20 January, 2012

Si Jantung Hati...


Pelengkap dapurku...
 
Pink Artisan Kitchen Aid Mixer

Impianku adalah untuk memilikinya...ia amatlah berat, lebih kurang 11 kilogram! Kira kalau letak atas counter dapur tu memang takkan alihkan ke mana-mana lagi. Itulah yang membuatkan ia amat stabil dan mantap untuk menampung adunan besar dengan motornya yang berkuasa tinggi. Warna yang ku idamkan tak lain tak bukan Pink! Sedondon dengan warna merah jambu lembut kabinet dapurku :) Harganya di sini lebih kurang RM2,799...gulp!


Oleh kerana ianya pembuatan USA, harganya jauh lebih murah jika dibeli di sana. Namun, perlu diketahui jika kita membeli barangan elektrik di Amerika, kuasa elektrik yang diperlukan tidak sepadan dengan suis di negara kita. Peralatan elektrik tersebut perlu memakai transformer atau dipanggil step down bagi menurunkan kuasa elektrik seperti yang boleh ditampung di Malaysia. Kalau takda menda transformer tu memang peralatan elektrik tersebut tak akan berfungsi langsung, silap-silap boleh terbakor...so don't play play. Leceh leceh...tapi kalau dicongak harganya, masih boleh jimatlah jika dibeli di luar negara :) Kalau nak tahu, cuba layari amazon.com ... dan lihat sendiri perbezaan harganya.

Semoga impianku akan tercapai suatu hari nanti.........

No comments: