Kegelapan malam barang kali faktor pengundang akan keterlanjuran aku jatuh duduk terpeleot di dalam lubang yang ku anggarkan bersaiz kuali sederhana besar di bawah apartment aku. Aku tak pasti ada berapa makhluk lain yang ternampak aku menjadi mangsa jerangkap samar itu. Rasanya paling minimum ada 7 manusia sedang makan di restoran bersebelahan. Perlukah aku menoleh untuk memastikan jumlah sebenar manusia yang tidak rela aku temui selepas ini? Pastinya tak perlu. Sifat auto-pemalu aku terus menerus membangunkan aku untuk sambung berjalan menonong menaiki tangga walaupun aku seorang yang pemalas dan prefer naik lif sahaja setiap hari. Tragedi ini telah menemukan aku dengan Kak Suma, akak cleaner indon di menara IGB yang telah sudi membuka balutan bandage kaki kiriku yang malang ini untuk mengurut ankle yang gagal dilipat bila duduk antara dua sujud ini. Sakitnya dia urut Allah saja yang tahu. Harap-harap boleh oklah ankle aku ni secepat mungkin. Amin.
No comments:
Post a Comment