12 April, 2008

Digitalkah Anda?

Berpegangkan prinsip "alang-alang nak membazir, biarlah ke benda yang berfaedah" haha aku telah pun membeli aksesori untuk cekodok seperti di atas. Laptop cooling fan pad yang aku tak pasti keberkesannya untuk menyejukkan cekodok. Oleh kerana amat tertarik kepada ergonomik (canggihkan terms aku?) designnya yang dapat meninggikan posisi laptop, aku pun belilah...RM20 jer. Siap ada lampu liplap kaler biru tuuu hihi. Ditambah dengan kipas comel yang dicucuk pada USB. Kipas ini pula aku tugaskan khas untuk menyejukkan muka aku yang "hot" ini hahaha. Semuanya aku beli di Digital Mall (*digitallah sangat! haha sapelah nak menamakan bangunan ni pls?!) kat SS14 PJ...sebab dah kebetulan aku ke area sana untuk amik sijil cupcake workshop aritu. Besar jugak DM ni...atmosphere dia seperti di Imbi atau Low Yat Plaza. Barangkali lokasi alternatif bagi mereka berada di sekitar PJ yang dahagakan kuasa digital hihi.

No comments: