Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Malam semalam ku berpeluang menyaksikan persembahan bunga api yang maha hebat, sehebat yang kita boleh lihat di Tasik Putrajaya, Dataran Merdeka etc tapi ku saksikan di padang permainan depan rumah saja. Meletup-letup kuat macam bom tangan bunyiknya beserta rintik-rintik cahaya yang berwarna-warni sekali sampailah pukul 2:30 pagi. Tak putus-putus mereka berlawan sesama mereka. Kacau jek beauty sleep aku. Sampai ada juga mercun yang terpelanting masuk ke porch kereta abang aku... ada ke patut? Entah dari manalah Castello depan ni seludup mercun-mercun sensasi sebegini. Seorang kaki skodeng bernama Encik K (bukan alphabet sebenar) telah ternampak 2 polis berkereta telah datang dengan macho ke tempat kejadian dan kemudian pulang dengan happy lalalalalaaaa bersama 'hadiah' pemberian geng Al Capone. "Apa kejadahnye semua ini?" tanya abang rambut cacak Edisi Siasat.
29 January, 2006
23 January, 2006
Adeh.
Minyak cap kapak tak lekang di jari sejak tadi. Hidung asyik berbunyi. Badan suam dan sengal-sengal pula ni. I think I will fall sick soon. (Yeahuu!) Maka terhapuslah dosa-dosa kecil?
22 January, 2006
SMS dari Kemboja.
Pagiku dikejutkan dengan berita kemalangan motosikal Fadila yang sempatku temui Jumaat lepas semasa beliau transit di KL sebelum ke sana. Pemandu yang membawa Fad cedera parah sementara orang yang merempuhnya meninggal dunia. Khabarnya Fad mengalami kecederaan ringan di muka dan lengan. Hmm tiada apa yang boleh ku lakukan dari sini selain berdo'a semuanya baik-baik aja. Mariana yang baru aja pulang dari Hong Kong sudah berlepas untuk menemani Fad dan meneruskan niat mengunjungi Angkor Wat, Killing Fields etc. Bagusnya Mariana... dua teman rapat ini dan seorang lagi, Syereen adalah 3 rakan Singapura yang aku kenali di Tioman dua tahun lalu.
Sedihnya aku dengan ketidakefisyen pengangkutan awam kat Kemboja ni. Kalau nak kemana, tahan aja motor yang ntah sapa-sapa dan bayarlah satu dolar ke apa. Sememangnya lumrah. Teksi jarang sekali ada dan mahal. Insyallah jika rancangan ke sana menjadi, bagaimanalah agaknya pengalaman aku yang agak fobia dengan motorsikal ni. Kalau naik, aku sebenarnya lebih rela menunggang orang daripada jadi pembonceng sebab aku yang in-control dan tak mungkin merempit.
Sedihnya aku dengan ketidakefisyen pengangkutan awam kat Kemboja ni. Kalau nak kemana, tahan aja motor yang ntah sapa-sapa dan bayarlah satu dolar ke apa. Sememangnya lumrah. Teksi jarang sekali ada dan mahal. Insyallah jika rancangan ke sana menjadi, bagaimanalah agaknya pengalaman aku yang agak fobia dengan motorsikal ni. Kalau naik, aku sebenarnya lebih rela menunggang orang daripada jadi pembonceng sebab aku yang in-control dan tak mungkin merempit.
21 January, 2006
Alahai....
Today was probably the most stressful shoot I ever had so far. Don’t like the disgruntled after-feeling I had... Shahrul kata rasa tu normal. Entahlah. Moga hasilnya nanti boleh memberikan ketenangan.
18 January, 2006
Hey You Selfish Girl!
Tiada kena mengena dengan perniagaan ikan tapi sikap negatif yang rasanya ada pada semua orang. Yang berbeza adalah ketebalan perangai buruk itu di dalam ruang sanubari kita. Eh dah macam pakar sakit jiwa pulak. Taklah, sebenarnya aku geram melihat satu insiden yang menyayat hati di mana 2 Malay Makciks kena kepit dengan pintu lif dengan hebat sekali sampai bunyi ‘gedegang!!!’ angkara sorang Chinese lady ni yang tak menyempat benar nak menutup lif tu. Tahu la pintu besi logam metal standard lif. Konfem sakit lengan bahu makcik tu. Padahal miss pentingkan diri sendiri tu dah nampak jelas lagi ketara ada 2 makcik sedang menuju ke pintu lif termasuk aku (yang bukan kategori makcik) ikut kat belakang derang. Kalau aku ni jenis suka sound depan-depan dah lama dah kena perempuan tu namun ku sempat juga memberikan satu jelingan seganasss mungkin pada dia.
17 January, 2006
Bicara Kemajuan Filem dan Angkasa Lepas.
Tiada seorang pun housemate yang sanggup menemaniku menonton filem Castello malah aku diketawakan free selepas menyatakan hasrat untuk ke pawagam hanya kerana Rosyam Nor, watak seorang gangster yang gemar mengunyah biskut Julies. Aku pun sebenarnya geli hati untuk memengertikan rasionalnya Julies sebagai penaja namun naluri positif aku percaya produsernya ada sebab tersendiri demi keberjayaan filem Melayu, citarasa snek Malaysia.
Ku cadangkan Julies juga menaja team angkasawan Malaysia agar dapat juga mereka mencicah biskut di cakerawala. Minggu lepas, aku terkejut habis bila mengetahui salah seorang daripada 27 finalis yang berkemungkinan ke Rusia itu adalah rakan sebatch mate aku di MMU dulu. Tak ku duga seorang yang bernama Encik Bostami (bukan nama sebenar) kini di tahap itu… tidaklah aku meng-underestimate-kan kebolehan dia hah hah hah, tapi tidak menyangka dia ada menyimpan cita-cita murni untuk ke angkasaraya pula walaupun graduate Interface Design (thanks Lalat for info haha). Aku memang tak rapat ngan dia tapi gaya rambut Afronya pernah mencuri hati seorang temanku hah hah hah yang mungkin kini dibayangi pula dengan watak dalam filem The Astronout’s Wife takpun Armageddon. Filem yang aku sukakan soundtracknya tapi geli-geleman dengan ekspresi wajah Aerosmith yang yucky sekali dalam video klip I don’t want to close my eyes I don’t want to fall asleep coz I miss you babe coz I don’t want to miss a thing.
Back to the point, serius ke takda sorang pun nak nonton Castello ni? Maka haruskah aku pergi menonton sesorang demi memartabatkan filem Melayu dan juga demi Rosyam Nor???
Ku cadangkan Julies juga menaja team angkasawan Malaysia agar dapat juga mereka mencicah biskut di cakerawala. Minggu lepas, aku terkejut habis bila mengetahui salah seorang daripada 27 finalis yang berkemungkinan ke Rusia itu adalah rakan sebatch mate aku di MMU dulu. Tak ku duga seorang yang bernama Encik Bostami (bukan nama sebenar) kini di tahap itu… tidaklah aku meng-underestimate-kan kebolehan dia hah hah hah, tapi tidak menyangka dia ada menyimpan cita-cita murni untuk ke angkasaraya pula walaupun graduate Interface Design (thanks Lalat for info haha). Aku memang tak rapat ngan dia tapi gaya rambut Afronya pernah mencuri hati seorang temanku hah hah hah yang mungkin kini dibayangi pula dengan watak dalam filem The Astronout’s Wife takpun Armageddon. Filem yang aku sukakan soundtracknya tapi geli-geleman dengan ekspresi wajah Aerosmith yang yucky sekali dalam video klip I don’t want to close my eyes I don’t want to fall asleep coz I miss you babe coz I don’t want to miss a thing.
Back to the point, serius ke takda sorang pun nak nonton Castello ni? Maka haruskah aku pergi menonton sesorang demi memartabatkan filem Melayu dan juga demi Rosyam Nor???
16 January, 2006
Persetankannya.
Telahku tangkis erti Monday Blues yang menjadi himbauan ideologi barat apabila bersemangatnya masuk ke opis sejam setengah lebih awal. Ku abaikan keletihan tulang rangkaku yang pulang lewat malam semalam selepas bersuka ria bersama kanak-kanak riang. Banyak kesan positif jika mula bekerja pepagi ni ya murid-murid. Selain boleh mencabut awal petang karang, otak kanan dan kiri pun cerdas berpikir. Prestasi kerja pun dapat bertindak 2 kali ganda lebih hebat berbanding normal seperti panadol acti-fast. Tambahan pula server opis di awal pagi agak boleh dimaafkan sedikit berbanding normal. Kalau tak, nak tunggu upload gambo pun boleh pergi buat milo dahulu. Maka agak laju jugaklah jemari ketotku ini memetik papan kekunci di pagi hari, selaju pecutan sebuah Swift biru...obsesi terbaru dalam hari-hariku yang kini masih redha akan kelembaban dan ketidakpunctualan komuter.
12 January, 2006
Harapnya Begitulah...
Terharunya aku seawal subuh lagi ayahanda sudah menelefon memberikan kata-kata nasihat sebagai bekalan di tengah hari. Tidakku sangka beliau sesegarnya mengingati ada satu agenda penting yang bakal ditempuhi oleh anaknya yang comot ini. Dan syukur alhamdulillah, perjumpaan tadi berjalan begitu tenang dan lancar... moga pintu rezeki yang Allah bukakan tidak bisa melalaikan kewajipanku terhadap-Nya, malah lebih menambat diriku mensyukuri nikmat-Nya.
11 January, 2006
Suatu Hari Di Hari Raya.
Buat pertama kali syaitan-syaitan yang menyelubungi selimutku tidak menggunakan kuasa ultraman taronya untuk memalaskan lagi tubuhku supaya auto-bangkit bila terdengar seruan azan. Tanpa berasa berat sangat aku meninggalkan tilam empuk yang ku cayangi itu dan terus mengerjakan apa yang patut. Selepas itu aku terus menerjah ke dapur dan memeranjatkan ayam-ayam yang sedang berehat di dalam peti ais. Terus ku goreng ayam itu sepertimana ku selalu menggoreng ketika menulis skrip hahaha. Aku ikuti pesanan ibu supaya menggunakan periuk deep frying agar dapat aku meninggalkan dapur seketika untuk menjalankan multi-tasking.
So aku pun masuk semula ke bilik membawa tujuan memilih jubah tercantik yang ingin ku pakai untuk pergi ke semayang raya nanti. Namun rupanya aku cuma memiliki sepasang jubah sahaja haha so tanpa boleh membuat sebarang pilihan maka tergosoklah jubah yang pernah ku pakai ketika semayang raya tahun lepas… sambil mendengar muzik latar dari masjid, iaitu alunan takbir raya. Adusss sadis seketika hatiku terkenangkan kampung halaman dek mendayu-dayunya vokalis di sebalik mikropon itu… mungkinkah suara imam muda yang pernah mendapat perhatian eksklusif daripada aku dan housemates time terawih dulu? Hahaha. Aku standbykan ayam yang siap digoreng itu untuk ku sambung memasaknya selepas solat nanti.
Sementara ku lihat Ijah yang tidak dapat menyertai aku menyambung tidurnya dengan begitu berjaya sekali. Selepas mandi sunat raye, aku pun menanti kedatangan Atin yang hendak pergi mesjid bersama-sama tapi rupanya menyanyikan lagu janji tinggal janji KRU. Sabar jelah. Aku pun berlari-lari anak ketika mencross jalan sebab sudah terdengar imam dah start baca niat. Alamakkk cemas sungguh keadaan aku ketika itu. Bagaikan halilintar aku berjalan tanpa menghiraukan lagi sifat kewanitaan yang ada. Bila tiba di kaki pintu, alangkah terkejutnya ku lihat kaum muslimin telah memenuhi setiap ceruk ruang yang ada sehingga ke hujung tempat letak kasut dan memblock ruang untuk aku naik ke tempat wanita. Giler tu tak pernah ku lihat kesesakan sedemikian rupa. Remuk redam jugalah hati kecilku melihat mereka bersemayang sementara aku dan para muslimah lewat yang lain hanya mampu berdiri dan menyesali nasib masing-masing sehingga selesai solat sebelum dapat meminta laluan untuk ke tangga atas mendengar kutbah.
Kesimpulannya, terkorbanlah semayang hari raya korban yang aku hajatkan. Rupa-rupanya, ibu Didie pun senasib denganku. Kami berpakat duduk di saf yang sama dan pulang together-gether. Kegiatan masak-memasak kemudian dimulakan setelah Ijah bangun dan Atin datang membawa semangat kesukanan. Walaupun tiada paksaan di dalam Islam, ku pakse Ijah yang belum mandi untuk turun ke kedai sweetheart bagi membeli sos tomato yang kemudian memberikan pengalaman baru baginya mewitness seorang bangla yang siap berpakaian baju melayu serta kain pelikat sedang membeli sebotol beer di kedai itu hahaha.
Gotong-royong kami akhirnya menampakkan hasil apabila hidangan nasi tomato, ayam merah dan kobis goreng telah menggelongsor ke dalam lipatan usus kami bertiga pada jam 11 pagi. Bukti di tempat kejadian juga sempat kami rakamkan dengan menghabiskan Kodak Ijah dan memory space terakhir kameraku sambil masing-masing memakai spek mata hitam di dalam rumah macam orang tak betul.
09 January, 2006
Salam Aidil Adha.
Sia-sia sajalah aku kecut perut aku dari pagi tadi kerana hendak menghadiri satu temuduga yang dijadualkan berlaku hari ini. Tiba-tiba di postponed pula ke hari Khamis. Pasti ada hikmah di sebaliknya ni. Tidak mengapalah, esok pun nak raya. Lunch time tadi aku habiskan dengan mensurvey ayam kat Carrefour yang hendak ku beli lepas opis nanti untuk dibuat nasi tomato & ayam merah sempena menyambut Raya Haji esok bersama kawan-kawan. Inilah kali pertama aku ingin mencuba masakan yang agak berprestij. Resipi yang ku salin dengan bersemangatnya selepas membelek sebuah majalah di rumah sedara aku yang nampak macam kacang je. Harap-haraplah resipi itu tak palsu. Sia-sia pula pengorbanan ayam-ayam tu nanti. Terlanjur itu, Selamat Hari Raya Korban kepada hadirin dan hadirat sekalian.
06 January, 2006
Lagu Sedap Hari Ini.
Di Atas Normal nyanyian Peter Pan
pikiranku
tak dapat ku mengerti
kaki di kepala
kepala di kaki
pikiranku
patutnya menyadari
siapa yang harus dan tak harus ku cari
tetapi tak dapat ku mengerti
sesuatu yang baru ku sadari
kau tinggalkanku tanpa sebab yang pasti
sesuatu yang harusnya terjadi
kau sakiti aku
kau yang harus ku benci
tetapi tak dapat ku mengerti
ku mencari sesuatu yang telah pergi
ku mencari hati yang ku benci
ku mencari sesuatu yang tak kembali
ku mencari hati yang ku benci
ku mencari tetap tak dapat ku temui
ku mencari hati yang ku benci
pikiranku
tak dapat ku mengerti
kaki di kepala
kepala di kaki
pikiranku
patutnya menyadari
siapa yang harus dan tak harus ku cari
tetapi tak dapat ku mengerti
sesuatu yang baru ku sadari
kau tinggalkanku tanpa sebab yang pasti
sesuatu yang harusnya terjadi
kau sakiti aku
kau yang harus ku benci
tetapi tak dapat ku mengerti
ku mencari sesuatu yang telah pergi
ku mencari hati yang ku benci
ku mencari sesuatu yang tak kembali
ku mencari hati yang ku benci
ku mencari tetap tak dapat ku temui
ku mencari hati yang ku benci
Perjanjian.
Maka hari ini aku berjanji pada diri sendiri untuk menghabiskan waktu hujung minggu nanti di California. Bukan yang di US tu tapi yang di Mid Valley ini saja. Sudah hampir 2 minggu aku sudah ponteng kelas PJ atau singkatan kepada kelas Pendidikan Jasmani sewaktu zaman sekolah dulu. Badan aku kini terasa mahu dimanjakan aja dan sudah menjadi semakin malas. Hampir setiap hari dalam minggu ini selepas aja subuh, aku suka nak terus landing balik ke katil dengan telekung skalik dan liat bebenar hendak bangun menggosok baju dan bersiap ke opis. Nampaknya fenomena ini tidak boleh aku biarkan berterusan kerana ia boleh mengancam gaya hidup sihat yang aku impikan.
