28 February, 2006

Bali Bagus.




Alhamdulillah, rupa-rupanya aku merasa juga berpijak di bumi BALI, iaitu singkatan kepada phrase Banyak Libur. Enggak tau libur tu apa? Bukalah kamus sendiri. Sebenarnya BALI juga padaku bermaksud Banyak Babi Guling. Iaitu seekor khinzir yang di BBQ kan seluruh body beserta hidungnya sekali. Ya sungguh keji. Tapi itulah menu terfamous yang menjadi fear factor aku tiap kali time makan. Amat payah mencari tempat decent yang halal di kepulauan yang 90% didominasikan oleh orang melayu beragama hindu ini. Hindu bukan macam hindu kat Malaysia ni tapi ini jenis hardcore punya agama hindu. Patutlah ayah pin pun gi sana haha. Rasanya every few KM tepi jalan ada jer temple. Mana-mana kedai semuanya ada derang letak benda-benda semayang derang yang ala-ala mangkuk kuih badak berendam tu tapi besar lagi la. Tepi jalan, dalam teksi, mana-manalah mesti ada menda tu. Sampai aku kekadang tak perasan dan terpijak…oopsie!

Oh heavennya hotel aku kat sana. Tak sangka copywriter cabuk cam aku boleh merasa tidur hotel five star @ Hard Rock Hotel Bali. Terima kasih lah MATTA fair. Memang berbaloi aku ikat perut untuk sampai ke tanah yang penuh dengan corruption ini. Merasalah aku tengok manusia surfing, pegi spa, pastu try pakai baju tradisi bali yang telah membengkung perutku sampai kurus macam pesakit aneroxia nervosa. Pastu makan seafood sambil mengadap sunset, gunung berapi dan akhirnya shopping macam jutawan rupiah lah apa lagi. Murah sangat barangan kerajinan tangan bali ni memang tak masuk akal sampai aku pulak yang concern tak puas hati sebab apalah yang derang untung ni.

Balinese people memang bunch of nice community yang ternyata survivor. Dengan populasi yang ramai, derang kena always compete with each other and keep that strength to carry on. Eh macam lagu Mariah Carey pulak. Tambah lagi lepas kes-kes bombing ni, Bali makin sepi. Sayu aku lihat bila derang datang kat kita paksa-paksa orang beli gelang, rantai, souvineer. Ada seorang makcik yang berjalan di persisiran pantai Kuta ni seboleh-boleh nak ikatkan dandan rambut aku jadi cam Alicia Kekunci. Dia punyalah tawarkan harga sampai jadi RM8 untuk ikat seluruh rambut aku ni padahal dia taktau rambut dalam tudung aku ni panjang mane pun. Dia kata kalau aku tak suka kualiti ikatan dia, aku takyah bayar pun takpa. Dengan berat hati giler aku terpaksa tolak offer dia yang sungguh desperate nak duit tu... bukan apa, malaslah aku nak bukak tudung depan ramai mat salleh kat kuta beach ni… kang takleh pulak derang concentrate surfing haha.

Nama orang-orang Bali adalah tersendiri lagi menconfiuskan. Mostly nama mereka sama sebab ia berasaskan turutan anak keberapa dalam keluarga. Kalau anak sulung namanya Wayan, kedua Madey, ketiga Nyoman, keempat Ketut dan kelima dan seterusnya ikut nama anak sulung semula. Derang tak carry surname tapi ada satu last name after that. So namaku di sana ialah Ketut Su. Prottt!

Bali ku terokai dengan tabah walaupun 2 hari makan mee megi, after regret seumur hidup setelah 2 hari termakan American Breakfast provided in hotel yang rupanya serve babi juga. Astagrafirullah. Namun ku pasti akan kembali ke sini. Teringinnya nak belajar surfing... macam stylo jer haha. Dan boleh juga menguji tahap kekuatan tulang belakang ini selepas meminum Anlene sejak 2 tahun.

17 February, 2006

Ahak Ahak!

Bye FCB KL & Happy Holiday su! See you back on Monday 26th... Bali here I come!

16 February, 2006

PGL & Kreativiti Anda.

Susah nak percaya tapi kena percayalah juga. Tiket Puteri Gunung Ledang the musical @ Istana Budaya sold out untuk semua tarikh dan semua seat. “Eh betul ke ni. Seat yang RM350 pun habis dik?” tanyaku sambil berpura-pura seperti anak jutawan felda sendayan. "Ya mintak maaf kak...semua semua seat habis dah" respon budak kat ticket charge tu. So sorry intot, hadi & the rest…akibat gagal dapat menonton PGL ni, mungkin korang boleh support siri drama sembilu kasih yang aku tak pasti disiarkan di channel mana tapi ada aku tengok gazettenya semalam agak mencuit hati heh heh heh. Kisah dilemma percintaan zed zaidi dan hetty yang sejak zaman sekolah hingga remaja dan sekarang sudah pun dewasa dan berumah tangga tapi masih tak putus-putus problematic de amo. Aku rasa sampai derang ada anak cucu cicit pun episodnya takkan habis. Itulah kreativiti insan yang bernama Yusof Haslam. Apakah pula sumbangan kreativiti anda kepada masyarakat?

14 February, 2006

Malang Tak Berbau.

Kegelapan malam barang kali faktor pengundang akan keterlanjuran aku jatuh duduk terpeleot di dalam lubang yang ku anggarkan bersaiz kuali sederhana besar di bawah apartment aku. Aku tak pasti ada berapa makhluk lain yang ternampak aku menjadi mangsa jerangkap samar itu. Rasanya paling minimum ada 7 manusia sedang makan di restoran bersebelahan. Perlukah aku menoleh untuk memastikan jumlah sebenar manusia yang tidak rela aku temui selepas ini? Pastinya tak perlu. Sifat auto-pemalu aku terus menerus membangunkan aku untuk sambung berjalan menonong menaiki tangga walaupun aku seorang yang pemalas dan prefer naik lif sahaja setiap hari. Tragedi ini telah menemukan aku dengan Kak Suma, akak cleaner indon di menara IGB yang telah sudi membuka balutan bandage kaki kiriku yang malang ini untuk mengurut ankle yang gagal dilipat bila duduk antara dua sujud ini. Sakitnya dia urut Allah saja yang tahu. Harap-harap boleh oklah ankle aku ni secepat mungkin. Amin.

12 February, 2006

Cerita Hari Ahad Pula.

Weekend ini aku habiskan di rumah abang sulung aku kat Nilai bersama dua anaknya yang tembam lagi mantap. Aktiviti default kami ialah berjoging di kawasan perumahan untuk menguji rhythm dan pitching suara anjing-anjing jiran. Ada seekor anjing kami kenal pasti masih mengalami sakit tekak sejak setahun lepas. Kami kemudian singgah di kedai mamak bagi mengambil tenaga yang diperlukan untuk sambung tidur bila pulang nanti. Aku juga sempat melihat gambar-gambar percutian mereka ke Rome pada cuti CNY lepas. Alangkah poyonya mereka di depan coleseum ala-ala filem Troy. Namun tidaklah aku begitu hairan kerana aku juga pernah sampai ke panggung coleseum, jalan TAR Kuala Lumpur.




Dan sekarang, sambil menaip ini aku menyaksikan mereka testing bola bowling yang baru mereka beli semalam. Nadia, anak sedara aku adalah ahli skuad elit pasukan bowling negeri sembilan bawah 12 tahun. Aku pun tak sangka dia berjaya sebagai ahli sukan. Mungkin juga darah kesukanan aku yang aktif bermain batu seremban, getah dan galah panjang time sekolah dulu sedikit sebanyak mengalir di dalam tubuhnya. Kalau Nadia main ngan kitaorang memang dia seorang sahaja lah yang pro. Sementara yang lain bukan pro, tapi pero... perosak lane bowling kat nilai spring ni.

10 February, 2006

Cerita Hari Jumaat.

Actually bos aku sedang meng-expecting sesuatu daripada aku yang sedang buntu untuk mengeluarkan perkataan berkualiti ketika ini. Mungkin medula oblongata aku perlu direhatkan seketika dan mengupdate blog adalah satu idea yang baik ahaks! Sebetulnya hari ini alignment fokus minda aku telah lari sedikit setelah berasa gembira dan terharu ditahap maksimum. Ya, aku sudah dilamar S. Insyallah officially akan bermulalah episod baru dalam hidup aku bulan Mei nanti…Oh ya hari ini aku juga telah membongkar penemuan terbaru mengenai seseorang yang pernah aku admire dahulu. Rupanya dia ni tak pergi sembahyang Jumaat. Malah boleh pulak selamba ajak aku makan dengannya sekali. Ceh no thank you. Macam ni lah hari Jumaat kat Mid Valley bila lunchtime bersepah jer couple melayu makan together-gether. Cukup aku takkenan. Tengok jam kul 1.30 tghari. Tapi pakai baju melayu, girlfren pun pakai baju kurung. Apakejadahnya semua ini? Kata abang edisi siasat lagi.

