08 July, 2008

Berniaga di Flea Market...

inila first time aku 'main berniaga-berniaga' HAHA...table akula yang paling kecik skali di antara peniaga2 lain...

Pengalaman pertama membawa seribu makna! Terima kasih Didie kerana tak putus asa mengajak aku berniaga di Putrajaya Lake Club ni. Flea Market ini hanya dianjurkan sebulan sekali iaitu pada hari Sabtu pertama setiap bulan. Dengan bayaran sewa yang sangat2 murah...aku berjaya menjual KESEMUA pashmina dan tudung yang ada di dalam kereta aku selicin-licinnya, sampai aku sendiri pun tak percaya. Mungkin kerana strategi pemasaran aku agak berkesan hahaha, aku sengaja print poster2 diskaun untuk mengaburi mata pelanggan HAHAHA acah jek...memang aku jual dengan harga yang sungguh murah, sampai Kamdar pun kalah...no doubt, itulah prinsip aku sejak mula berjinak-jinak dalam perniagaan fabrik ni...cewah...yang penting, pelanggan puas hati...kalau nak jual mahal boleh, tapi kalau takda orang beli, lu pikirla sendiri...bak kata Nabil.
Bulan depan insyallah jika punya kesempatan waktu, aku akan cuba menjual cutecakes aku di sana...TUNGGU~

1 comment:

Wan Najmuddin Wan Ismail said...

hi,
berminat nak berniaga di flea market tu..camner nak join? harap dapat bantu..