Pernahkah anda gagal mengundurkan kereta kerana tiang basement begitu rapat dengan tubuh kereta?
Pernahkah anda cuba sedaya-upaya selama lebih 15 minit memusing stereng ke kiri dan kanan, memandang cermin sisi, belakang dan depan tetapi misi masih gagal?
Pernahkah anda berasa cemas tak terkira dan pada masa yang sama ketawa pada diri sendiri yang terasa hopeless di hari Jumaat?
Pernahkah anda terpaksa menelefon suami untuk datang ke basement dan tolong mengundurkan kereta dengan selamat dan tak sampai 15 saat pun dia buat!?
Pernahkah anda kena marah pastu digelakkan serta disuruh pergi ke Singapura untuk ambil lesen kereta?
Saya pernah. Pagi tadi.
27 January, 2012
20 January, 2012
Si Jantung Hati...
Pelengkap dapurku... |
Pink Artisan Kitchen Aid Mixer |
Impianku adalah untuk memilikinya...ia amatlah berat, lebih kurang 11 kilogram! Kira kalau letak atas counter dapur tu memang takkan alihkan ke mana-mana lagi. Itulah yang membuatkan ia amat stabil dan mantap untuk menampung adunan besar dengan motornya yang berkuasa tinggi. Warna yang ku idamkan tak lain tak bukan Pink! Sedondon dengan warna merah jambu lembut kabinet dapurku :) Harganya di sini lebih kurang RM2,799...gulp!
Oleh kerana ianya pembuatan USA, harganya jauh lebih murah jika dibeli di sana. Namun, perlu diketahui jika kita membeli barangan elektrik di Amerika, kuasa elektrik yang diperlukan tidak sepadan dengan suis di negara kita. Peralatan elektrik tersebut perlu memakai transformer atau dipanggil step down bagi menurunkan kuasa elektrik seperti yang boleh ditampung di Malaysia. Kalau takda menda transformer tu memang peralatan elektrik tersebut tak akan berfungsi langsung, silap-silap boleh terbakor...so don't play play. Leceh leceh...tapi kalau dicongak harganya, masih boleh jimatlah jika dibeli di luar negara :) Kalau nak tahu, cuba layari amazon.com ... dan lihat sendiri perbezaan harganya.
Semoga impianku akan tercapai suatu hari nanti.........
19 January, 2012
Bila Saya Ingin Bercuti...
Sekarang ni saya dalam proses membuat "kajian" ke manakah destinasi paling sesuai untuk dilawati bagi tahun 2012 ini. Seperti tahun-tahun lepas, saya sebolehnya ingin mencipta kenangan manis bila menyambut hari-hari istimewa, seperti Hari Jadi dan Hari Ulang Tahun Perkahwinan...tambahan pula bila melihat kalendar, Malaysia ni memang banyak Cuti Umum! Malah, majikan saya bermurah hati memberi "Birthday Leave" pada tanggal hari jadi warga kerjanya :)
Jadi, inilah antara perkara-perkara penting yang saya akan ambil kira sebelum bercuti;
1. BUDGET
Bila dapat tahu lingkungan budget yang hendak dibelanjakan, barulah dapat dikenal pasti destinasi yang "mampu" ditujui! Paling basic, kita perlu fikirkan harga perjalanan/tiket. Kalau bercuti di dalam Malaysia, nak memandu sendiri perlu tahulah berapa lingkungan harga tol dan duit minyak pergi balik. Dan kalau ke luar negara, harga tiket kapal terbang adalah perkara paling mustahak untuk menentukan ke mana percutian kita! Dengan promosi Airasia tu kadang-kadang melancong ke luar negara boleh jadi lebih murah dari cuti-cuti Malaysia. Ya, itulah realitinya...tak semestinya kena "banyak duit" untuk berjalan jauh, tapi lebih kepada harus "banyak ilmu" untuk merebut peluang itu. :)
2. TARIKH & CUACA
Ada sebab saya gabungkan masa dan cuaca ni, kerana kedua-duanya saling berkait terutamanya bila hendak ke luar negara. Pernah seorang rakan terpaksa membeli tiket pada tarikh lain ke destinasi yang sama kerana terlalu ghairah mendapatkan tiket penerbangan murah tapi rupa-rupanya pada musim hujan...dan aktiviti yang boleh dilakukan agak terhad di situ.
