17 August, 2015

Apa aktiviti hujung minggu anda?

Sabtu Ahad adalah hari yang selalu saya tunggu-tunggu...mungkin ramai juga yang macam saya ni...memandangkan saya ni bekerja di pejabat 5 hari seminggu, baki 2 hari itu bagaikan permata bagi saya.

Masa itulah nak:-

1) Bereskan urusan kain, angkat dan lipat dan sidai. Saya sejujurnya memang tak minat langsung menguruskan kain ha ha. Entahlah memang tak suka usah ditanya mengapa. Kiranya kalau disuruh pilih antara lipat kain VS memasak banyak-banyak bagaikan catering, saya pilih masak! ha ha. Mujurlah mendapat pasangan yang gemar menguruskan kain (totally opposite!) beliau sangat ringan tulang membantu kutip kain baju dan masukkan ke dalam mesin. Kadang kala tolong sidai sekali atau saya sambung uruskan menyidai, mengangkat, melipat, menyusun dalam almari itu memang tugasan saya.

2) Nak fikir nak masak apa yang special untuk makan-makan berdua. Disebabkan tuntutan kerja saya tak menentu, jarang juga dapat balik masak makan malam di hari bekerja. Walaupun dah semangat beli bahan-bahan masak, macam ayam, udang, ketam letak dalam freezer...lepas tu bila datang hari kerja...alamak sama ada dah balik lewat atau takda kederat nak masak lagi. So bila weekend...memang balas dendam masak apa yang tekak sendiri atau tekak suami terasa...

3) Susun atur perhiasan dan perabut! Ini memang terapi, bila dapat ubah kedudukan perabut dan lihat transformasi bagaikan jadi lain bila masuk rumah sendiri. Kalaulah kami ada ruang lebih besar atau tempat untuk bertukang atau cat semula perabut mesti lagi macam-macam usaha kami...beruntung siapa yang tinggal di rumah bawah...bukan saja ada halaman, ada tempat untuk buat little DIY projek macam ni...sekarang pun saya ada 2 kerusi lama yang teringin di cat/spray menjadi warna lain tapi ruang agak terhad nak buat itu ini...

4) Kemas kemas dan kemas rumah. Senang betul hati kalau bila keluar rumah di hari Isnin nanti rumah nampak cozy seperti memanggil-manggil kita pulang daripada penat bekerja. Itu lah sebabnya hari minggu kami suka beriadah mengemas rumah. Tapi keluar tu keluar juga...bila ada terasa nak menengok-nengok barang rumah dan kemas kini barangan di dapur.

5) Balik kampung! Ini bukan setiap minggu, tapi bila ikut jadual waktu... selang 2-3 minggu kami akan pulang menjenguk ibu-ibu kami yang berjauhan. Masa inilah juga kesempatan untuk Boi keluar dari rumah...kami akan bawa dia travel bersama dan dia pun dah biasa dengan rumah kampung tu...dan banyak betul aktiviti Boi kat rumah Neneknya. Bila balik kampung memang seronok sebab kami pun dapat makan masakan ibu sepuasnya...memang takde istilah diet lagi lah pagi tengah hari malam, menu memang lengkap...siapa yang tak gemar masakan ibu sendiri kan?

Tapi minggu lepas, agak berbeza sebab kami jemput kenalan dan saudara terdekat makan-makan di rumah... nanti kalau ada kesempatan saya kongsikan ceritanya!

5 comments:

norfaddilla rahman said...

Dalam kenal meksu. Sy selalu tgok meksu kemas rumah tu seangakatan dgn lipat kain lah hehehe

Suhaila Mohd Shukor said...

he he itulah...dalam tak suka kena buat jugak

Suhaila Mohd Shukor said...

he he itulah...dalam tak suka kena buat jugak

Suhaila Mohd Shukor said...

he he itulah...dalam tak suka kena buat jugak

Suhaila Mohd Shukor said...

he he itulah...dalam tak suka kena buat jugak