05 January, 2006
Satu Kejengkelan.
Arus produktiviti deras mengalir dalam tugasan aku hari ini... cewah! (eh bagus jugak kalau boss aku terbaca blog ni heh heh heh). Dari pagi hinggalah ke saat ini, masih belum berputusan aku menyelesaikannya satu persatu. Namun terdapat satu naskah yang belum dapat memuaskan nafsi penulisan aku. Satu naskah yang sejak 3 hari lalu telah cuba aku olah, olah dan olah sehinggalah ke detik ini masih belum mencapai haul yang aku mahukan, sehingga aku cukup geram dengan potensi otakku hari ini. Rakan sejawat yang duduk di hadapan aku berkata, kepalaku yang menghadap skrin hari ini nampaknya seperti aku hendak masuk aje ke dalam monitor ini kalau boleh. Eeee boleh lagi dia nak buat lawak. Rasa nak lepuk jer. Doaku agar Allah dapat mencetuskan magik untukku menyiapkan mende ni secepat mungkin. AMIN.
03 January, 2006
King Kong Yang Kagum.
Yang sedang berpura-pura sibuk di belakang kamera itulah Peter Jackson. Pengarah yang telah berjaya menghasilkan filem yang aku nobatkan sebagai terbaik pernah aku tontoni pada tahun 2005. Terbaik dari segi berjaya membuatkan aku keluar panggung dengan rasa puas, berbaloi dan tidak mengeluarkan kata kesal seperti "baik aku makan KFC tadi pun kenyang" bila tertonton cerita hampeh. Pemergianku ke panggung 31 Disember lalu sesungguhnya tidak berbekalkan apa-apa review panjang lebar atau sinopsis... cuma sekadar sebaris ayat dari Hamka, "kalau tengok, tak rasa macam 3 jam...". Durasi sepanjang itu membuatkan aku berdoa bahawa konsentrasi aku tidak berpalit sebagaimana pengalaman menonton PGL. Tambahan pula, aku tak minat sangat menonton cerita-cerita fiksyen terutamanya yang ada makhluk asing berkulit kedut-kedut. Entah bagaimana hatiku terbuka pulak untuk memilih filem yang diarahkan oleh pengarah Lord of the Ring ini. (filem dia yang aku tak heran langsung menonton mana-mana episod heh heh heh)
Alangkah gemilangnya King Kong tidak sedikit pun membuatku rasa ingin berganjak dari kerusi malah memaksaku menangguhkan hasrat menunaikan hajat alam semesta. Kagum betul aku dengan produksi filem omputih ni. Tak terbayang ke-detail-an animasi derang... sampaikan sekeliling king kong pun ader bari-bari halus... giler tuu! Terkenang akan hobiku di zaman universitas iaitu mencopy disket assignment animation orang lain yang simple pun aku tak reti nak buat haha. So bila menonton King Kong, aku dapat rasakan getir yang dilalui para animatornya. Walaupun aku dapati ada elemen yang tidak logik dalam filem ini tetapi keunggulan unsur lain seperti animation, editing, screenplay terutamanya kebagusan continuity dia membuatkan aku sedia memaafi kelemahan-kelemahan lain.
02 January, 2006
Assalamualaikum 2006.
Macam-macam yang ingin aku rancangkan pada tahun 2006 ni. Setelah aku rasa tahun 2005 aku tempuhi dengan serba rileks dan redha dengan apa-apa jer yang aku lalui sehari-hari tanpa ada apa-apa perancangan teliti tapi sekadar angan-angan yang hanya menggalakkan pertumbuhan jerawat. Bila dah masuk bulan akhir tahun lepas, barulah aku sedar bahawa aku semacam 'tak buat apa-apa' tahun lepas. Dan bila memuhasabah diri, aku tersedar bahawa aku tergolong di kalangan insan yang tersangat-sangatlah rugi. Tahun ni aku sebolehnya tidak mahu bergelar insan seperti itu lagi. Tahun ini aku telah bariskan beberapa fakta yang ingin aku realisasikan dalam hidup aku dan keluargaku. Semoga berjaya Cik Suhaila. Semoga diperkenankan-Nya...
Subscribe to:
Posts (Atom)