31 August, 2008
Abah Saya & Anak Kucingnya.
29 August, 2008
Histeria Makin Teruk!
Petikan dari http://www.utusan.com.my/ hari ini
KUANTAN 28 Ogos – Kejadian histeria yang berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini, bertambah serius apabila salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit “aku ingin darah dan nyawa.”
Pelajar itu adalah antara lapan pelajar perempuan yang terus menjadi mangsa histeria di sekolah itu yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu. Jeritan mangsa histeria itu menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelajar, ibu bapa dan beberapa pengamal perubatan tradisional yang berusaha keras untuk memulihkan keadaan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah terbabit hari ini mendapati kejadian histeria masih terus membelenggu para guru dan pelajar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Pahang. Beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, ungkapan salah seorang mangsa histeria hari ini yang berbau ugutan tidak boleh dipandang ringan...
Menurut rakan-rakanku yang berbangsa Cina, bulan Julai dan Ogos ini adalah bulan meraikan "Ghost Festival" bagi mereka berpegang teguh kepada adat dan kepercayaan itu. Kononnya dalam tempoh itu, pintu neraka dibuka, maka "hantu-hantu" itu akan berjoli sakan dan berkeliaran. Mungkinkah ianya ada kena mengena dengan fenomena di atas?

28 August, 2008
Merdekakah kita tahun ni?
Bebeh: Awak perasan tak...takda orang letak bendera kat kereta tahun ni?
Me: Haah la...weekend ni nak Merdeka dah. Cam tak rasa apa pun.
Bebeh: Itulah, siapa yang ada semangat kalau banyak yang tak puas hati. Kalau derang bagi bendera free kat highway pun orang tak kuasa nak pasanglah.
Me: Yeke.....tak tanya pun...haha!
Bebeh: Eee rotan kang!
Antara laman web yang aku singgah untuk 'ambil tahu' suasana politik Malaysia yang sungguh juicy adalah:-
http://www.chedet.com/
http://mstar.com.my/cms/index.jsp

23 August, 2008
Tayang Beg Baru.
.
My first Che Che bag is actually their signature collection. Signature tu meaning yang paling murah ler dalam butik tu haha...dah lamaaaaaa aku 'aim' beg dalam Che Che ni...akhirnya dapat jugak merasa satu. Butiknya so far satu jer kat KL ni, kat Mid Valley. Check out http://chechenewyork.com/ I'm soooo crazy over their collections.
Kelebihan beg kat sini, ia adalah hasil kerja tangan. Aku memang appreciate menda2 camni. Setiap reka bentuk beg yang eksklusif tak datang banyak sekali, ada 3 sahaja tiap koleksi.
Puas hati dengan ruang dalamannya. tersangat kemas, detail dan lembut.
Alang-alangnya nak membeli, biar membazir...haha aku pun amik notebook dia sekali...sebab cute sangatla....tak tahan.
19 August, 2008
Muzikal Sekolah Menengah di Atas Ais.
High School Musical on Ice
17 Ogos 2008 - 4:30 petang - Stadium Putra, Bukit Jalil
Memang berbaloi pergi. Aku kuat terngaga masa show tu sebab tak pernah tengok persembahan atas ais. Aku kagumi cara mereka bawa masuk set...semuanya beroda hehe. Tarian dan pencahayaan toksah cakaplah, memang hebat. Sampai aku terasa nak pergi Sunway Pyramid main ice skating pulak lepas tu. Macam best jer hayun kaki atas lantai berais ni. Beli tiket paling murah sebenarnya lagi OK sebab boleh nampak formasi tarian mereka dari atas. Merchandise yang mereka jual di perkarangan stadium memang banyak dan comel-comel belaka...semuanya di bawa dari negara asal, jadi agak mahal.
Bingkisan Berwajah aka Facebook
OK OK i'm officially on facebook now huhu. Tengah malam semalam aku stayback kat opis, tak tau nak wat apa, aku pun register... finally lepas kengkawan duk tanya-tanya. Nampaknya aku kena tertindak jugaklah. Kalau tak, takda kawan pulak nanti haha. Add me! layarputih@yahoo.com
08 August, 2008
Bali Lagi...
Kali ini bersama keluarga kakakku...1-4 ogos 2008 yang lalu.
Menonton Tarian Kecak di Tanah Lot...tarian ini mengisahkan bagaimana seorang Raja ingin membalas dendam apabila adiknya dinodai...ada ketikanya aku kurang memahami jalan ceritanya hehe mungkin sebab loghat bahasanya yang pekat.
Aku bersama pelakon/penari kecak...selepas persembahan yang memakan masa hampir 1 jam. Lebih kurang 50,000 rupiah tiketnya seorang = RM18
Chelsea VS Malaysia (2-0 jeee!??!)
Inilah pertama kali aku menonton bola sepak di padang secara live. WOWWW aku memang kagum dengan keluasan Stadium Shah Alam ni....sampai nak cari pintu masuk pun kena keliling dunia...pecah jugaklah kolesterol aku malam tu. Tapi apa yang mengecewakan, stadium ini tak dijaga, salah sebuah skrin besarnya tak berfungsi, jam stadium yang menunjukkan masa permainan tak berfungsi -ade ke patut!!, buah ati aku cakap keadaan padang pun seakan tak dijaga...aduyaiii. Tapi malam tu memang memberi pengalaman baru pada aku...layankan jer la peminat Chelsea sorang ni :)
Kutip Durian Kat Dusun!
Nama tempatnya Sungai Merab, Bangi. Agak berhampiran dengan Putrajaya...al-kisahnya Didie ada mention nak pergi dusun Uncle ni. Namanya Uncle Mazlan. Apalagi boipren aku punyalah excited nak masuk dusun, asyik2 suruh aku call tanya didie bila nak pergi hihihi tak malu. Akhirnya menjadilah juga. Sabtu dua minggu lepas, aku, dia, didie & kawan-kawan opis didie pergilah 3 kereta...perjalanannya lebih kurang 15 minit jer dari Putrajaya. Tapi bila masuk lorong nak ke dusun tu...agak lasak dan mencabar jugak. Aku tabik spring dengan didie sebab dia cam rilek jer drive haha. Kalau aku memang dah nangis kat situ pls! Kecian kodok sebab jalannya tak berapa rata dan sempit jugaklah...walaupun tidak menakutkan macam masuk hutan rimba...namun bunyi keriut pokok-pokok berjuntai dari kiri dan kanan yang menyentuhi badan kodok agak mengilukan. Apapun THANK YOU UNCLE MAZLAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)