Bila lalu kat concourse Mid Valley tadi, aku terasa seperti kat London sekejap (ewah macamler pernah sampai sane), punyelah besar pokok krismas yang tiba-tiba tumbuh kat tengah ruang tu... bersama rintik-rintik salji dan alunan christmas carol yang memanjat kesyahduan insan-insan kafir ini. Maka dengan tak semena-mena, neuron-neuron otakku yang tengah relaks tiba-tiba terkezut zasss menafsirkan satu fakta logikal... ALAMAK!!! ESOK dah nak masuk Disember... bulan terakhir yang bakal melengkapi tahun 2005. Aduh cepatnya masa berlalu... I wish I could have done more this year.......................
Hmmmmm. If everything happens for a reason, some things did not happen for reasons too...?!!!?!? WALLAHUALAM.
30 November, 2005
28 November, 2005
Potret Kejayaan Seorang Atlit Wanita.
Maafkan keterlanjuran tajuk di atas. Pagi ini seluruh mental dan fizikalku terasa segar seperti susu dari ladang. Selepas lebih seminggu tubuh montokku ini tidak melakukan apa-apa aktiviti yang memecahkan kebuntuan lemak dan selulit, hari ini semangat kesukanan ku kembali bersemarak... sehingga aku sendiri tidak menyangka bahawa kakiku telah berjogging sejauh 4.5km tanpa henti dalam masa 40 minit. Ohhh kalaulah ditakdirkan Jackie Chan ada datang melawat tadi, dia pasti terkesima dan terus menawarkan aku menjadi heroin wanita bertudung pertama dalam filem action-pack Hong Kong. Hahhh nampaknya stamina aku sudah membuat lonjakan paradigma. Mungkin juga akibat terkesan melihatkan iklan TV canggih Majlis Belia & Sukan baru-baru ini yang cuba mempopularkan atlit-atlit Malaysia sama seperti Mawi yang sudah menjadi jutawan tetapi masih makan MAMEE setiap hari.
Selepas membaca blog intot pasal aktiviti bowlingnya, aku terasa seperti dua kali lima jer ngan dia haha. Harap-harapla tournament bowling yang TERPAKSA aku hadapi dengan jiwa yang tertekan pada 23/12 di Seremban Bowl nanti diselubungi dengan aura keajaiban. Kerana sesungguhnya captain pasukan aku dah warning "jangan malukan team!!!". Adussss... to my fellow bowling team members, marilah turun Mid Valley kasik training kat maksu please...

23 November, 2005
Only God Knows Why.
Kusut betul jiwa aku hari ni. Aku pun tak tahu kenapa semenjak sebulan dua ni bila kerja bertimbun, aku macam tak cool. Cepat nak naik angin. Cepat moody. Padahal sebelum ni aku tidaklah ada masalah ni, malah sudah pun imun akan fitrah kerja yang sebegini... aku sendiri pun pelik kenapa tiba-tiba terasa seperti kerja ni membebankan sangat sangat! Iskk kenapa dengan aku ni?!!!
Adakah...
1) mungkin sel-sel otak aku tersangat letih dan perlu diberikan pil khayal?
2) mungkin pasport aku telah memanggil-manggilku memanfaatkannya buat kali kedua?
3) mungkin aku ketiadaan inspirion ketika ini?
4) mungkin aku perlu menukar kerjaya sebagai tukang masak restoran?
5) mungkin sudah tiba masanya aku melompat ke agensi terlampau yang lain?

20 November, 2005
Cubaan 123.

16 November, 2005
"Kenape, Tak Percaye...?" by Afiq.

"Congrats abang Afiq...kepimpinan melalui teladan."
//more raya pics at shahrul's.
07 November, 2005
Cepatnya.
Cepat sungguh masa berlalu. Selepas hampir seminggu bercuti, hari ini punggungku pasrah kembali melanyak kerusi boleh putar 360 darjah milik opis. Alhamdulillah, Syawal tahun ni meriah. Namun dalam kemeriahan itu, aku turut merasa sedih mendapat berita akan pulangnya ke Rahmatullah, adik kepada rakanku Omar Al-Attas pada pagi 3 Syawal. Al-Fatihah. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beramal soleh... AMIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)