Paparan Majalah dan Anugerah

Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk berkongsi idea ruangan dan sudut-sudut rumah Pink Vintage Home kami dalam majalah dan pernah memenangi anugerah...
Ketika sesi penggambaran bersama editor majalah...Boboi tak terlepas memberikan kerjasama yang erat he he
Antaranya dalam beberapa majalah seperti berikut:-

1) Majalah Dapur terbitan Karangkraf
     Keluaran April-Jun 2012

2) Majalah Impiana terbitan Karangkraf
     Keluaran April 2014

3) Majalah Mingguan Wanita terbitan Karangkraf
     Keluaran 27 Feb - 04 Mac 2015

4) Majalah Anjung Seri terbitan Berita Publishing
    Keluaran April 2015

5) Majalah Anjung Seri terbitan Berita Publishing
    Keluaran Julai 2015


Terima kasih kepada pengarang dan jurugambar Majalah yang memaparkan sudut ruang kami yang sederhana menjadi lebih indah 
Syukur, tanpa disangka...kami juga telah merangkul anugerah dalam pertandingan dekorasi:

ANUGERAH PRESTIJ IDEA DEKORASI IMPIANA 2012/2013
Pemenang Kategori Kediaman Persendirian (Dapur)
Kediaman Apartmen / Kondominium

Majlis Anugerah itu berlangsung pada 2 Jun 2013 di PWTC Kuala Lumpur. Itu adalah antara kenangan manis kami bila ikhtiar serta minat dalam menghias dihargai dan diberikan galakkan.

Dari situ kami telah bertemu dengan ramai peserta lain yang kediaman mereka indah-indah belaka...ia menyuntik semangat kami untuk meneruskan minat ini dan berkongsi inspirasi dengan yang lain.

Dalam kesemua majalah tersebut, gambar Boboi posing ada je terselit kat situ...mungkin tuah bulus Boi he he...

1 comment:

Unknown said...


Thanks for one's marvelous posting! I truly enjoyed reading it, you may be a great author. I will make certain to bookmark your blog and will often come back from now on. I want to encourage you continue your great posts, have a nice day! capitalone.com login