09 June, 2006

Kisah Doktor Terlampau.


Hati-hati bila pergi ke klinik kerana doktor yang bakal merawat anda mungkin bukan seorang doktor. Inilah yang mungkin berlaku pada aku beberapa hari yang lepas ketika pergi ke sebuah klinik di Bangsar. Bak kata pepatah, tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat doktor tahpa aper. Citenya macamni. Selasa lepas aku diserang demam dan sakit perut. Seseorang yang baik hati telah membawa aku ke sebuah klinik yang paling berhampiran dengan kami ketika itu. Oleh kerana itulah first time (and probably the last) aku melawat ke klinik itu, aku dikehendaki mengemukakan IC. So sambil aku membelek wallet aku bertanya "Excuse me, doktor ade ke?" kepada seorang lagi lelaki India yang sedang duduk di dalam kaunter dengan gaya agak kurang sopan yang aku agak kurang berkenan. so aku target die ni kire macam sedare mare receptionist pompuan tu. maybe die tunggu nak jemput girlfren Indian die tu balik. (sorry aku tak bermaksud untuk racist...) So mamat tu jawab ade. Ahh lega aku sebab badan aku ni tak larat nak waiting lama. Bila aku dipanggil masuk ke dalam bilik...jeng jeng jeng. Alangkah terkejutnya aku lihat mamat yang hampeh di depan tadi itulah doktor yang bakal merawat aku. Oh tidakkk! Mulut aku terus mengeluarkan auto-dialog "Oh...you're the doctor. Sorry." Ehek ehek sweetkan intro itu. Eh dia macam takda perasaan and macam buat-buat tak dengar jer bila aku cakap camtu. Oh mungkin die segan. Tak mengapelah sangka aku. Lepas tu die tanya aku satu soalan default dari seorang doktor, iaitu apalagi kalau tak... "Ya, sakit apa?" So aku terangkanlah masalah-masalah aku bla bla bla... Sedang aku bercerita itu ini aku terasa seperti kesejukan badan aku akibat demam ini tiba-tiba jadi bertambah-tambah sejuk ya amat. Aduhhh tak tahannya rasa. Rupa-rupanya air-cond dalam bilik tu betul-betul mengadap straighttttt kat aku. Dah la straight lepas tu agaknya on the level yang super duperrrr high. Badan aku yang sudah kesejukan seperti di Antartika ini pun berkata "Sorry doctor, the air-cond is facing directly to me." And he again macam takda perasaan and macam buat-buat tak dengar jer bila aku cakap camtu. Saikoooo! Menggigil sopan aku di situ. Lepas aku habis explain pasal demam, sakit perut, muntah, mual segala2nya kat pada dia, dia kata OK, done. Maka keluarlah aku dari bilik itu setelah hanya mendapat pemeriksaan secara verbal sahaja daripada doktor yang aku terus suspek mungkin seorang doktor palsu. Seingat aku ketika bermain dokter-dokter di zaman kecik2 dahulu, walau apepun sakit seseorang pesakit tu, mesti at least ada guna stetoskop untuk cek heart beat die. Hmmmmmm. Dah la tu orang membawa aku tadi hanya menggeleng cool sahaja biler aku cerita padanya. Bukan die nak hempuk ke doktor tu ke apa ke tapi die kata "dah lah...kite gi klinik lain". So moral of the story, mencegah lebih baik daripada pergi ke klinik. Have a good weekend.

2 comments:

sam zahri said...

teruknya, so berapa dia caj u?

Suhaila Mohd Shukor said...

RM38 sam... amaun tu okay sbb macam2 obat dapat tapi tak brape mujarab. Entahler...then next day kiter pegi klinik lain.