Pagiku dikejutkan dengan berita kemalangan motosikal Fadila yang sempatku temui Jumaat lepas semasa beliau transit di KL sebelum ke sana. Pemandu yang membawa Fad cedera parah sementara orang yang merempuhnya meninggal dunia. Khabarnya Fad mengalami kecederaan ringan di muka dan lengan. Hmm tiada apa yang boleh ku lakukan dari sini selain berdo'a semuanya baik-baik aja. Mariana yang baru aja pulang dari Hong Kong sudah berlepas untuk menemani Fad dan meneruskan niat mengunjungi Angkor Wat, Killing Fields etc. Bagusnya Mariana... dua teman rapat ini dan seorang lagi, Syereen adalah 3 rakan Singapura yang aku kenali di Tioman dua tahun lalu.
Sedihnya aku dengan ketidakefisyen pengangkutan awam kat Kemboja ni. Kalau nak kemana, tahan aja motor yang ntah sapa-sapa dan bayarlah satu dolar ke apa. Sememangnya lumrah. Teksi jarang sekali ada dan mahal. Insyallah jika rancangan ke sana menjadi, bagaimanalah agaknya pengalaman aku yang agak fobia dengan motorsikal ni. Kalau naik, aku sebenarnya lebih rela menunggang orang daripada jadi pembonceng sebab aku yang in-control dan tak mungkin merempit.

3 comments:
suhaila kat kemboja ke?
Eh tak...blum gi lagi.
kesiannya fad!...tapi semangatnya utk ke angkor wat masih tinggi ya.luckily she hv mariana too..humm..apa2pun,aku juga doakan moga semuanya slmt n baik2 aja...
Post a Comment