15 July, 2008

Bonjour!!!


Pagi ni aku terlihat ada kunjungan dari Paris...ooh la la! siapakah gerangannya dari tanah perancis yang singgah ke blog yang lebih cenderung kepada bahasa kebangsaan Malaysia ni hehe...well, aku excited sebab aku memang suka nak belajar French...masa kat MMU dulu aku amik elektif French Class tapi very basic la...aku skor B++ masa tuh (eceh poyo sebut results haha) tapi sekarang tak boleh communicate apa pun...sebab tak practice! Namun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula bahasa perancis...aku pun kembalilah mendaftar di sebuah pusat bahasa 2 bulan lepas. Tapi... tuntutan kerja hanya mengizinkan aku pergi untuk kelas pertama sahaja haha lepas tu dah busy giler dan aku harus meletakkan prioriti pada tugas yang diamanahkan di opis ni....(pehh..kenapalah boss aku tak baca blog ni haha) maka, bayaran penuh untuk kelas itu burn begitu saja...huhu sebab kelas setiap selasa & khamis (7.30 - 9.30mlm) tak mampu lagi ku teruskan............

08 July, 2008

Berniaga di Flea Market...

inila first time aku 'main berniaga-berniaga' HAHA...table akula yang paling kecik skali di antara peniaga2 lain...

Pengalaman pertama membawa seribu makna! Terima kasih Didie kerana tak putus asa mengajak aku berniaga di Putrajaya Lake Club ni. Flea Market ini hanya dianjurkan sebulan sekali iaitu pada hari Sabtu pertama setiap bulan. Dengan bayaran sewa yang sangat2 murah...aku berjaya menjual KESEMUA pashmina dan tudung yang ada di dalam kereta aku selicin-licinnya, sampai aku sendiri pun tak percaya. Mungkin kerana strategi pemasaran aku agak berkesan hahaha, aku sengaja print poster2 diskaun untuk mengaburi mata pelanggan HAHAHA acah jek...memang aku jual dengan harga yang sungguh murah, sampai Kamdar pun kalah...no doubt, itulah prinsip aku sejak mula berjinak-jinak dalam perniagaan fabrik ni...cewah...yang penting, pelanggan puas hati...kalau nak jual mahal boleh, tapi kalau takda orang beli, lu pikirla sendiri...bak kata Nabil.
Bulan depan insyallah jika punya kesempatan waktu, aku akan cuba menjual cutecakes aku di sana...TUNGGU~

07 July, 2008

Tahniah dan Terima Kasih!

Akak ipar ku yang manja akhirnya berjaya mendapat lesen Profesional (P) HUHU!!! Dan itulah pertama kalinya aku mendapat tempahan kek untuk diberikan kepada sebuah driving school...HAHA!!! (silakan ke flickr untuk gambar penuh) dan seperti yang diminta oleh pelanggan, aku buatkan warna pink kegemaran beliau juga :)

And thank you so much kakcha, big bro, afiq, nadia & puksu jan yang dah berikan aku birthday present seawal semalam! (itu dah 3-4 hari lebih awal!) Antara hadiah-hadiah yang aku dapat adalah dua botol perfume classic, Forever & Ever Dior dan Sunflower oleh makcik Elizabeth Arden...kalau ada bau ketiak pasni saje la kan HAHA!

Terima kasih sekali lagi yer... :)

01 July, 2008

Cak...

Cepatnya masa berlalu...hari ini dah masuk bulan Julai...iaitu bulan melawat Kamdar hehe. Aku takda cerita menarik yang nak dikongsi sebenarnya tetapi memandangkan dah lama tak menulis di sini, terasa seperti tidak berguna pulak keyboard ni haha. Baiklah, marilah aku bercerita. Aku sebetulnya sibuk dengan tugasan harian yang macam-macam ragam. Secara purata setiap hari aku selesai kerja selewat 9 malam, sampai naik pengap dah kepalaku yang bertudung litup ni. Sebab itulah aku tak sabar-sabar nak bercuti minggu depan. Walaupun cuti yang ku mohon telah ditandatangani oleh bos dengan muka separuh tak puas hati...tapi hakikatnya dia sungguh baik hati mengizinkan aku merilekskan minda untuk beberapa hari walaupun aku masih dalam 'tempoh pengawasan' 3 bulan haha.

Sebetulnya 10-15Julai aku berlepas ke Gold Coast dengan big bro and family. Akan tetapi, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...tiket MAS family scheme yang dijanjikan telah kehabisan stok. Alangkah sedihnya jiwa ragaku ini. Cita-citaku untuk bergambar dengan kangaroo musnah di tengah jalan. Alangkah cilakaknya segelintir teman opis yang telah mentertawakan diriku yang hajat tidak kesampaian. Tetapi disebabkan cuti dah pun diluluskan oleh barisan juri profesional, aku teruskan jugalah...tetapi ke destinasi lain...masih ku fikirkan destinasinya...