3. KELENGKAPAN
Dan selepas mengenal pasti destinasi dan cuaca, kita perlulah menyediakan pakaian yang sesuai ke destinasi tersebut. Jaket tebal atau t-shirt nipis? Semua tu kenalah tahu sebelum berangkat kan! Seperti saya ni agak telitilah bila bersiap sebab tak mahu di sana nanti tergesa-gesa hendak mencari kelengkapan yang sepatutnya. Paling ringkas, perlu ada sepasang kelengkapanlah bila mendarat, nanti kita sorang saja yang menggigil pula. Jadi, menyiapkan kelengkapan ini pun berbalik kepada budget jugak, sebab baju tebal terutamanya bukanlah murah...nak pulak kalau inginkan warna-warna tertentu (macam saya ni nak pink kan) hehehe perlu ambil kiranya perbelanjaan sebelum berangkat tu...
Lepas tu beg tarik atau beg besar. Kena belilah kalau yang kerap ke sana-sini. Macam saya dan suami ni kami memang perlu beli beg travel yang baru sebab yang lama tidak lagi dalam keadaan memuaskan...hah kat situ dah tambah lagi perbelanjaan sebelum berangkat....
4. PENGINAPAN
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, segalanya boleh google nak tahu tempat mana paling berbaloi, paling strategik dan paling banyak orang recommend. Tripadvisor.com adalah yang kerap saya kunjungi untuk membuat rujukan. Ada juga info berguna daripada teman-teman di Facebook yang bercerita tentang pengalaman mereka kat hotel itu ini, ha dari situlah kita boleh ambil kira soal logistik ini.
Dan tempahan juga lebih baik dilakukan secara Online saja kerana kita boleh buat perbandingan dan mendapatkan "Internet Rates" yang lebih murah. Malah jika lebih awal buat tempahan, lebih diskaun yang boleh kita dapat.
5. AKTIVITI
Penting untuk tahu apa aktiviti yang akan dilakukan di sana nanti. Macam saya memang tak suka nak terperap dalam bilik hotel sahaja. Rugi rugi. Biarlah masa itu dihabiskan meneroka tempat yang dikunjungi itu, dan bergantung pada destinasi, adakalanya lebih baik ambil Ground Package atau adakalanya tidak berbaloi dan boleh dituju sendiri sahaja jika destinasi yang dipilih itu mempunyai sistem pengangkutan yang efisyen. Memadai kita bergantung pada peta bandarnya dan berjalan ke sana-sini seperti pengembara!
Biasanya saya akan buat jadual aktiviti, kalau sampai sana nak ikut ke tidak jadual itu perkara kedua. Sekurang-kurangnya kita dah tahu "misi" kita di sana hehe. Biasanya "misi membeli-belah" paling tidak boleh ditinggalkan. :)
Namun walau teliti bagaimanapun perancangan kita, ingatlah bahawa kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Ada seorang teman saya yang sangat excited untuk pergi melancong ke negara-negara Eropah, sudah lengkap segalanya persiapannya, sudah terbayang segala tempat yang hendak ditujuinya dan bila beliau tiba di sana, beliau mengalami demam yang teruk dan terpaksa berpatah balik ke Malaysia serta dimasukkan ke hospital di sini. Begitulah, kesihatan juga harus dijaga sebaiknya terutamanya bila hendak bercuti.
Jadi, inilah antara perkara-perkara penting yang saya akan ambil kira sebelum bercuti;
1. BUDGET
Bila dapat tahu lingkungan budget yang hendak dibelanjakan, barulah dapat dikenal pasti destinasi yang "mampu" ditujui! Paling basic, kita perlu fikirkan harga perjalanan/tiket. Kalau bercuti di dalam Malaysia, nak memandu sendiri perlu tahulah berapa lingkungan harga tol dan duit minyak pergi balik. Dan kalau ke luar negara, harga tiket kapal terbang adalah perkara paling mustahak untuk menentukan ke mana percutian kita! Dengan promosi Airasia tu kadang-kadang melancong ke luar negara boleh jadi lebih murah dari cuti-cuti Malaysia. Ya, itulah realitinya...tak semestinya kena "banyak duit" untuk berjalan jauh, tapi lebih kepada harus "banyak ilmu" untuk merebut peluang itu. :)
2. TARIKH & CUACA
Ada sebab saya gabungkan masa dan cuaca ni, kerana kedua-duanya saling berkait terutamanya bila hendak ke luar negara. Pernah seorang rakan terpaksa membeli tiket pada tarikh lain ke destinasi yang sama kerana terlalu ghairah mendapatkan tiket penerbangan murah tapi rupa-rupanya pada musim hujan...dan aktiviti yang boleh dilakukan agak terhad di situ.
3. KELENGKAPAN
Dan selepas mengenal pasti destinasi dan cuaca, kita perlulah menyediakan pakaian yang sesuai ke destinasi tersebut. Jaket tebal atau t-shirt nipis? Semua tu kenalah tahu sebelum berangkat kan! Seperti saya ni agak telitilah bila bersiap sebab tak mahu di sana nanti tergesa-gesa hendak mencari kelengkapan yang sepatutnya. Paling ringkas, perlu ada sepasang kelengkapanlah bila mendarat, nanti kita sorang saja yang menggigil pula. Jadi, menyiapkan kelengkapan ini pun berbalik kepada budget jugak, sebab baju tebal terutamanya bukanlah murah...nak pulak kalau inginkan warna-warna tertentu (macam saya ni nak pink kan) hehehe perlu ambil kiranya perbelanjaan sebelum berangkat tu...
Lepas tu beg tarik atau beg besar. Kena belilah kalau yang kerap ke sana-sini. Macam saya dan suami ni kami memang perlu beli beg travel yang baru sebab yang lama tidak lagi dalam keadaan memuaskan...hah kat situ dah tambah lagi perbelanjaan sebelum berangkat....
4. PENGINAPAN
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, segalanya boleh google nak tahu tempat mana paling berbaloi, paling strategik dan paling banyak orang recommend. Tripadvisor.com adalah yang kerap saya kunjungi untuk membuat rujukan. Ada juga info berguna daripada teman-teman di Facebook yang bercerita tentang pengalaman mereka kat hotel itu ini, ha dari situlah kita boleh ambil kira soal logistik ini.
Dan tempahan juga lebih baik dilakukan secara Online saja kerana kita boleh buat perbandingan dan mendapatkan "Internet Rates" yang lebih murah. Malah jika lebih awal buat tempahan, lebih diskaun yang boleh kita dapat.
5. AKTIVITI
Penting untuk tahu apa aktiviti yang akan dilakukan di sana nanti. Macam saya memang tak suka nak terperap dalam bilik hotel sahaja. Rugi rugi. Biarlah masa itu dihabiskan meneroka tempat yang dikunjungi itu, dan bergantung pada destinasi, adakalanya lebih baik ambil Ground Package atau adakalanya tidak berbaloi dan boleh dituju sendiri sahaja jika destinasi yang dipilih itu mempunyai sistem pengangkutan yang efisyen. Memadai kita bergantung pada peta bandarnya dan berjalan ke sana-sini seperti pengembara!
Biasanya saya akan buat jadual aktiviti, kalau sampai sana nak ikut ke tidak jadual itu perkara kedua. Sekurang-kurangnya kita dah tahu "misi" kita di sana hehe. Biasanya "misi membeli-belah" paling tidak boleh ditinggalkan. :)
Indonesia 2008 |
Singapura 2007 |
Amerika 2008 |
Australia 2009 |
10 January, 2012
Sayang anak tangan-tangankan, sayang kereta tinggal-tinggalkan..
Sudah sebulan lebih saya meninggalkan kodok; kereta pertama saya yang membawa seribu satu kenangan manis pahit bersama. Kodok terlalu banyak berjasa...kehadiran kodok dalam hidup saya 5 tahun lalu telah yang melenyapkan zaman berulang-alik ke tempat kerja melalui Komuter, Teksi dan juga Bas yang penuh dengan keletihan dan pencemaran bau-bauan...
