31 January, 2007
Thoughts of the day.
PAINS, SORROWS, GRUDGES, FEARS.
Always fly light, life so beautiful.
29 January, 2007
Chiang Mai...
Inilah pemandangan kat restoran yang romantika de amor.
Restoran terapung kami dari luar...
Ada ke macam lokasi drama bersiri taiwan? Takpun jepun.
Posing maut yang membuktikan aku perlu buat lebih seat-up.... oh yes by the way, air terjun tu cantik hehe.
Strawberry 50% lebih murah berbanding Cameron's.
It's bloooooooming season...kat sana siang dia sejuk sebab its located at the nothern site of Thailand. Tapi tengah hari sampai petang panas ya amat.......my skin was so dry.
2 hari berturut aku makan ni...since inilah satunya restoran halal dalam foodcourt nearest to our hotel.
Malam party opis...temanya flower power and 60s. Apa daa tak single minded! Ehehe apa2 pun aku menang baucar RM100 sebab tunjuk effort yang sebenarnya aku bedal jer pakai camtu.....
Itu kepala bos aku...biasala orang kuat pikir. Yang kat pentas tu latecomer yang kena denda........
Night bazar! Tak banyak amik gambar kat sini sebab busy mintak diskaun.
Nampak tak baju kaler peach yang cumel kat tengah tu...it's already mine!
Toyol-toyol ni pun aku bawak balik 2 ekor. Sekor 20 baht jer = Rm2.
Kesimpulannya, trip ni memanglah seronok sebab free. Tapi meletihkan sebab Isnin masuk keje balik. Takpelah Khamis nanti cuti Thaipusam. So Jumaat aku cuti kot...itupun kalau cuti approve, bolehla balik kampung and rest cukup-cukup sampai Ahad.
23 January, 2007
18 January, 2007
Pengap.
Hmm penat sangat hari ni. Bestnya kalau balik rumah ada orang picit kepala. Seriously. Sekerat hari kat studio dan kemudian kat opisla hingga sekarang. Banyak pulak FA nak cek. Bagaikan hendak tergelincir dah bebola mata aku dari orbitnya. Begitulah dianya nak mencari sesuap rezeki halal hehe. Eh belum tentu halal sebenarnya hahaha sebab agency aku handle dua produk air setan yang sangat-sangatlah famous di kalangan pemabuk tempatan hingga ke peringkat antarabangsa. Sampai sekarang sebetulnya aku belum sempat lagi hendak bertanya kepada yang benar-benar arif mengenai tahap "kehalalan" gaji aku dari persepektif Islam. Walaupun aku tak handle langsung produk-produk lahanat ni, wa'allualam.
17 January, 2007
Rabu jer?!
Hmm mungkin minggu ni sibuk sangat. Sebab tu lah terasa hari demi hari beredar lama. Tak sabar juga nak habiskan satu job penting ni. Iklan TV kedua aku di sini selepas Olay hari tu. Harapnya semuanya berjalan lancar. Bos aku nampaknya percaya sangat benda ni bole deliver bagus. Tapi dia pantau dari jauh aje. Itu yang buat aku cukup gelabah namun mantain macho la seperti biasa. Doakan semuanya tenang ok. Shoot bermula Jumaat ini...
09 January, 2007
Baby Blue in pain.......
08 January, 2007
My Juadah Raya.
Jadik dipendekkan cerita...aku 'beraya haji' dan berhappy new year di sana. Begitupun itulah pertama kalinya aku dan teman tapi mesra aku berpeluang masuk memandu ke sana, syukurlah perjalanan kami lancar walau tanpa peta di tangan. And for the first time juga, baby blue aku telah mempunyai kad Autopass. Pendaftaran yang wajib untuk semua kenderaan yang ingin memasuki Singapura. Proses itu mengambil masa 20 minit jugalah... kena ambil nombor dan bayar 10sgd bagi memiliki kad yang valid selama 5 tahun. Begitulah prosedurnya nak masuk ke negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia suatu ketika dulu ni. Nasib baik aku masuk sana time public holiday. Kalau tak, kena bayar pula 20sgd per entry during weekdays... (note: RM2.33 = 1sgd) Sempatlah aku dengar teman aku ni bebel pasal sejarah Malaysia-Singapura yang aku dah lost track...dan yang terkini pasal jambatan tak jadi tu, yang aku tak berapa amik tahu ceritanya haha.
Cost parking kat sana jangan cakaplah... maka kami hop around dengan MRT sahaja dan rehatkan si blue kat satu open space parking area yang dicadangkan oleh Fad. Thanks Fad sebab datang jumpa kitorang, lunch with us and lead us the way to Hard Rock Cafe... yes, we went to HRC again after the fireworks to get the shirt with the head phone hanging, remember? You know what, my bro said the image looks like a bra hanging on shoulder instead....haha! Hmmm maybe our imagination wasn't wild enough :)
Hard Rock Cafe Singapore dari sisi.
Orchard Road la, mana lagi...