07 February, 2006

Kita Hanya Merancang.

Depart Isnin 20 Feb dan balik Jumaat 24 Feb Insyallah. Tiket dan penginapan sudah konfem. Masa untuk membebaskan minda dari cengkaman workload terlampau hampir tiba HAHAHAHAHA (gelak evil).

06 February, 2006

:)

Syukur! Speechless. Esoklah tulis. Anak dara tak elok balik malam heh heh heh. Bye!

02 February, 2006

Sekejap Di Kaki Gunung.

Keseronokan pulang ke kampung halaman disensasikan lagi dengan acara pendakian di Cameron Highlands, destinasi berkelas ekonomi untuk mereka untuk teringin merasai kedinginan cuaca yang merentasi epidermik tulang sambil menjamah scone dan secawan teh sambil berangan seperti berada di English High Country. Disebabkan cadangan ke sana agak ad hock, kami tak menempah tempat menginap dan bertawakal untuk walk-in di mana-mana tempat decent yang still available. Risau juga memandang cuti CNY ini bilik boleh jadi penuh dan mahal ratenya. Aku ramalkan orang Cina pun ramai hendak makan angin sambil menggayakan fesyen rambut kaler-kaler terbaru mereka yang sekali imbas seperti bulu ayam terkena kejutan elektrik itu. Everyone was fairly excited menyiapkan beg especially ibuku yang seawal subuh dah mula menyediakan bekalan seperti bihun goreng, jagung rebus, cekodok, bubur, egg sandwiches masuk ke dalam bakul. Kami berkonvoi 2 kereta dan singgah di majlis walimaturus sahabat ayahanda kami di Kg. Lubuk Katak, Tapah namun gagalku temui walau seekor katak pun, jauh sekali putera katak kacak.

Ketibaan di puncak Tanah Rata diiringi rahmat hujan renyai-renyai. The very first thing yang kami lakukan ialah mencari tempat menginap. Namun ayahandaku tiba-tiba memaculkan satu ayat penyata yang beliau harus menghadiri satu mesyuarat 9 pagi esok di Sitiawan dan perancangan untuk tidur sini harus dibatalkan. Kami semua terpinga adakah ini benar atau lawak semata-mata? Tadi beliau juga yang siap pack beg baju kain pelekat sumer dan tolong angkat beg dan bantal kami masuk ke dalam boot kereta hah hah hah. Faktor umur memungkinkan beliau terlupa akan program besok agaknya. Takpelah kataku. Kita shop kejap dan balik hari sajalah. Namun ibuku iaitu peserta yang paling enthusiastic dalam explorace ini memperdengarkan radio bebel dot fm. Sementara yang lain rileks aja dengan keputusan lucu tapi muktamad Donald Trump. Aku tak kisah sangatlah kalau tak stay overnight sebab badan aku ni sememangnya dilahirkan untuk tinggal di lalitud iklim khatulistiwa. Itulah antara sebab aku tiada bercita-cita langsung untuk sambung belajar di oversea dikhuatiri nanti aku tidak mampu belajar sebab lebih sibuk menahan kegigilan di dalam selimut pula.

Kesuntukan masa menyebabkan aku hanya membuat lambaian miss world kepada sign board butterfly farm, rose valley, boh plantation dan pick-your-self strawberry farm dari tingkap kereta. Kami singgah di beberapa tempat membeli strawberry dan meminum teh tarik fresh, berlatarkan panorama ladang teh nan menghijau yang mungkin dapat memulihkan daya kerabunanku buat seketika. Geram betul ku lihat jambakan bunga ros segar berwarna pink dan putih tapi sekuntum pun tidakku beli kerana kedekut. Benar seperti dijangka, jalan raya cukup sesak terutama sekali di kawasan bandar. Juadah bekalan ibu kami selesaikan di kawasan parking kereta saja sambil ada yang menahan hendak terkucil akibat kesejukan ya amat, tambahan pula cuaca hujan. Pasar Malam merupakan one-stop centre untuk kami lakukan perkara wajib iaitu memborong sayuran murah bagi menambahkan value kepada kunjungan ke sini setelah melalui pengalaman yang meaningful sekali iaitu terhoyong-hayang di sepanjang perjalanan memusing 360 darjah, seperti ular kena lepuk. Kami kembali ke rumah kampung sekitar jam 10 malam dan aku dipaksa masak sardin dan sayur yang dibeli tadi untuk mereka yang nak makan nasik.