26 September, 2005

Terasa Seperti Encik Albert.

Alhamdulillah. Berbekalkan pepatah gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya, akhirnya ku berjaya juga menebus maruah dalam bidang pembuatan puding cream caramel yang telah tercalar untuk sekian harinya. Namun, berdasarkan feedback yang telah diterima daripada pihak pengguna merangkap product testers ialah mereka lebih menggemari puding cair yang telah dihasilkan pada hari sebelumnya (yang mana ku anggap tidak menjadi itu) malah menggalakkan ku untuk kembali beraksi dengan kaedah pembuatan asal (yang mana ku anggap tidak menjadi itu) yang mana ironicnya mereka merasakan ianya lebih lazat dan menyelerakan.

Adalah ini bermakna terciptalah satu resipi yang dikira menjadi daripada satu percobaan yang dikira tak menjadi yang kemudian dirasakan menjadi apabila terjadinya satu comparison dengan resipi yang dikira menjadi selepas itu dan mungkinkah Albert Einstein juga sebegini dahulu?

p/s to product testers : terima kasih tak terhingga kerana tak berputusan memberikan sokongan... walau termasin, termanis, terpedas gilerrr sampai kuar air idung skalipun product yang dihasilkan, tapi licin gak korang telan hehe... you're my BEST HOUSEMATES IN THE WORLD!!!

23 September, 2005

Sukanya!

Walaupun terpaksa terpacak 3 jam lebih kat imigresen tadi sambil membelek-belek-belek-belek dan belek newspaper sampai taktau nak baca apa lagi dah... i am happy to accomplished my first step to legally run out of this country... with this magical spell *shringgg* (kuar asap and glittering dusk) bahawasanya atas nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia diminta semua yang berkenaan supaya membenarkan pembawa pasport ini lalu dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberi apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya

He he he, tak sabarnya tunggu minggu depan!

21 September, 2005

Tunaikan Kewajipan Anda.

Masuk hari ni dah tiga hari lah hujan lebat di waktu petang. Bila terperam dalam bangunan ni memang tak sedar hujan, hinggalah dengar bunyi hempasan bidai kat tingkap kalau angin bertiup hebat. Kusyuk sangat buat keje cewah. Tak sabarnye nak balik ni, tidur best. Tapi bosannya naik komuter nanti konfem ramai orang. Memang tak kisah berdiri sebab kejap jer pun nak sampai my station. Tapi berhimpit tu aduh tak relanya... sebab konfem ada bau tak best! My luck aritu berdiri di kalangan mereka yang aromanya telah memberikan impact maksimum sampai nyarisku tersuffocated menahan nafas. Ade ke patut?!!! Nasib baik ngam ngam pintu nak terbukak kat BTS stesen so terselamatlah dari pencemaran yang memudaratkan itu.

Kenapa agaknya insan-insan ni tak reti pakai deodorant? Bukannya mahal sangat pun RM5 jer leh tahan sampai sebulan dua. Adakah kerajaan perlu impose pemberian deodorant percuma macam bagi jarum suntikan and kondom tu? I seriously think they need to be educated on this. Kalau tak pakai perfume pun takpa, asal jangan ada bau! Harapnya, sesiapa yang takda deodorant lagi tu pergilah beli kat kedai runcit atau pasar raya berhampiran anda hari ini untuk menunaikan kewajipan anda. Tak baik buat orang sesak nafas...

19 September, 2005

Astaga...

Dia terpandang kau memandang
Kau perhati dia memerhati
Dia tenung kau merenung
Kau toleh dia menoleh
Dia lenyap kau senyap?!!!

16 September, 2005

Sedikit Mengenai 'AURA'.

Sana-sini mereka menyebutnya. Tidak kira individu mahupun media. Namun ku mengandaikan ada di antara penyebut sendiri tidak begitu mengerti apakah ‘aura’ sebenarnya. Termasuklah diriku sebelum ditakdirkan berbual bersama seorang kenalan.

Diceritakan aura ini ialah medan tenaga yang wujud dalam diri setiap manusia. Tenaga ini membentuk diri kita. Oleh itu, sifat dan emosi kita boleh diketahui melalui aura. Lebih mengagumkan, aura secara terperinci mampu mengesan penyakit lebih awal daripada simptom-simptom penyakit dapat dikesan secara normal. Semua ini dapat dilihat pada gelang warna yang terpancar di luar tubuh kita dengan cara tertentu. Pendidikan mengenai aura ini dikatakan kian didalami secara serius kini. Malah ada yang menjadikannya bidang kerjaya.

Aura diri kita akan menjadi lebih baik atau lebih buruk melalui persekitaran dan gaya hidup kita. Jika ramai insan yang tidak menyukai kita dan berkata mengenainya, mereka secara tidak langsung menarik aura yang baik dalam diri kita. Aura yang baik ini boleh merangsang seseorang untuk mudah berasa senang dengan kita. Ke mana saja kita pergi, kita mudah berurusan dan bergaul dengan orang lain.

Pendek kata, aura yang baik menjadikan kita insan yang disukai ramai. Bila ditanya bagaimana untuk meraih aura yang baik ini, jawabnya mudah, "sentiasalah berbuat baik kepada ayahanda dan bonda".

14 September, 2005

Kosong

Kamu seperti hantu
Harus menghantui ku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salah ku biarkan kamu
Bermain dengan hati ku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiran ku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hati ku
Dan kau tuliskan nama mu
Kau tulis nama mu

Tubuh ku ada di sini
Tetapi tidak jiwa ku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hati ku

oleh DEWA

===
Salah satu daripada lirik kegemaran. Perkataannya tidak berbunga-bunga tapi dinyatakan dengan mudah, bersahaja. Sukanya naskah sebegini. Dalam hati ada juga menaruh cita-cita menjadi lyricist, menggantikan habsah hassan haha.

13 September, 2005

Ya Allah...

Ya Allah...
Kurniakanlah ilham bernas kepada hambamu yang lemah ini.
Sesungguhnya tidak tertahan lagi menelan pahit derita idea direject untuk kali ketiga. AMIN.

12 September, 2005

My Housemates Went To Bali And All I Got Was...

...a lovely pinky manik bracelet & necklace stuffed in a cute bekas mengkuang berwarna pink juga. Like it so much, thank you.

09 September, 2005

Kau Ilhamku.






HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO ILHAM ZARRIF...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!
from your favourite barney & friends.

08 September, 2005

Mungkinkah Ada Harapan?





Naza keluarkan kereta ala Peugeot 206 dikilang RM1b

PUTRAJAYA 7 Sept. - Naza Corporations (Naza) akan mengeluarkan kereta Peugeot 206 versi tempatan dikenali sebagai Naza 206 di kilang pemasangannya yang baru di Pulau Pinang yang bernilai RM1 bilion.

Nasimuddin memberitahu pemberita, kilang pemasangan itu yang terletak di Bertam, Kepala Batas memiliki kapasiti pengeluaran 100,000 buah kenderaan setahun. Katanya, kilang itu juga menyasarkan 50 peratus daripada pengeluarannya untuk pasaran eksport ke rantau ASEAN, iaitu Thailand dan Indonesia yang memiliki pemanduan sebelah kanan.

"Kilang itu dijangka mula mengeluarkan kenderaan pada awal 2007 dan kami mengunjurkan jualan tahun pertama sebanyak 8,000 buah,'' katanya. Beliau enggan mengulas sama ada Naza akan memohon status kereta nasional bagi Naza 206 tetapi ia akan menggunakan 40 peratus kandungan tempatan, sejajar de-ngan ketetapan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA). Nasimuddin juga enggan mengulas mengenai kemungkinan harga Peugeot 206 akan menjadi lebih murah berbanding sekarang. Naza dan Peugeot turut memeterai perjanjian pelantikan Cycle & Carriage Automobiles (CCA) untuk menyediakan sokongan selepas jualan, kerana CCA adalah pengedar jenama Peugeot pada masa ini.

Nasimuddin berkata, bagi peringkat awal, model Peugeot 206 akan dipasang di kilang Naza di Gurun, Kedah pada awal tahun depan sebelum dipindahkan ke Bertam apabila kilangnya siap pada tahun 2007. Kilang Naza di Gurun memiliki keupayaan pengeluaran sebanyak 50,000 buah setahun dan memperuntukkan kapasiti 10,000 buah setahun untuk Peugeot. Variasi model 206 menggunakan enjin 1.4 liter dengan pilihan transmisi automatik dan manual, serta dipasang dengan beg udara keselamatan bagi pemandu dan penumpang.

http://www.utusan.com.my
===

Agaknya harga dia reduce berapa percent? Right now, the price on the road is RM123k. With downpayment of 10% (boleh gi mekah OK) the 9 years instalment is appx. RM1800 per month (gulp!) ishhh kenapalah tersuka yang mahal. OK plan B, kalau tak merasa drive kat dunia, i'll request to drive this in heaven je lah (itupun kalau ye masuk syurga...) haha.

07 September, 2005

Merdeka Akhirnya Si Pipi Tembam.

Yeyyyy! kus semangat... semua paper senang sampai jenuh cari soalan susah takde ye? fuiyooo biar betul fiq... sukanya over confident haha. So harap-harap adala rezeki semua 5A, amin. Nak maksu banje? eeee no hal... ngan mak abah adik skali pun bleh... cakap je nak gi mana. Rome? Monte Carlo? Israel? syaratnya kene dapat 7A dulu... dapatkan 2A tambahan dengan berjoging ulang alik dari rumah ke KLIA 5 kali tanpa henti dan lepas tu gunting rambut botak cam mawi. tu jer syarat-syaratnya adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, sms ataupun mms akan dibaca, tapi takkan dilayan haha. Selamat bercuti dan kembali ke alam fantasi~

06 September, 2005

Boleh Masak vs. Boleh Jadi Imam

(Edited from a FWD email)
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja?

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata si lelaki pada seorang anak dara. Maka jawaplah si gadis itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya si lelaki lagi. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror bolehlah mengimam satu taman perumahan pula. Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah...
===

Kepada sesiapa yang rasa boleh jadi imam tu marilah kita berkenalan haha.

Kene Tinggal :(


HUWAAAAAAA... srottt srottt (sambil me-lap hinguss)
Selamat bersyok-syok di tanah tempat tumpah darah DEWA to Ijah & Meshy. Take reallyyyyyyyy good care & amik gambo banyak-banyak sampai full memory card. Uhukkk... bubbye korang... bye byee byeee... nak sambung nangih balik ni. ready 3...4... HUWAAAAAAAAAAAAA!!! nak gi BALI jugakkk!!!!!!!!!!!!!!!

01 September, 2005

Afiq Belum Merdeka...


Good luck to my lovely nephew, Mohd Afiq on your UPSR exam starting next Monday. Cian dia... lepas habis exam ni baru dia merdeka ek. Habis exam nanti kita gi jogging lagi ok. Kita lalu lagi depan umah anjing sakit tekak tu. But this time 2 round ahhh... kasik trim skit lemak kat perot & pipi Afiq, baru dapat dikelilingi awek-awek cun. Sekarang rilek dulu, concentrate kat buku, make sure hapal sifir 12. Lupakan sejenak game-game dan kuar ler dari alam fantasiiii (biar maksu yang main). Untuk menambahkan lagi berkat, laptop abah bagi maksu pinjam 2 minggu.

All the best my dear buntal. You can do it!!!