Maafkan keterlanjuran tajuk di atas. Pagi ini seluruh mental dan fizikalku terasa segar seperti susu dari ladang. Selepas lebih seminggu tubuh montokku ini tidak melakukan apa-apa aktiviti yang memecahkan kebuntuan lemak dan selulit, hari ini semangat kesukanan ku kembali bersemarak... sehingga aku sendiri tidak menyangka bahawa kakiku telah berjogging sejauh 4.5km tanpa henti dalam masa 40 minit. Ohhh kalaulah ditakdirkan Jackie Chan ada datang melawat tadi, dia pasti terkesima dan terus menawarkan aku menjadi heroin wanita bertudung pertama dalam filem action-pack Hong Kong. Hahhh nampaknya stamina aku sudah membuat lonjakan paradigma. Mungkin juga akibat terkesan melihatkan iklan TV canggih Majlis Belia & Sukan baru-baru ini yang cuba mempopularkan atlit-atlit Malaysia sama seperti Mawi yang sudah menjadi jutawan tetapi masih makan MAMEE setiap hari.
Selepas membaca blog intot pasal aktiviti bowlingnya, aku terasa seperti dua kali lima jer ngan dia haha. Harap-harapla tournament bowling yang TERPAKSA aku hadapi dengan jiwa yang tertekan pada 23/12 di Seremban Bowl nanti diselubungi dengan aura keajaiban. Kerana sesungguhnya captain pasukan aku dah warning "jangan malukan team!!!". Adussss... to my fellow bowling team members, marilah turun Mid Valley kasik training kat maksu please...
6 comments:
Maksu!Jangan nak berangan!Tournament 14 & 15 Dec tau.Kalau malukan Team,kena denda.Jogging 10 km tanpa henti.
Wokeh afiq. maksu dah tepon doraemon. 14 & 15/12 nanti dia turun seremban bersama BOLA PINK STRIKE AJAIBBBBB...
apa bolwing2 nih.. stamina solat 5 waktu maintain ke..??
Itupun insyallah kita cube maintain kehkehkeh, tq! Elok ler kita sesama ingat-mengingati. Bak kata pepatah melayu skrg, world world gak, akhirat jangan lupe~ ish ish ish...
tak payah kecoh-kecoh...atas sebab-sebab ketahapan fitness dan mental maksu yang diragui,di kejohanan bowling 'world' on 24/12@Ampang Bowl Seremban nanti, ketua pasukan terpaksa menurun status maksu dari pemain, ke pemain simpanan.takut malu pasukan...
Hahahahahah hampehhhh....!
Post a Comment