02 February, 2006

Sekejap Di Kaki Gunung.

Keseronokan pulang ke kampung halaman disensasikan lagi dengan acara pendakian di Cameron Highlands, destinasi berkelas ekonomi untuk mereka untuk teringin merasai kedinginan cuaca yang merentasi epidermik tulang sambil menjamah scone dan secawan teh sambil berangan seperti berada di English High Country. Disebabkan cadangan ke sana agak ad hock, kami tak menempah tempat menginap dan bertawakal untuk walk-in di mana-mana tempat decent yang still available. Risau juga memandang cuti CNY ini bilik boleh jadi penuh dan mahal ratenya. Aku ramalkan orang Cina pun ramai hendak makan angin sambil menggayakan fesyen rambut kaler-kaler terbaru mereka yang sekali imbas seperti bulu ayam terkena kejutan elektrik itu. Everyone was fairly excited menyiapkan beg especially ibuku yang seawal subuh dah mula menyediakan bekalan seperti bihun goreng, jagung rebus, cekodok, bubur, egg sandwiches masuk ke dalam bakul. Kami berkonvoi 2 kereta dan singgah di majlis walimaturus sahabat ayahanda kami di Kg. Lubuk Katak, Tapah namun gagalku temui walau seekor katak pun, jauh sekali putera katak kacak.

Ketibaan di puncak Tanah Rata diiringi rahmat hujan renyai-renyai. The very first thing yang kami lakukan ialah mencari tempat menginap. Namun ayahandaku tiba-tiba memaculkan satu ayat penyata yang beliau harus menghadiri satu mesyuarat 9 pagi esok di Sitiawan dan perancangan untuk tidur sini harus dibatalkan. Kami semua terpinga adakah ini benar atau lawak semata-mata? Tadi beliau juga yang siap pack beg baju kain pelekat sumer dan tolong angkat beg dan bantal kami masuk ke dalam boot kereta hah hah hah. Faktor umur memungkinkan beliau terlupa akan program besok agaknya. Takpelah kataku. Kita shop kejap dan balik hari sajalah. Namun ibuku iaitu peserta yang paling enthusiastic dalam explorace ini memperdengarkan radio bebel dot fm. Sementara yang lain rileks aja dengan keputusan lucu tapi muktamad Donald Trump. Aku tak kisah sangatlah kalau tak stay overnight sebab badan aku ni sememangnya dilahirkan untuk tinggal di lalitud iklim khatulistiwa. Itulah antara sebab aku tiada bercita-cita langsung untuk sambung belajar di oversea dikhuatiri nanti aku tidak mampu belajar sebab lebih sibuk menahan kegigilan di dalam selimut pula.

Kesuntukan masa menyebabkan aku hanya membuat lambaian miss world kepada sign board butterfly farm, rose valley, boh plantation dan pick-your-self strawberry farm dari tingkap kereta. Kami singgah di beberapa tempat membeli strawberry dan meminum teh tarik fresh, berlatarkan panorama ladang teh nan menghijau yang mungkin dapat memulihkan daya kerabunanku buat seketika. Geram betul ku lihat jambakan bunga ros segar berwarna pink dan putih tapi sekuntum pun tidakku beli kerana kedekut. Benar seperti dijangka, jalan raya cukup sesak terutama sekali di kawasan bandar. Juadah bekalan ibu kami selesaikan di kawasan parking kereta saja sambil ada yang menahan hendak terkucil akibat kesejukan ya amat, tambahan pula cuaca hujan. Pasar Malam merupakan one-stop centre untuk kami lakukan perkara wajib iaitu memborong sayuran murah bagi menambahkan value kepada kunjungan ke sini setelah melalui pengalaman yang meaningful sekali iaitu terhoyong-hayang di sepanjang perjalanan memusing 360 darjah, seperti ular kena lepuk. Kami kembali ke rumah kampung sekitar jam 10 malam dan aku dipaksa masak sardin dan sayur yang dibeli tadi untuk mereka yang nak makan nasik.

2 comments:

Ezznaz said...

wah wah wah ..aku pun ade plan nak gi cameron highland cuti raya cina aritu..tapi tak jadi..kalo tak buleh jumpe..ko apa citer haa??lama tak nampak onlenkan Y!..

Suhaila Mohd Shukor said...

La yeke...aku pun pegi kejap jer tak sempat apa pun. Actually aku ada online gak tapi invisible mode :) Msg ler!