Tak sabar...bila la nak touch downnn.... Alhamdulillah.....akhirnya dapat pose maut depan arrival gate LAX International Airport, 5pm
Melalui perjalanan Kuala Lumpur-Taipei (Taiwan)-Los Angeles agak mengeraskan punggungku yang montel ini. Bila dicongak, jumlah perjalanan adalah dalam lingkungan 16-18 jam. Jiran sebelah tempat duduk aku adalah Captain Parveen, seorang juruterbang senior MAS juga. Kebetulan beliau dan ahli keluarga hendak ke destinasi yang sama, menjadikan perjalananku tidak membisu tapi lebih menarik kerana dapat berbual dan mengorek fakta-fakta penerbangan yang ingin ku ketahui tanpa bersusah payah untuk menggoogle. Katanya Los Angeles dan New York adalah sector paling jauh dari ditawarkan oleh MAS. Aduhai...patutlah aku rasa nak terjun dah dari kapal ni hehe bisikku dalam ati. Namun aku berpeluang melihat keajaiban ciptaan Allah di mana apabila kapal terbang kami terbang merentasi garisan dua waktu - siang dan malam setelah melepasi lautan....(akan bersambung) waktu di sini sekarang 4.30 pagi.
1 comment:
how about part 2..the damaged!! ha..ha
Post a Comment