17 January, 2006

Bicara Kemajuan Filem dan Angkasa Lepas.

Tiada seorang pun housemate yang sanggup menemaniku menonton filem Castello malah aku diketawakan free selepas menyatakan hasrat untuk ke pawagam hanya kerana Rosyam Nor, watak seorang gangster yang gemar mengunyah biskut Julies. Aku pun sebenarnya geli hati untuk memengertikan rasionalnya Julies sebagai penaja namun naluri positif aku percaya produsernya ada sebab tersendiri demi keberjayaan filem Melayu, citarasa snek Malaysia.

Ku cadangkan Julies juga menaja team angkasawan Malaysia agar dapat juga mereka mencicah biskut di cakerawala. Minggu lepas, aku terkejut habis bila mengetahui salah seorang daripada 27 finalis yang berkemungkinan ke Rusia itu adalah rakan sebatch mate aku di MMU dulu. Tak ku duga seorang yang bernama Encik Bostami (bukan nama sebenar) kini di tahap itu… tidaklah aku meng-underestimate-kan kebolehan dia hah hah hah, tapi tidak menyangka dia ada menyimpan cita-cita murni untuk ke angkasaraya pula walaupun graduate Interface Design (thanks Lalat for info haha). Aku memang tak rapat ngan dia tapi gaya rambut Afronya pernah mencuri hati seorang temanku hah hah hah yang mungkin kini dibayangi pula dengan watak dalam filem The Astronout’s Wife takpun Armageddon. Filem yang aku sukakan soundtracknya tapi geli-geleman dengan ekspresi wajah Aerosmith yang yucky sekali dalam video klip I don’t want to close my eyes I don’t want to fall asleep coz I miss you babe coz I don’t want to miss a thing.

Back to the point, serius ke takda sorang pun nak nonton Castello ni? Maka haruskah aku pergi menonton sesorang demi memartabatkan filem Melayu dan juga demi Rosyam Nor???

5 comments:

Anonymous said...

patutla asyik tanya aku macam2 soalan..rupa2nya nak karang blog.hahaha..kesiannya kau takde siapa nak teman tgk castello..tapi apsal kau nak tgk cite tu pon..iskk..

Suhaila Mohd Shukor said...

Lat, mungkin sebabnya agak menjengkelkan tapi hakikatnye...aku mmg admire lakonan rosyam nor sebenarnya heh heh heh

Anonymous said...

andainya itu hakikatnya, eloklah anda tunggu sahaja VCD/DVD-nya (ori mahupun pirated) keluar nanti...ataupun, tunggu sahaja Raya nanti...sure masuk tv punyer lah! :)

Anonymous said...

kehkehkeh....aku pn xdpt menolong menuntun, tp kalo ko beli biskut castello, mungkin aku bleh tolong makan...hmm,bagaimanalah keadaan para angkasawan kita ya...hum humm

Suhaila Mohd Shukor said...

hmm maybe mereka sedang praktis menebar roti canai di angkasapuri.