11 January, 2006

Suatu Hari Di Hari Raya.

Buat pertama kali syaitan-syaitan yang menyelubungi selimutku tidak menggunakan kuasa ultraman taronya untuk memalaskan lagi tubuhku supaya auto-bangkit bila terdengar seruan azan. Tanpa berasa berat sangat aku meninggalkan tilam empuk yang ku cayangi itu dan terus mengerjakan apa yang patut. Selepas itu aku terus menerjah ke dapur dan memeranjatkan ayam-ayam yang sedang berehat di dalam peti ais. Terus ku goreng ayam itu sepertimana ku selalu menggoreng ketika menulis skrip hahaha. Aku ikuti pesanan ibu supaya menggunakan periuk deep frying agar dapat aku meninggalkan dapur seketika untuk menjalankan multi-tasking.


So aku pun masuk semula ke bilik membawa tujuan memilih jubah tercantik yang ingin ku pakai untuk pergi ke semayang raya nanti. Namun rupanya aku cuma memiliki sepasang jubah sahaja haha so tanpa boleh membuat sebarang pilihan maka tergosoklah jubah yang pernah ku pakai ketika semayang raya tahun lepas… sambil mendengar muzik latar dari masjid, iaitu alunan takbir raya. Adusss sadis seketika hatiku terkenangkan kampung halaman dek mendayu-dayunya vokalis di sebalik mikropon itu… mungkinkah suara imam muda yang pernah mendapat perhatian eksklusif daripada aku dan housemates time terawih dulu? Hahaha. Aku standbykan ayam yang siap digoreng itu untuk ku sambung memasaknya selepas solat nanti.


Sementara ku lihat Ijah yang tidak dapat menyertai aku menyambung tidurnya dengan begitu berjaya sekali. Selepas mandi sunat raye, aku pun menanti kedatangan Atin yang hendak pergi mesjid bersama-sama tapi rupanya menyanyikan lagu janji tinggal janji KRU. Sabar jelah. Aku pun berlari-lari anak ketika mencross jalan sebab sudah terdengar imam dah start baca niat. Alamakkk cemas sungguh keadaan aku ketika itu. Bagaikan halilintar aku berjalan tanpa menghiraukan lagi sifat kewanitaan yang ada. Bila tiba di kaki pintu, alangkah terkejutnya ku lihat kaum muslimin telah memenuhi setiap ceruk ruang yang ada sehingga ke hujung tempat letak kasut dan memblock ruang untuk aku naik ke tempat wanita. Giler tu tak pernah ku lihat kesesakan sedemikian rupa. Remuk redam jugalah hati kecilku melihat mereka bersemayang sementara aku dan para muslimah lewat yang lain hanya mampu berdiri dan menyesali nasib masing-masing sehingga selesai solat sebelum dapat meminta laluan untuk ke tangga atas mendengar kutbah.


Kesimpulannya, terkorbanlah semayang hari raya korban yang aku hajatkan. Rupa-rupanya, ibu Didie pun senasib denganku. Kami berpakat duduk di saf yang sama dan pulang together-gether. Kegiatan masak-memasak kemudian dimulakan setelah Ijah bangun dan Atin datang membawa semangat kesukanan. Walaupun tiada paksaan di dalam Islam, ku pakse Ijah yang belum mandi untuk turun ke kedai sweetheart bagi membeli sos tomato yang kemudian memberikan pengalaman baru baginya mewitness seorang bangla yang siap berpakaian baju melayu serta kain pelikat sedang membeli sebotol beer di kedai itu hahaha.


Gotong-royong kami akhirnya menampakkan hasil apabila hidangan nasi tomato, ayam merah dan kobis goreng telah menggelongsor ke dalam lipatan usus kami bertiga pada jam 11 pagi. Bukti di tempat kejadian juga sempat kami rakamkan dengan menghabiskan Kodak Ijah dan memory space terakhir kameraku sambil masing-masing memakai spek mata hitam di dalam rumah macam orang tak betul.

2 comments:

eliza said...

Oh silalah post gambar2 raya awak ok

Anonymous said...

who are you mista mmm?