Dan bermulalah pengembaraan saya ke destinasi menarik di Malaysia, malah hingga ke Kota Singapura jauhnya! Kodok tidak pernah jemu merealisasikan pertemuan saya dengan ayahanda bonda yang jauh di kampung dengan perjalanan yang memakan masa 2 jam 40 minit sahaja, iaitu sejam 20 minit lebih awal jika menaiki kenderaan awam. Kecekapan kodok inilah yang membuatkan saya mengenali erti penyesalan bila mendapat saman ekor di lebuh raya Malaysia yang penuh dengan kejutan yang tidak ku inginkan, kerana hanya Lisa Surihani sahaja yang mampu tersenyum gembira tak terkata bila menerima Saman Alert MYEG dalam iklannya, bukan?? (kalau tak percaya tengok balik iklannya di Youtube).
Kodok juga telah pernah spinning gasing bersama saya hinggalah ku fobia untuk memandu buat seketika bila kami berbabit dalam kemalangan dalam kelebatan hujan...
Kodok oh kodok...keputusan untuk meninggalkanmu adalah yang terbaik buatku pada masa ini, semoga kita dapat bertemu lagi...suatu hari nanti.
Teruslah berjasa kepada insan lain wahai kodokku.
Yang benar,
Bekas tuanmu yang merindu.

09 January, 2012
Potong Stim
Tajuk ni takda kena mengenalah dengan iklan P1 Wimax yang guna "potong stim" as campaign line dia, cuma ini pemerhatian sayalah. Dalam rutin seharian kita ni, mesti ada jer menda yang Potong Stim kita dengar, kita lihat berlaku depan mata atau pun kita alami sendiri. Haiiih potong betul lah, kan! Haa tu la kalau saya tak gemar sebut stim stim nih....*buat muka innocent*
Berikut adalah antara situasi potong stim;
1. Macam pagi-pagi nak gi kerja, dah siaplah pakai baju, pakai tudung, make-up, losyen bagai and spray wewangi..lepas tu tutup semua lampu, kipas. Ready to keluar pintu rumah. Suami pun dah pakai stokin dan kasut, tarik tombol dan kunci pintu kayu. Kemudian tarik pintu grill, kunci mangga. Selesai. Berjalan dua tiga langkah menuju ke lif lalalalalaa yabedabeduu...
Tiba-tiba........perut saya memulas KENCANG. KENCANG OK. Ibarat angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu. So terpaksalah gostan untuk menyampaikan hajat yang terpendam! Attack of the killer tomatoes itu tak mampu dipertahankan lagi...
2. Tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kira bumper to bumper la ni. Mengesot dalam 2 lane. So nampak dari side mirror kanan ada sebuah Ferrari merah menyala. Berkilat lain macam lepas buat polish kat G Guard yang melampau mahal tu. Wow.
Bila Ferrari tu ngam ngam kat sebelah, ku toleh tengok pemandunya sedang leka lagi sedap mengorek hidungnya. Baik punya gali berulang kali ibarat kita buat senaman setempat, kena ulang...8 lagi, 8 lagi. Yew...!
3. Ni pula kalau tengah cruising kat highway bila pulang. Nak cepat jer sampai rumah kan. Dah set kat kepala sampai nanti nak masak apa. Saya pandu di lorong paling kanan. Meluncur terus ke susur keluar UPM. Oooh dah nampak tol. Tengok semua lorong paling kiri berderet kereta beratur. Dalam hati hah nasib baik ada smartag.
Dengan semangat yakin boleh saya pun masuk ke lorong paling kanan macam biasa. Tengok cermin pandang belakang ada dua kereta. Tiba-tiba....palang smartag tak dibuka! teruslah brek mengejut!! Agak lagi 2 inci nak langgar palang. Warghhhh.
Selalu ku bengang orang yang tak reti guna lorong smartag ni nyusahkan orang lain, tapi hari itu rupanya My Official Blonde day. Ya, saya terlupa letak smartag disarangnya.
4. Ahad 12 tengah hari. Perut dah lapar. Baru pulang dari pasar. Dah set nak masak kari kepala ikan sebagai menu utama. Ambil bawang, daun kari, halba campur dah siap tumis, dengan serbuk kari, masuk ikan. Membonjol dah mata ikan tu. Tunggu langkah terakhir, nak masukkan santan. santan??? Alamak, lupa beli santan!!! Camna ni!!!!!!
5. Yang ni pulak bila semua lauk dah siap hidang untuk makan malam. Siap dengan air bancuhan orange sunquick lagi. Pehhhh. Perut dah keriuk. Masing-masing dah cuci tangan ready for makan. saya pun pergi ceduk nasi dari Periuk nasi elektrik. Bila angkat tudungnya, eh?? Kenapa masih beras dan air lagi???? Rupa-rupanya ada orang lupa tekan suis untuk masak nasik.............Taktaulah nak ketawa atau nak mare.......
Ada banyak lagi sebenarnya situasi potong stim ni.....anda ada pengalaman sendiri? Kongsilah kat ruangan komen jika sudi.

06 January, 2012
Penambat Hati di Pagi Hari
Setiap pagi saya pasti akan buat sarapan ringkas. Paling tidak pun sediakan air teh O sahaja dan hidangkan balang biskut kering untuk dicicahkan hehe. Asalkan perut yang comel ini diisikan dengan "menda hok comey" (seperti kata ilmuwan kelakar kegemaran saya, Ustaz Azhar Idrus). Tapi pagi tadi, saya dah rancang awal nak buat Egg & Beef Pepperoni Salad ni...sebab teringin pula! Namun prosesnya mesti lekas, tangkas, tuntas...sebab nak berkejar ke pejabat pula.
Dressing yang jimat dan ekspres! |
Guna bahan-bahan yang sedia ada kat dapur. Telur 3 biji direbus, Garam Laut & Lada Hitam |
Goreng seminit dua dengan secalit mentega dan titis sedikit perisa untuk anda yang menyokong pemasaran MSG. |
Gaul kesemua bahan dengan salad pilihan anda. Saya suka Romaine Lettuce Salad kerana ia rangup krup krup. |
Pastu hidanglah ala-kad (ala kadar) tapi biar nampak menyelerakan. Pasti ada hati yang tertambat, InsyaAllah :) |
05 January, 2012
Koleksi Tahun Lepas
Kalau orang lain bercerita pengalaman suka duka mereka di tahun 2011, saya nak bercerita mengenai koleksi pink saya di tahun 2011...sukar nak gambarkan mengapa saya suka warna ni. Kira macam kalau tengok benda pink mata tu terus membundar segar...terus happy tak semena-mena hehe. Pastinya ini fitrah yang Allah kurniakan pada saya, tak tahulah sampai bila, setahun dua tahun tiga tahun lagi adakah minat ini masih sama seperti ini....
Rumit juga nak buat kompilasi ni, sebab ada sesetengah gambar dalam telefon saya, dalam telefon suami, dalam ipad, dalam external hard drive, dalam kamera lagi pun ada hehe...okaylah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit ya!

Ipad2 yang Big Bro tolong belikan di Melbourne, pada bulan tu Ipad2 tak masuk Malaysia lagi. Masa tu double happy sebab dapat Pink Smart Cover tu sekali! Sebelah tu Pink Kate Spade Blackberry Cover dari Premium Outlet. Kipas tu pemberian Secret Santa tahun 2010...siapa lah agaknya ek nama pun secret kan. Jam tu tak patut ditunjukkan di sini sebenarnya sebab dibeli sebelum 2011 lagi ketika kunjungan kerja ke Bangkok.
Yang ni serbuk teh saya beli sebab bungkusannya Pink (giler kan?) di Marks & Spencer sebab harganya berpatutan masa tu...dan rasanya nasib baik sedap juga!
Ini fridge magnet, ole-ole dari Venice daripada rakan sepejabat, Pauline :)
Ini hadiah dari rakan sepejabat juga, Farrah Harith sempena masuk rumah baru. Di bawah ni lip glos saya pesan dari kakak ipar saya ketika dia bercuti ke luar negara.
Rata-rata semua wanita ada satu beg Longchamp ni sekarang, saya punya mestilah Pink :)
Beg berzip untuk isi kosmetik ni dihadiahkan oleh Kakak saya, setelah pulang dari Seoul.
Ini wallpaper komputer saya di pejabat. Gambar Peti Ais Smeg Pink idaman saya. Saya tahu tak mungkin saya akan milikinya...harganya hampir RM10,000 ringgit. Membazir untuk hanya sebuah peti ais bukan? Melainkan saya menang satu juta Money Drop kat Astro tu, mungkin saya akan mempertimbangkannya :) |
Bila tiba Hari Raya, memang wajib la saya bakar Cornflakes Madu ni. Dan bekasnya mestilah Pink juga :)
Dan ini cubaan pertama kali saya membuat Apam Polka Dot Pink. Inilah rupanya sebelum ia dikukus tau...
Oh ini aksi suami saya merealisasikan impian saya mempunyai sebuah bilik yang serba Pink. Tanggal 28 Julai 2011 kami berpindah ke rumah baru...syukur rezeki Alhamdulillah :)
Dan ini lampu hasil kerajinan tangan saya sendiri. Kainnya sepadan dengan Wallpaper saya beli di Laura Ashley. Kaedahnya nak matching-matching la kan hehe
Ini antara kasut kegemaran saya di tahun 2011...masih ada dijual di Al-Ikhsan hehe dan masih saya pakai ke hari ini :)
Dan ini antara hadiah hari jadi saya pada bulan Julai 2011.
Gambar gitar ni saya dapat dari abang saya sekitar November 2011, saja jer nak racun saya beli....tapi saya bukan Yuna takpun penyanyi lagu Cinta Muka Buku tu...
Sebenarnya banyak lagi koleksi pink di tahun 2011 ni, akan saya tambah lagi bila ada kelapangan ya!
03 January, 2012
Masakan Pertama 2012
Disebabkan hobiku memang suka benor memasak, inilah dia resipi yang ku cuba buat pertama kalinya. ASAM PEDAS MELAKA. Bila ku upload gambar di facebook...ada yang komen, "terliurrrr...." Jadi kepada suri lain yang ingin mencuba boleh juga...resipi saya ni yang asalnya saya google merata dan digabungkan dengan resipi ibu saya di kampung...(telefon jer dow)
Bahan-bahan
Bahan-bahan
1. 3-4 keping ikan (jenahak, tenggiri, pari atau parang)
2. 12 biji cili kering dikisar bersama sebiji cili merah, 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, seinci halia
3. Daun kesum
4. Bunga kantan
5. Air asam jawa dan asam keping ( kalau minat rasa masam lebih sikit
6. Bawang merah dan putih dimayang sedikit dan dicampurkan dengan sedikit halba. (yang rupanya macam batu halus berwarna perang!)
7. Seinci belacan ori melaka (kalau takda belacan melaka, belacan apa pun boleh dow)
8. 6 batang bendi dan 1 terung bulat dibelah empat
Caranya;

Panaskan minyak, tumis bawang-bawang dan halba tu, bagi naik wanginya. Lepas tu masuklah bahan cili yang dikisar pula. Kacau dalam 7-8 minit agar cili tu benar-benar masak bagi mengelakkan sakit perut. (sebab tu kalau makan benda bercili kat restoran, esoknya perut memulas sebab cili tak berapa masak bila tukang masaknya nak sediakan cepat-cepat).
Masa kacau tu masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping dan belacan. Haa masa nilah satu dapur akan harum semerbak...

Kemudian masukkan ikan pilihan anda. Kacau dalam 2 minit, masukkan air asam jawa yang sederhana pekat...dalam 2-3 cawan ikut kesukaan anda nak likat ke tidak kuah tu.
Masukkan garam secukup rasa dan biar masak selama 5 minit sebelum masukkan bendi dan terung. dalam 3-4 tutuplah api dan sedia untuk dihidang...
Nak sedap lagi (suami saya kata)....goreng ikan masin dan makan dengan nasi panas. Pehhhhh...

Subscribe to:
Posts (Atom)