16 November, 2005

"Kenape, Tak Percaye...?" by Afiq.

Hari ini saya dan seluruh ahli keluarga berasa begitu terharu dan berbangga sekali dengan kejayaan anak sedara saya Mohd Afiq yang telah mendapat kesemua 5A dalam UPSR yang diumumkan keputusannya pagi tadi. Kejayaan yang dianggap magik dan sukar dipercayai oleh ibunya sendiri ini telah sekaligus telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang hobinya menghadap computer games dan juga playstation sepanjang hari tak kira hari sekolah ataupun weekend tidak semestinya lemah dalam bidang akademik, tetapi semestinya melemahkan degupan jantung ibu dan abahnya yang selalu menjerit menyuruhnya berhenti bermain sehingga menggugat kesihatan tonsil. Dan ternyata, ukuran berat badan 56 kg di usia 12 tahun iaitu 4 kilogram lebih unggul daripada maksunya tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan tradisi kejayaan keluarga. Maksu do'akan semoga cita-cita murni Afiq untuk menjadi Datuk Bandar Nilai tercapai jua suatu hari nanti bagi mengubah konsep lampu perhiasan di roundabout dan persisiran jalan raya Bandar Baru Nilai yang telah sekian lama mengalami konflik identiti yang lucu itu...



"Congrats abang Afiq...kepimpinan melalui teladan."
//more raya pics at shahrul's.

4 comments:

Anonymous said...

Cayalah Afiq!!!! Tahniah = Congratulations to u ! mintak hadiah ps3 plak dr maksue mu ;)

idea hamka said...

caya.. cayalah..

Limulus♠ said...

Maksu!Maksu dah salah.Berat afiq dah 54 Kg la.Sebenarnye Afiq memegang prinsip Study Smart Don't Study Hard!Cita2 Afiq pun dah tukar.

Suhaila Mohd Shukor said...

Aik... cepatnya tukar... lepas sibuk SMSSSSSSSSSSSS ni semuanya lah nak tukar... aipppp!!!