Weekend ini aku habiskan di rumah abang sulung aku kat Nilai bersama dua anaknya yang tembam lagi mantap. Aktiviti default kami ialah berjoging di kawasan perumahan untuk menguji rhythm dan pitching suara anjing-anjing jiran. Ada seekor anjing kami kenal pasti masih mengalami sakit tekak sejak setahun lepas. Kami kemudian singgah di kedai mamak bagi mengambil tenaga yang diperlukan untuk sambung tidur bila pulang nanti. Aku juga sempat melihat gambar-gambar percutian mereka ke Rome pada cuti CNY lepas. Alangkah poyonya mereka di depan coleseum ala-ala filem Troy. Namun tidaklah aku begitu hairan kerana aku juga pernah sampai ke panggung coleseum, jalan TAR Kuala Lumpur.
Dan sekarang, sambil menaip ini aku menyaksikan mereka testing bola bowling yang baru mereka beli semalam. Nadia, anak sedara aku adalah ahli skuad elit pasukan bowling negeri sembilan bawah 12 tahun. Aku pun tak sangka dia berjaya sebagai ahli sukan. Mungkin juga darah kesukanan aku yang aktif bermain batu seremban, getah dan galah panjang time sekolah dulu sedikit sebanyak mengalir di dalam tubuhnya. Kalau Nadia main ngan kitaorang memang dia seorang sahaja lah yang pro. Sementara yang lain bukan pro, tapi pero... perosak lane bowling kat nilai spring ni.

No comments:
Post a Comment