13 April, 2007

Nasik Lemak, Tagline, Jakun, Penguin, Bunting...

Seminggu dua ni… laluan harian aku ke tempat kerja begitu sesak sekali. Kesesakan yang bermula dari Petronas selepas tol lima posen hinggalah ke Seputeh itu adalah lebih kurang 4km. Mengesot nyet nyet terlampau ini menyebabkan aku dan si kodok hanya akan tiba ke opis dalam masa SATU JAM, berbanding 15-20 minit saja sebelum ini.

Punyalah mengesot sampai aku boleh menghabiskan sebungkus nasi lemak sehingga menjilat jari sambil memegang stereng sebelah tangan, hingga pakcik lori kat lane sebelah tersongeh-songeh pelik menengok aku. Itu ler namanya multi-tasking, pakcik. Sampai opis, aku dah boleh skip upacara bersarapan sambil membaca surat khabar dan mengerat borang peraduan…ekekeke. Itu la kerjaya part time aku sebenornya, dengan menaruh harapan (cam zaiton sameon pulak aku) untuk menang.

Hai tak sangka hari ini dah Jumaat… penghujung minggu bekerja pertama aku selepas bercuti panjang. Meh la aku upload skit gambar-gambar percutian hangit aku ni. Percutian penuh hikmah yang membuatkan aku ingin sekali menukar tagline satu syarikat penerbangan kepada ‘kini, sesiapa pun boleh tertinggal flight’. Lambat 5 minit pun tak boleh wooo. And tak boleh refund unused ticket. Percutian ini juga memberi pengajaran kepada rombongan cik kiah supaya tidak ghairah berbelanja barangan pinggan mangkuk hingga terlupa ‘luggage allowance’ adalah ciput sekali iaitu 15kg setiap seorang. Maka, “kini, sesiapa pun boleh bayar RM8 untuk setiap satu kilogram jika terlebih muatan”.

Percutian ini juga memberi peluang pada aku yang amat jakun ini memandu Toyota Vios (yang taglinenya berbunyi: yang anda idamkan). Sebelum ni buat iklannya ajer haha… bapak aku cakap, "nasib baik kitaorang semua tak kena cekup ngan naga dalam tasik masa naik kete ni" hehe tak sangka iklan tv itu meninggalkan kesan pada ayahandaku haha memang luas la kereta tu, sterengnya pun lebih ringan dari si kodok tapi kalau pick-up rasanya si kodok menangla sebab kodok kete rally hehe memang jiwa gadis litar dalam diriku haha. Anyways, kalau korang nak merasa sewa kereta idaman dengan harga boleh diterima akal, Langkawilah tempatnya, tapi kena pergi masa off-peak season la murah sikit. Mulanya aku teruja nak sewa kereta idaman aku, Peugeot 206 cabriolet tu… tapi tak mampu lah pulak RM300 sehari, berbanding Vios yang hanya RM80 sehari. Lepas tu dalam kereta siap ada minyak RM25…memang berbaloi sangat. Pilihan lain yang ada ialah Honda Jazz, City, Sentra, Kia Rio baru pun ada… harga sewanya lebih kurang ngan Vios. Jadi merasalah aku kembali pusing-pusing langkawi selepas datang mengunjungi 2 tahun lalu. Puas jugalah ibuku membeli kain batik sampai 30 helai haha dan tak lupa juga sudu garfu, senduk segala-malanya, selain daripada fine porcelain dan pinggan mangkuk corelle morelle apa entah.
Kelakar juga berpeluang melihat Penguin di Underwater World. Dah la tembam, clumsy pulak tu…siap ada yang tergelincir dari tebing batu jatuh ke dalam air hehe. Kitaorang tunggu waktu feeding dia. Tak sangka rupanya setiap seekor penguin ini disuap. Manja habis… mungkin juga untuk memastikan semuanya dapat makan ikan-ikan tu. Ahhhh so comel!!!


Kali ni aku pergi ‘Island Hopping’ juga. Sungguh adventurous sekali pengalaman merentasi tasik dayang bunting, pulau singa besar – tempat istimewa untuk melihat banyak sekali burung helang berterbangan dan mendarat di atas air untuk mengaut dengan kaki, daging ayam cincang yang dicampakkan oleh tourist guide… ahhh seronok sangat masa tu….bagaikan terlupa seketika segala tekanan jiwa raga di kota kosmopolitan...cewah. Destinasi terakhir ialah Pantai Beras Basah. Kami dibenarkan bersantai satu jam di sini tapi lebih berminat mengutip batu-batu karang di persisiran pantai untuk memenuhi balang ikan aku kat umah. Walaupun pantainya tidak sejernih pulau perhentian, namun ianya tetap meninggalkan kenangan cuti-cuti Malaysia.

Next, aku teringin nak naik ferris wheel kat Taman Tasik Titiwangsa tu... jom???
Gambar kenangan berempat.
Petai yang berharga RM2 jer seikat.
Inilah tempatnya rombongan cik kiah memborong pinggan mangkuk.
bersama bangau putih berkaki pinky...
ayah aku suruh mak aku berlakon macam kononnya freezing, tapi mak aku segan...haha.
penguin yang sedang disuap makan ikan...
nasib baik tak kena ngap ngan naga ye abah...haha.
beruk di geopark yang sedang ligat mencari kutu babi.
ombak yang menjamah kaki...tidak akan kukenali lagi...
inilah dia pantai beras basah...



bersama ibunda di private beach hotel kami.
si jakun di atas bot laju.
nampak tak si dayang bunting? Dari kanan - bentuk kepala, dada, perut hamil...

3 comments:

Anonymous said...

wah... bestnyer gi langkawi ... i dah naik ferris wheel kat taman tasik .. jgn jeles. . hahha .. best gak la ... i gi jumaat malam .. tak ramai org masa tuh ...

Anonymous said...

Amboii... cuti sakan nampak! I'm so jealous! :)

Suhaila Mohd Shukor said...

shahid! i know i tak call u balik hari tu kan haha sorry was busy ding dong saner sini. Best ke ferris wheel tu? ataupun cam biasa2 jer...let me know the details!!!

Shey! ko takpayah nak jeles...ingat ko tuh kat london. Tempat yang sumer orang giler2 nak pergi tau tau...dah dah pergi masak untuk suami! haha miss u lar! Ada progress pencarian kerja yg sesuai?