27 April, 2007

Surat Untuk Ijah @ Dubai


Hi jah....you're 26 nowwwww! phewitttt! makin ayu skrg nampak...egegeggegege Im wondering where you're celebrating your birthday this year....london? paris? zurich? bombay? instanbul? hehehehe syoknyeeee hidupmu yeyyyy! you better treat yourself with the best birthday present ever...celebratela gaji emirates maaa!


Ijah, aku masih sedang mengalami satu trauma. Yes, aku accident last weekend. Alhamdulillah aku tak cedera apa-apa, cuma kereta aku sahaja yang cedera parah...remuk redam hati aku jah. Tapi aku redha dan bersyukur sebab tuhan masih sayang kat aku nih...because things could be worst...Ok aku paste lah kronologi accident aku ni kat kau k. actually email yang aku hantar kat atin & meshy few days ago...


Korang, maksu accident semalam. Sorry meshy, semalam saya tak terbagi tau sebab nanti awak dengan zura terkejut kang saya bertambah trauma. so i decided to calm down first. yes today im feeling better...semalam tak berapa lena tidur terbayang-bayang lagi bad experience tu. Now saya kat cc bawah rumah ni. have to fax over many things urgently to bengkel as im on emergency leave to rest. yesterday petang around 330pm saya konvoi 2 kereta dengan akak saya dari nilai ke ikea. hujan teramat lebat tiba-tiba kat elite highway. masyallah lebat sangat... saya slow down. memang slow...kereta abang ipar saya dah tak nampak maybe dia dah jauh ke depan. then dalam kelajuan moderate 70-80kmj before nampak stadium shah alam tu, kereta saya tiba-tiba dibawa lopak air menyusup laju ke kanan dari lane tengah...Masyallah saya tergamam, grip stereng tapi kereta terus spinning...melanggar divider tengah and bounce ke tepi and stop. Masyallah. Tak pula air bag terkeluar.


Alhamdulillah me ngan girl (duduk depan) pakai seat belt. We both well gripped. Tak terantuk sikit pun. We both terus keluar dari kete dalam keadaan hujan amat lebat tu (macam dalam filem sepet pun ada)...and tengok kereta dah tersadai ke tepi. Hancur hati tengok si baby blue. Bahagian depan kereta remuk teruk juga, dalam 40%...Tuhan masih sayangkan kan kami agaknya...nasib baik tak ada kereta lain yang terlibat etc. Condition of the car menyedihkan di depan and a bit at the side kiri belakang. Luckily the car is tough orang tu kata kalau kereta kancil ke apa...things could be worst. Like my father said, syukurlah nyawa selamat. Kereta lantak pi macam mana pun kata dia (Thats what he said many times to comfort me :) ) Amazingly cermin semua tak pecah (tambah trauma kalau kena serpihan kaca pulak). Ini pun rasanya macam trauma nak drive especially dalam hujan...no no...Tapi macam tak logik la pulak nak pasang driver hehe entahlah... Nasib baik juga si girl was so calm. She assisted me to call her parents semua. Kalau dia pun teriak ke apa dalam hujan tu lagikla aku panik. The first person yang tolong ialah satu abang lori yang berenti. Then sorang indian gentlemen berhenti bagi payung...takde pulak mamat encem yang memberi bantuan, hampeh.


Anyways korang hati-hati lah kalau drive tu. Kalau hujan kalau boleh tunggu atau berenti, berhenti lah. Macam lopak air ni kita tak nampak. Apa pun boleh berlaku...tanpa diduga. Really, it happen so fast. Rasa macam mimpi...

20 April, 2007

Jangan Careless.

Misteri kehilangan Yin terbongkar sudah. Alhamdulillah. Dari mula Yin dijumpai tu, ramai benar yang memberikan tanggapan kurang manis kepada dua rakyat Myanmar ni. Dimasukkan mereka ke dalam lokap untuk beberapa hari, jalani DNA untuk mengesahkan status anak kandungnya sendiri etc. Masa itu aku fikir, bila seorang anak kembali kepangkuan keluarga dalam keadaan sempurna makan pakainya, 5 orang anak lain pula terpaksa duduk di bawah jagaan rumah kebajikan buat sementara ya... Ternyata ujian DNA membuktikan mereka adalah anak kandung pasangan ini dan mereka telah pun selamat dijamin keluar oleh Kesatuan Hak Asasi Manusia. Manusia gemar membuat andaian negatif kan. Itu yang paling utama. Yang positif ada, tapi semahunya yang negatif difikirkan di hadapan. Mungkin di negara barat, pasangan ibu bapa yin nilah yang akan didakwa kerana cuai menjaga anak yang ketahui istimewa ini. Wallahualam. Sekadar pengamatan aku dari akhbar dan berita tv.


Misteri kehilangan charger camera aku pun telah terbongkar, just on time sebelum aku pergi langkawi... hehe rupa-rupanya dia duduk elok jer dalam plastik kuning kat dalam tray simpanan segala mala jenis charger kat kampung aku. Memang aku yang careless...barang kali ayahanda aku kutip dan menyimpannya elok di situ lepas lihat aku letak charger tu merata-merata masa cuti raya tahun lepas. Moral of the story, jangan careless lagi.



Gambo-gambor ini tiada kene mengena dengan topik di atas. I miss singapore so much laaa...hopefully can come back for Sentosa Island in June. Or by end of June. Since aku dah grab their great deal for the 9-in-1 island attraction kat MATTA fair lepas. Mari bekerja keras sekarang!

