29 June, 2006

Kusssselamat.


Aku pulang dari Kemboja kelmarin dengan perasaan patriotik dan cinta terhadap negara yang tak pernah aku rasa sedalam ini...uishhh mungkin perasaan aku agak over tapi tengoklah 2 budak kemboja kat atas ni. Salah sorang tu memegang tin sprite yang sebenarnye dia kutip dari tepi tong sampah yang aku letak selepas takmau minum lagi tapi memang ader dua tiga teguk lagi boleh diminum...actually dia minta dari aku "Can i want your can...? I want drink..." Hati mana yg tersentuh.....emm nanti cerita panjang lagi. Kena balik awal.

23 June, 2006

Kebakaran.


Tiket yang nyaris2 aku burn akhirnya berjaya diselamatkan jua...walaupun 'terbakar' jugaklah jiwa ragaku ini sebab kena bayo ekstra 3 ratus sebab nak tukar tarikh yang clash ngan shoot bersama seorang diva tu...iskkk sabo je lah. Insyallah aku akan ke sana esok petang, balik selasa. Do'akan pemergian dan kepulangan anakmu yang comel ini, demi kemajuan industri pembuatan kuih bahulu kemboja.

CT in the City




Iklan Olay Total Effects terbaru featuring Siti Nurhaliza insyallah ke udara Julai nanti. Tungguuu!

21 June, 2006

Picnic @ Putrajaya









Ahad lepas bersama ijah, meshy & atin. Kononnya nak sewa basikal kat Taman Botani tu untuk pecahkan lemak tapi tup tup bila sampai jer terus ngappp bukak tupperware sampailah kenyang sangat sehinggalah melupakan hasrat murni untuk mengayuh beskal. Namun sekadar mahu mencantikkan memori daun pisang di putrajaya, kitaorang pun bermain kayuh-kayuh paddle boat. Itupun 10 minit je sebab tak sanggup menahan derita bawah terik matahari kul 12. Then kitorang terus balik cepat sebab Meshy nak tengok Erra-Yusry kat Melodi. Hmm kesimpulannya... kalau Erra-Yusry tak cerai, mungkin lama lagi kitorang jalan-jalan kat Putrajaya aritu.

09 June, 2006

Kisah Doktor Terlampau.


Hati-hati bila pergi ke klinik kerana doktor yang bakal merawat anda mungkin bukan seorang doktor. Inilah yang mungkin berlaku pada aku beberapa hari yang lepas ketika pergi ke sebuah klinik di Bangsar. Bak kata pepatah, tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat doktor tahpa aper. Citenya macamni. Selasa lepas aku diserang demam dan sakit perut. Seseorang yang baik hati telah membawa aku ke sebuah klinik yang paling berhampiran dengan kami ketika itu. Oleh kerana itulah first time (and probably the last) aku melawat ke klinik itu, aku dikehendaki mengemukakan IC. So sambil aku membelek wallet aku bertanya "Excuse me, doktor ade ke?" kepada seorang lagi lelaki India yang sedang duduk di dalam kaunter dengan gaya agak kurang sopan yang aku agak kurang berkenan. so aku target die ni kire macam sedare mare receptionist pompuan tu. maybe die tunggu nak jemput girlfren Indian die tu balik. (sorry aku tak bermaksud untuk racist...) So mamat tu jawab ade. Ahh lega aku sebab badan aku ni tak larat nak waiting lama. Bila aku dipanggil masuk ke dalam bilik...jeng jeng jeng. Alangkah terkejutnya aku lihat mamat yang hampeh di depan tadi itulah doktor yang bakal merawat aku. Oh tidakkk! Mulut aku terus mengeluarkan auto-dialog "Oh...you're the doctor. Sorry." Ehek ehek sweetkan intro itu. Eh dia macam takda perasaan and macam buat-buat tak dengar jer bila aku cakap camtu. Oh mungkin die segan. Tak mengapelah sangka aku. Lepas tu die tanya aku satu soalan default dari seorang doktor, iaitu apalagi kalau tak... "Ya, sakit apa?" So aku terangkanlah masalah-masalah aku bla bla bla... Sedang aku bercerita itu ini aku terasa seperti kesejukan badan aku akibat demam ini tiba-tiba jadi bertambah-tambah sejuk ya amat. Aduhhh tak tahannya rasa. Rupa-rupanya air-cond dalam bilik tu betul-betul mengadap straighttttt kat aku. Dah la straight lepas tu agaknya on the level yang super duperrrr high. Badan aku yang sudah kesejukan seperti di Antartika ini pun berkata "Sorry doctor, the air-cond is facing directly to me." And he again macam takda perasaan and macam buat-buat tak dengar jer bila aku cakap camtu. Saikoooo! Menggigil sopan aku di situ. Lepas aku habis explain pasal demam, sakit perut, muntah, mual segala2nya kat pada dia, dia kata OK, done. Maka keluarlah aku dari bilik itu setelah hanya mendapat pemeriksaan secara verbal sahaja daripada doktor yang aku terus suspek mungkin seorang doktor palsu. Seingat aku ketika bermain dokter-dokter di zaman kecik2 dahulu, walau apepun sakit seseorang pesakit tu, mesti at least ada guna stetoskop untuk cek heart beat die. Hmmmmmm. Dah la tu orang membawa aku tadi hanya menggeleng cool sahaja biler aku cerita padanya. Bukan die nak hempuk ke doktor tu ke apa ke tapi die kata "dah lah...kite gi klinik lain". So moral of the story, mencegah lebih baik daripada pergi ke klinik. Have a good weekend.

02 June, 2006

E-mel & 59 tahun.

Syoknya tadi aku telah menerima sepucuk e-mel 'membina' dari Bos besau. Alahhh e-mel die actually simple giler tapi biasalah aku yang kecil ini suka nak over-excited haha. Al-maklumler baru sebulan lebih kat tempat baru ni. Bos aku ni antara sifu advertising yang famous la gak dalam industry. Comel tau orangnya. Paras rupa & kebotakan dia ada ala-ala Eric Leong, pengacara Casa Impian tu hahaha mampus aku kalau dia baca ni. Dia cuma kata "Hi Susu. Well done on the Olay script." Itu jer hahaha. Terperanjat aku dia main-main e-mel lak. Dah tu suka nak panggil aku susu. Oh bersemangatnya hari jumaat aku yang pada mulanya agak malas sebab esok nak balik kampung... yahuu! Dan hari ni adalah hari jadi ibuku yang ke-59 tahun. Alhamdulillah, dia masih sihat waalfiat. Ku do'akan yang terbaik untuk ibu.