Cepatnya masa berlalu...hari ini dah masuk bulan Julai...iaitu bulan melawat Kamdar hehe. Aku takda cerita menarik yang nak dikongsi sebenarnya tetapi memandangkan dah lama tak menulis di sini, terasa seperti tidak berguna pulak keyboard ni haha. Baiklah, marilah aku bercerita. Aku sebetulnya sibuk dengan tugasan harian yang macam-macam ragam. Secara purata setiap hari aku selesai kerja selewat 9 malam, sampai naik pengap dah kepalaku yang bertudung litup ni. Sebab itulah aku tak sabar-sabar nak bercuti minggu depan. Walaupun cuti yang ku mohon telah ditandatangani oleh bos dengan muka separuh tak puas hati...tapi hakikatnya dia sungguh baik hati mengizinkan aku merilekskan minda untuk beberapa hari walaupun aku masih dalam 'tempoh pengawasan' 3 bulan haha.
Sebetulnya 10-15Julai aku berlepas ke Gold Coast dengan big bro and family. Akan tetapi, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...tiket MAS family scheme yang dijanjikan telah kehabisan stok. Alangkah sedihnya jiwa ragaku ini. Cita-citaku untuk bergambar dengan kangaroo musnah di tengah jalan. Alangkah cilakaknya segelintir teman opis yang telah mentertawakan diriku yang hajat tidak kesampaian. Tetapi disebabkan cuti dah pun diluluskan oleh barisan juri profesional, aku teruskan jugalah...tetapi ke destinasi lain...masih ku fikirkan destinasinya...
4 comments:
soo sorry..not my doing..ask Idris Jala!
hehe idris jala ada blog? i nak leave comment...
Come to London! :D
Jauh benor tuu...tak cukup DUIT!!!
Post a Comment