13 April, 2007

Nasik Lemak, Tagline, Jakun, Penguin, Bunting...

Seminggu dua ni… laluan harian aku ke tempat kerja begitu sesak sekali. Kesesakan yang bermula dari Petronas selepas tol lima posen hinggalah ke Seputeh itu adalah lebih kurang 4km. Mengesot nyet nyet terlampau ini menyebabkan aku dan si kodok hanya akan tiba ke opis dalam masa SATU JAM, berbanding 15-20 minit saja sebelum ini.

Punyalah mengesot sampai aku boleh menghabiskan sebungkus nasi lemak sehingga menjilat jari sambil memegang stereng sebelah tangan, hingga pakcik lori kat lane sebelah tersongeh-songeh pelik menengok aku. Itu ler namanya multi-tasking, pakcik. Sampai opis, aku dah boleh skip upacara bersarapan sambil membaca surat khabar dan mengerat borang peraduan…ekekeke. Itu la kerjaya part time aku sebenornya, dengan menaruh harapan (cam zaiton sameon pulak aku) untuk menang.

Hai tak sangka hari ini dah Jumaat… penghujung minggu bekerja pertama aku selepas bercuti panjang. Meh la aku upload skit gambar-gambar percutian hangit aku ni. Percutian penuh hikmah yang membuatkan aku ingin sekali menukar tagline satu syarikat penerbangan kepada ‘kini, sesiapa pun boleh tertinggal flight’. Lambat 5 minit pun tak boleh wooo. And tak boleh refund unused ticket. Percutian ini juga memberi pengajaran kepada rombongan cik kiah supaya tidak ghairah berbelanja barangan pinggan mangkuk hingga terlupa ‘luggage allowance’ adalah ciput sekali iaitu 15kg setiap seorang. Maka, “kini, sesiapa pun boleh bayar RM8 untuk setiap satu kilogram jika terlebih muatan”.

Percutian ini juga memberi peluang pada aku yang amat jakun ini memandu Toyota Vios (yang taglinenya berbunyi: yang anda idamkan). Sebelum ni buat iklannya ajer haha… bapak aku cakap, "nasib baik kitaorang semua tak kena cekup ngan naga dalam tasik masa naik kete ni" hehe tak sangka iklan tv itu meninggalkan kesan pada ayahandaku haha memang luas la kereta tu, sterengnya pun lebih ringan dari si kodok tapi kalau pick-up rasanya si kodok menangla sebab kodok kete rally hehe memang jiwa gadis litar dalam diriku haha. Anyways, kalau korang nak merasa sewa kereta idaman dengan harga boleh diterima akal, Langkawilah tempatnya, tapi kena pergi masa off-peak season la murah sikit. Mulanya aku teruja nak sewa kereta idaman aku, Peugeot 206 cabriolet tu… tapi tak mampu lah pulak RM300 sehari, berbanding Vios yang hanya RM80 sehari. Lepas tu dalam kereta siap ada minyak RM25…memang berbaloi sangat. Pilihan lain yang ada ialah Honda Jazz, City, Sentra, Kia Rio baru pun ada… harga sewanya lebih kurang ngan Vios. Jadi merasalah aku kembali pusing-pusing langkawi selepas datang mengunjungi 2 tahun lalu. Puas jugalah ibuku membeli kain batik sampai 30 helai haha dan tak lupa juga sudu garfu, senduk segala-malanya, selain daripada fine porcelain dan pinggan mangkuk corelle morelle apa entah.
Kelakar juga berpeluang melihat Penguin di Underwater World. Dah la tembam, clumsy pulak tu…siap ada yang tergelincir dari tebing batu jatuh ke dalam air hehe. Kitaorang tunggu waktu feeding dia. Tak sangka rupanya setiap seekor penguin ini disuap. Manja habis… mungkin juga untuk memastikan semuanya dapat makan ikan-ikan tu. Ahhhh so comel!!!


Kali ni aku pergi ‘Island Hopping’ juga. Sungguh adventurous sekali pengalaman merentasi tasik dayang bunting, pulau singa besar – tempat istimewa untuk melihat banyak sekali burung helang berterbangan dan mendarat di atas air untuk mengaut dengan kaki, daging ayam cincang yang dicampakkan oleh tourist guide… ahhh seronok sangat masa tu….bagaikan terlupa seketika segala tekanan jiwa raga di kota kosmopolitan...cewah. Destinasi terakhir ialah Pantai Beras Basah. Kami dibenarkan bersantai satu jam di sini tapi lebih berminat mengutip batu-batu karang di persisiran pantai untuk memenuhi balang ikan aku kat umah. Walaupun pantainya tidak sejernih pulau perhentian, namun ianya tetap meninggalkan kenangan cuti-cuti Malaysia.

Next, aku teringin nak naik ferris wheel kat Taman Tasik Titiwangsa tu... jom???
Gambar kenangan berempat.
Petai yang berharga RM2 jer seikat.
Inilah tempatnya rombongan cik kiah memborong pinggan mangkuk.
bersama bangau putih berkaki pinky...
ayah aku suruh mak aku berlakon macam kononnya freezing, tapi mak aku segan...haha.
penguin yang sedang disuap makan ikan...
nasib baik tak kena ngap ngan naga ye abah...haha.
beruk di geopark yang sedang ligat mencari kutu babi.
ombak yang menjamah kaki...tidak akan kukenali lagi...
inilah dia pantai beras basah...



bersama ibunda di private beach hotel kami.
si jakun di atas bot laju.
nampak tak si dayang bunting? Dari kanan - bentuk kepala, dada, perut hamil...