10 January, 2012

Sayang anak tangan-tangankan, sayang kereta tinggal-tinggalkan..

Sudah sebulan lebih saya meninggalkan kodok; kereta pertama saya yang membawa seribu satu kenangan manis pahit bersama. Kodok terlalu banyak berjasa...kehadiran kodok dalam hidup saya 5 tahun lalu telah yang melenyapkan zaman berulang-alik ke tempat kerja melalui Komuter, Teksi dan juga Bas yang penuh dengan keletihan dan pencemaran bau-bauan...

Dan bermulalah pengembaraan saya ke destinasi menarik di Malaysia, malah hingga ke Kota Singapura jauhnya! Kodok tidak pernah jemu merealisasikan pertemuan saya dengan ayahanda bonda yang jauh di kampung dengan perjalanan yang memakan masa 2 jam 40 minit sahaja, iaitu sejam 20 minit lebih awal jika menaiki kenderaan awam. Kecekapan kodok inilah yang membuatkan saya mengenali erti penyesalan bila mendapat saman ekor di lebuh raya Malaysia yang penuh dengan kejutan yang tidak ku inginkan, kerana hanya Lisa Surihani sahaja yang mampu tersenyum gembira tak terkata bila menerima Saman Alert MYEG dalam iklannya, bukan?? (kalau tak percaya tengok balik iklannya di Youtube).

Kodok juga telah pernah spinning gasing bersama saya hinggalah ku fobia untuk memandu buat seketika bila kami berbabit dalam kemalangan dalam kelebatan hujan...

Kodok oh kodok...keputusan untuk meninggalkanmu adalah yang terbaik buatku pada masa ini, semoga kita dapat bertemu lagi...suatu hari nanti.

Teruslah berjasa kepada insan lain wahai kodokku.

Yang benar,
Bekas tuanmu yang merindu.

3 comments:

Shey said...

Is your new car also pink??!? :D

Suhaila Mohd Shukor said...

Haha!! Tidak tidak...

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D