Mengapa kalau kita pergi berjalan jauh, kat ceruk mana pun kita biasanya sibuk nak bergambar kenang-kenangan...tapi bila berjalan di sekitar Kl, atau bandar yang kita huni, jarang sekali kita "hargai" moment tersebut?
Minggu lepas, aku teringin benar nak makan dim sum buat kali kedua (selepas makan dengan Sheyna, Tris, Haz & Didie). Yes, aku ajak boifren aku menjejak masuk ke "fudcot" Starhill. Selama ini kami hanya membuat lambaian miss world kat depan Starhill tu...yer la apa saja pun yang mampu kami miliki (setakat ini hehe) dari butik jenama berprestij yang menjadi persinggahan mereka yang berwang besar. Kami parking di tempat biasa yang cost effective...iaitu basement Pavillion yang flat rate RM5 selepas 6 petang.
Di hadapan The Loaf... bakeri yang dimiliki oleh Tun Mahathir, tokoh yang SANGAT aku kagumi.
Inilah Dim Sum pilihan kami... aku tersilap order yang goreng tu...sebenarnya aku kurang gemar keladi yang disalut sekali di dalam tuh. Tapi yang lain-lain udang, ayam, memang SEDAP.
Aku minat betul cili kering ni....SEDAP GILERRR bila dicicah makan dengan dim sum di atas.
Carrot cake....sedap juga...ada udang kering yang digoreng garing-garing.
Boifren aku ni mana-mana pun nak order nasik...tu diaaa selambak nasi goreng. sampai buntat kami nak habiskan. mana taknya sepinggan RM25 tak silap aku...kalau kat kedai makan bawah umah BTS boleh dapat 5-6 bungkus nasik goreng hehe. takpeler sekali sekala....
cuba teka aku kat mana ni? AHAAA...inilah suasana di dalam toilet Starhill yang ada kincir air. Tukang amik gambar aku ni adalah pekerja yang ditugaskan untuk memusing roda kincir ni bila orang nak basuh tangan hehe katanya takpe...memang ramai jerrr orang jakun macam aku yang minta tolong dia ambilkan gambar dalam toilet ni hehehe timekasih ibu suriyati...
3 comments:
HAHAHAHA.... I can't believe you took a picture in the toilet!!! Ko tip tak makcik tuh? :P
HAHAHAHA jgn tak caya...aku tak teringat nak tip pun..!!! kuikuikui
haha ..
maksu nk ganti ibu suryati ?
hehehe
toing . toing
Post a Comment