05 October, 2005

Anjakan Paradigma.

Alhamdulillah. Akhirnya ku berpeluang juga melangkah keluar dari Malaysia buat pertama kalinya dan pulang tanpa mengalami sebarang kecederaan, walaupun agak cuak mendengar berita pengeboman di Bali pada hari kedua sesampainya kami di daerah yang penuh dengan aqua itu. (bukan Aquaria atau akuarium ikan yang baru bukak kat KLCC tu, ni lain).

Terlalu banyak perkara baru yang ku lihat dan rasa sepanjang percutian ini. Al-maklumlah, pertama kali hendak melepasi gate international boarding. Pertama kali menempuhi pengalaman beratur di belakang line kuning, meletakkan passport kat atas ruang yang disediakan, menghulur kemas ibu jari pada alat pengimbas urat halus seterusnya melihat butir peribadi dan gambar pasport ku yang toye terpampang dengan besar sekali di skrin berwarna sebelum gate automatik itu terbuka mempelawaku masuk. Fuiyooo canggihnya imigresen Malaysia ni, kataku pada diri yang separa kejakunan.

Bila masuk ke dalam penerbangan yang taglinenya berbunyi sesiapapun boleh terbang, maka terbanglah aku di awan biru tanpa ragu-ragu dan agak teruja bila pilot mengumumkan kapal bakal mendarat 10 minit lebih awal berbanding biasa. Baguslah dia speeding kataku sebab tulang belakang ni dah sengal duduk di kerusi hitam yang hanya boleh di recline sedikit dan kepala pun sudah kepeningan lalat. Apabila roda mencecah landasan, aku pun menjenguk ke luar tingkap dan alangkah terpegunnya melihat keindahan pantai yang begitu biru kehijauan. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ni terletak di tepi pantai rupanya... kataku jakun lagi.

Selepas merelai passport ku dirasmikan oleh pakcik imigresen Thailand yang tidak membalas senyuman yang ku sedekahkan, aku bersama 2 rakan pun keluar untuk menunggu semua officemate yang lain seramai 40 orang itu. Kami bertiga duduk di kerusi yang tersadai di tepian sambil memerhati suasana biasa di pintu arrival airport di mana tourist guide memegang di paras dada kepingan kertas bertulis nama. Kemudian datanglah seorang pemuda Thai yang merupakan pemandu teksi airport di situ cuba beramah dengan kami. Namun perbualan itu jatuh complicated dalam kelucuan sebab kami tak paham langsung apa biji butir bahasa Thai yang dituturkan, BM dan English dia pulak K.O. Jadi, bagi menghormati dia yang beria-ria benar ingin bercerita jugak walaupun signal yang kami tidak mengertikan bahasanya sudah diberi, aku pun mengangguk-iyakan segalanya. Dia kemudian mengeluarkan handphone berkamera dan menunjukkan gambar seorang wanita bertudung. Aik...... (bersambung)

5 comments:

Anonymous said...

I wonder who's the lady yg bertudung tu....?!!

shahnon said...

bestnya holiday kat phuket :D

Anonymous said...

eee..suspen lak! siapa wanita bertudung tu..tudung hitam?biru?merah? cepat sambung...

Anonymous said...

ala ala afdlin lak sambung2.hehe. yey,kali ni panjang sket.haha.go girl, sambung wokeh!
(habih la aku kalo kena mengimbas cap jari, sure fail nye lah :D )

Suhaila Mohd Shukor said...

tunggu yek sume. will continue soonest!

intotis, habih la ko nak gi umrah nanti tiba2 dia imbas kuar muka penyamun tarbus. tu la makan tak basuh tangan kan dah ader ketuat...