03 January, 2017

Salam 2017...

Assalamualaikum...

Lama betul tak meninggalkan cerita kat sini. Dah aktif di Instagram, di blog ni macam rasa remeh pula. Sejujurnya ada tulis blog separuh jalan tapi tinggal kat draft sebelum ini hehe...

Ini beberapa gambar kenangan sekitar hujung 31 Disember 2016 dan awal 1 Januari 2017.

Anak sedara Meksu Amani Hureen menangis entah kenapa, Meksu pujuk dia main make-up :)
Makan-makan di rumah abang sulung, Meksu bawak salad tu sebagai simbolik diet 2017 ha ha 

Pasangan pengantin lama di tahun baru dengan hashtag #tilljannah :)

Apa ya nak mengomel ni...cadangnya Meksu nak cerita pasal azam tahun baru. Nak dituliskan di sini supaya sendiri ingat apa yang diangan atau difikirkan di saat ini. Supaya nanti manalah tahu di bulan April 2017 nanti, dah lupa apa yang ditarget boleh rujuk balik kat sini ye dok??

1. Nak lebih berusaha untuk mendapat zuriat. Semoga 2017, tahun yang lebih serius untuk Meksu dan Peksu berikhtiar dengan apa cara yang wajar. Setelah 7 tahun berkahwin, semoga tahun ini Allah tiupkan rezeki anak buat kami...Amin ya rabbal Alamin.

2. Semoga tahun ni diteruskan untuk amalkan pemakanan sihat. Taklah bermaksud takda lagi kari kepala ikan hehe...favourite tuh! Nasik pun masak jugak...ngetorlah lutut Peksu tak dapat nasik hehe. Tapi macam teruslah ada selang-seli hidangan salad, minum jus-jus, banyakkan makan buah-buahan...dan tak mahu kedekut untuk membeli groceries yang bagus-bagus. Contoh macam segala macam berries, sayuran imported atau organic kadang tu lokek nak ambil masuk dalam bakul tapi kalau beli tudung mahal boleh pulak...ish ish! Jadi tahun ni nak lebih murah hati dalam belanja untuk makanan yang baik untuk diri sendiri.

3. Nak merealisasikan impian nak buat kelas memasak, ya Allah permudahkanlah tahun ini! Dari hujung tahun lepas Meksu dah muka mengumpul bahan...macam set chopping board lah, pisau-pisaulah...semua nak tip top dan pink-pink belaka haha supaya yang belajar nanti tu sama seronoknya macam mana selalu Meksu masak kat dapur ni.

4. Nak lebih kreatif kreatif kreatif dalam semua segi. Eh ini pun consider azam ker? Maksud Meksu kalau di tempat kerja nak buat banyak benda yang best best untuk client. Walaupun sekarang agency tengah merging dan penuh persoalan tapi semangat untuk menggilap kreativiti tetap tinggi. Dan Meksu nak work smart supaya ada keseimbangan prioriti kerja dan keluarga. Takmau macam 2016 ya ampun banyak juga balik lewat, sampai pernah breakdown sebab letih sangat.

5. Nak travel ke tempat bersalji. Bukanlah sejauh i-city Shah Alam tapi yang melibatkan jet lag dan melibatkan pasport hehe.

6. Nak merelakan hati menjual rumah yang kami sayang ni dan masuk ke rumah baru. Semoga Azam nak duduk rumah bertanah tercapai tahun ini Amin. Dan bila dah pindah, maknanya Boboi pun akan dapat kawan. Sebab Meksu dan Peksu dah berniat dan janji kat dia nak bagikan pasangan bila kami pindah nanti :) Tapi entahlah si sesuatu tu nak ke tidak!

7. Tahun 2017 tahun nak lebih cun cewah..pakai baju elok-elok, tak nampak pungkuk dan tak terlalu ketat dan kalau boleh lawa-lawa macam model muslimah haha ok mengarut.

8. Nak selalu pegang Al-quran dan lebih banyak timba ilmu setiap hari. Nak buck-up on tajwid yang dah ke laut...kalau tadarus lagi Ramadan tahun ni nak lagi lancar bacaan...tahun 2016 masih paling sedey berbanding makcik-makcik ya ampun lancar macam bertih jagung.

9. Nak teruskan main kutu haha dan nak nombor awal sekali. hahaha. bab kewangan tahun ni kalau boleh nak settlekan beberapa perkara dalam list. Ya Allah permudahkanlah hambamu ini...dan janganlah bagi terserempak dengan benda-benda pink yang mahal sangat tahun ini...

Ok cukuplah setakat ini, boleh ke nak realisasikan semua ni...kenalah berusaha ye dok? Selebihnya kita serah kepadaNya. Doakan yang baik-baik untuk kita semua ya...






No comments: