do'akan persahabatan kita tak terhenti sampai bila-bila ya. Mudah-mudahan pemergian kau ke tanah suci hari Jumaat nanti memberikan hikmah yang sepertimana kita do'akan. Jaga diri baik-baik. Balik jangan tak balik tot, aku tamau tidur sorang-sorang.........
p.s: Cuba kau kira berapa heart shape yang ada atas tu. :)
1 comment:
Terima Kasih sangat2!
Saya terharu juga teruja !
Luv Ya too Suhaila Mohd Shukor!!!
Post a Comment