Perjalanan ke Dessert Hills Premium Outlet di daerah Palm Springs mengambil masa lebih kurang satu jam ke arah selatan dari tempat tinggal kami di Anaheim. Dengan bantuan GPS, big bro dengan yakin menelusuri lebuh raya 4 lorong mereka. Aku begitu teruja dan kerap kali ternganga dengan pemandangan kiri dan kanannya. Melihatkan kenderaan yang lalu lalang begitu berbeza di tempat kita. Lori-lorinya besar gedabak...macam dalam episod drama omputeh yang kita tengok di televisyen. Kami berkesempatan melalui Yorba Linda, kawasan yang mengalami pembakaran teruk seminggu dua sebelum kami tiba di tanah Amerika...
Kata pepatah, "pengalaman orang yang berjalan sejauh 1,000 batu lebih hebat berbanding orang yang membaca 1,000 buah buku.........."
Elok ler....aku pun malas baca buku hihi.
No comments:
Post a Comment