KUANTAN 28 Ogos – Kejadian histeria yang berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini, bertambah serius apabila salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit “aku ingin darah dan nyawa.”
Pelajar itu adalah antara lapan pelajar perempuan yang terus menjadi mangsa histeria di sekolah itu yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu. Jeritan mangsa histeria itu menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelajar, ibu bapa dan beberapa pengamal perubatan tradisional yang berusaha keras untuk memulihkan keadaan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah terbabit hari ini mendapati kejadian histeria masih terus membelenggu para guru dan pelajar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Pahang. Beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, ungkapan salah seorang mangsa histeria hari ini yang berbau ugutan tidak boleh dipandang ringan...
Menurut rakan-rakanku yang berbangsa Cina, bulan Julai dan Ogos ini adalah bulan meraikan "Ghost Festival" bagi mereka berpegang teguh kepada adat dan kepercayaan itu. Kononnya dalam tempoh itu, pintu neraka dibuka, maka "hantu-hantu" itu akan berjoli sakan dan berkeliaran. Mungkinkah ianya ada kena mengena dengan fenomena di atas?
No comments:
Post a Comment