29 May, 2006

Hai!


Inilah workstation aku yang sungguh skematikal dan tidak membenarkan aku membuat apa-apa dekorasi di tempat aku ni. Pin-up board pun tade... yang kuning tu hanyalah bidai partition yang konsepnya hanya boleh difahami oleh pereka hiasan dalaman itu seorang diri saja...

23 May, 2006

Tertekankah? Penuaankah?

Hari ini beberapa rakan sepejabat mengatakan wajah aku kelihatan seperti seorang yang sedang menghadapi tekanan dalam hidup. Dasyat bunyiknya tu. Tapi hakikatnya hidup aku tidaklah tertekan langsung (lagi happy adeler), cuma pagi adalah aku tersilap tekan address book jadi sms aku tersampai kat orang lain. Yalah, mungkin tekanan itu kelihatan pada wajah saja tapi di dalam tidaklah rasanya. Namun tidak dinafikan hari ini ada beberapa produk yang sedang aku fikirkan sekaligus ketika ini. Jadi neuron otak agak keceleruan sedikit lalu menyebabkan saraf-saraf wajah ini agak terganggu kestabilannya tapi terkawal cewah. Dan baru-baru ini aku telah mendapati dahi aku telah mempunyai beberapa garis-garis halus. Adakah itu tanda-tanda penuaan yang Siti Nurhaliza ceritakan di dalam iklan cinta Olay Total Effects yang menggelikan itu? Oh tidakkk! Sungguh tak dapat aku terima hakikatnya jika aku telah mengalami penuaan dalam usia yang masih muda remaja begini. Ok bye, nak balik awal skit.

18 May, 2006

Iklan Susu Lagi...

Semalam, pertama kali aku experience shooting scene dalam kereta yang sedang bergerak. Masyallah peningnya kepala aku rasa cam nak termuntah sebab terpaksa terperosok kat tempat duduk paling belakang Naza Ria sama direktor, kononnya itulah MPV paling besar yang dipercayai dapat mencapai matlamat shooting ni. Walaupun pulang dengan pening langau ,aku agak kehappyan sebab baby blue pun termasuk dalam iklan tu, namun apperancenya mungkin untuk 1/2 saat aje hehehe, jaaaadiklah. And sebelum balik, talent iklan tu iaitu anak si Azura Abdul Karim yang berusia 3 tahun dengan selambanya terkencing atas baju aku masa aku dukung dia. Nasib baik aku ala-ala aiman tak kisah... syok juga hari aku semalam.

16 May, 2006

Selamat Hari Guru Pula.

Ucapan ini khas buat guru besar, guru penolong kanan I dan II, guru disiplin, guru kaunseling, guru pengakap, guru penasihat kelab fotografi dan kewartawanan, guru penasihat PIBG, guru pengawas, guru agama atau dalam bracket ustazah serta mahaguru silat yang pernah memberi tunjuk ajar kepadaku dalam semua subjek berkaitan pendidikan dunia dan akhirat tak kiralah melalui buku teks, papan hitam, slide OHP projector dan sebagainya yang juga tidak kira sama ada mengikut silibus kementerian pendidikan ataupun silibus sendiri dalam erti kata lain telah memberikan sumbangan ke arah membentuk jati diri ini menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan masyarakat suatu hari ini. Juga kepada creative director di opis lama dan baru yang tidak putus-putus memberikan bimbingan dengan memberikan kritikan membina mahupun mengguris jiwa terhadap hasil-hasil kerja selama aku bergelar penulis hingusan dalam iklan produk-produk halal. Tak lupa juga kepada semua teman-teman sekampung, setadika, sepersekolahan, seuniversitas, sekantor ataupun sesurau termasuk ex-ex yang telah secara tidak langsung memberi panduan kepadaku untuk mencari pengganti yang lebih bermutu tinggi. Tak dilupakan juga kepada seluruh ahli keluargaku yang sesungguhnya tidak lokek memandu perjalanan hidupku seperti memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membuat pinjaman kereta dan sebagainya. Oh guru-guruku... ku doakan yang terbaik untukmu menempuh hari-hari esok.

08 May, 2006

I Am So In Love.



Picture of me with my love.

05 May, 2006

Jangan Tak Tengok...




Aku baru balik dari Mirage untuk offline editing TVC terakhir aku dengan team FCB. Iklan tu kami shoot minggu lepas, di dalam sebuah rumah kampung yang lawa betul kat Kampung Endah, Morib. Emm jauh jugaklah locationnya tapi best juga aku boleh bawak baby blue aku jalan jauh ckit... haha. Kampungnya tu memanglah lawa dan kononnya pernah menang kampung terindah kat Malaysia untuk beberapa tahun berturut-turut sehingga tidak dibenarkan bertanding lagi untuk kasik chan pada kampung lain. Dan inilah pertama kali aku berpeluang bekerja dengan direktor tersohor bernama Kamal Mustafa. Sumber mengatakan, dia ni ranked no 5 in Asia for his storytelling dalam TVC. Hmm...terduduk aku bila tau fees directing dia untuk shoot 2 hari equal to total gaji aku setahun hahaha. Saiko kayanya pakcik ni! Itulah dia kelebihan orang yang ada banyak pengalaman... Kamal ni veteren sungguh orangnya macam ayahanda aku pun ada. Suka senyum jer. Cukup kagum tengok hasil kerja dia yang lepas mostly iklan tv Petronas. So check outlah iklan tv Takaful Malaysia nanti ya... Insyallah keudara bulan Jun nanti.

02 May, 2006

Sori satu lori...

Lamanya aku tak update blog ini ya. Usah risau ya… aku masih lagi sempurna berjari. Terharu sekali bila tau ada insan yang membuka dan bertanya akan laman yang telah sekian waktunya menjadi bahan tinggalan sejarah. Terima kasih atas concern itu. Aku ingatkan tulisan aku tidak pun memberi impact pada sesiapa yang terbabit dalam industri pembloggingan. Anyways, aku kini sedang menulis dari agensi terlampau baru aku yang bernama Saatchi & Saatchi, selepas sadis memutuskan perhubungan serius selama lebih dua tahun bersama FCB. Aduh beratnya nak meninggalkan FCB…tuhan saja yang tahu. Tapi inilah pendakian yang harus aku teruskan, demi……………….(sila mula menyanyi) .....menuju puncak gemilang cahaya...menuju cita seindah rasa...menuju puncakkk... (sila nyanyi dan menari sendiri sampai abis) //AKAN BERSAMBUNG BILA LINE CLEAR.