10 January, 2016

Resipi Mi Kari Seafood oleh Makrab



Assalamualaikum...Meksu nak kongsikan resipi serba ringkas Mi Kari Seafood mak Meksu ni...bila beliau ada di sini, sebolehnya nak kutip apa yang boleh dipelajari...bukan apa cara orang tua memasak berbeza dengan orang muda...(idaklah meksu muda bebenor haha) di bawah bahan yang perlu untuk sediakan kuah ni...

Sebenarnya takda sukatan tetap bila belajar memasak dengan orang lama macam Makrab ni...semuanya beliau kata "agak-agak ler...agak-agak ler..." hahaha jadi kita pun kena mahirkan diri dengan teknik agak-agak ni...melalui gambar di bawah rasanya jelas juga banyak mana nak diguna ni...

Bahan-bahan "agak-agak" nya:- 

1) Udang dan Sotong anggaran 300 gram setiap jenis. 
2) Fish ball / Fish cake tu adalah lebihan daripada makan chee cheong fun ha ha anggaran 400 gram, 
3) Halia seinci
4) Bawang putih 2 ulas
5) Bawang merah 2 ulas
6) Daun kari 3 tangkai
7) 2 batang serai dititik / diketuk
8) Sepaket serbuk kari ikan (Meksu guna jenama Babas)
9) 2 sudu kecil serbuk cili (campur dalam serbuk kari)   
10) Santan 200 ml + air masak 800 ml- 1 liter  (ikut kepekatan) 


Jangan lokek minyak bila nak menumis yer...tumiskan bawang-bawang yang telah dimayang, daun kari dan serai yang dah diketuk...tengok cara di bawah cara Meksu pendekkan masa untuk masukkan halia...

 Semoleknya halia hendaknya ditumbuk...tapi Meksu gemor sagat saja begini...okay juga berasa butir halianya

 Masukkan campuran serbuk kari dan serbuk cili...tumis sampai pecah minyak

 Selepas minyak tu dah naik ke atas...masukkan bahan-bahan basah


Jangan terlebih masak makanan laut tak sedap juga dia boleh jadi keras...selepas renehkan 2 minit boleh masukkan santan dan air...kacau dan kacau...sambil tu kalau nak nyanyi pun boleh


Akhir sekali barulah masukkan fish ball dan kawan-kawannya...


Sediakan mi yang telah dicelurkan seminit, jangan celur lama pun tak sedap juga nanti mi lembik...tuangkan kuah panas-panas...kalau ada sayur taugeh atau sawi boleh masukkan sekali...Meksu punya sayur jadi misteri masa masak ni dia hilang dari dalam peti ais ha ha mungkin dah tertinggal kat kedai...

Selamat mencuba...


No comments: