31 July, 2015

Bubur Perak

Kalau anda dalam perjalanan pulang ke Ayer Tawar/Sitiawan/Lumut, memang akan lalu gerai Bubur Perak. Ianya terletak di tepi jalan, selepas nampak lapangan ladang jagung di sebelah kiri di kawasan titi gantung, kemudian ada trafik light...haa lepas tu boleh slow anda akan nampak sign board besarnya ni...

 
Ceritanya minggu lepas bila tengah sembang dengan Mak, saya mention teringin bubur jagung. Lepas tu cakap Peksu suka bubur kacang hijau...Mak kata..."kome kalau nak makan cet cet sikit sikit...beli jer lah kat Bubur Perak ni...takpayahlah nak kukur kelapa" ha ha ye tak ye jugak...sebab kami nak bawak Mak keluar ke Seri Iskandar...so memang akan lalu kat area ni nanti...lagipun kaki Makrabiah bengkak sikit jadi kami memang bagi MC kat Mak supaya tak masuk dapur...



Jadi apa istimewanya Bubur Perak ni? Tengoklah sendiri lambakan jenis bubur-buburnya...sampai berpinor-pinor mata nak pilih yang mana...biasalah Meksu memula nak bubur jagung kan...sekali tengok Pengat Ubi Keledek pun macam menarik jugak...sebab ada sagu dan ketulan oren kat dalam tu puuhhh terliur dibuatnya...

Makrabiah kata "Usahlah nak semua Suhaila!! Kamu tu bukannya makan sangat...Mak tahu benorr...makan 2 sudu pastu tinggal" hahahaa...memang ibu mana tak mengenali anaknya kan...sudahnya kami hanya beli 3 jenis...Mak pilih Bubur Gandum, Meksu tetapkan jiwa pilih Bubur Jagung dan Peksu tukar ke Pengat Pisang sebab Bubur Kacang Hijau takda pulak....gigih Meksu call Peksu dari depan periuk belanga XXL ni...sebab Peksu tak turun dari kereta he he

Mak tanya orang tu....aiii beli tiga takde diskaun ker...hahahaah mak oo mak. Jawabnya makcik yang menjual kalau beli 10 percuma 1 bekas hahaha...Makrabiah kata Uiishhh kami bertiga jer idok ler nak beli sepuluh...


Bila sampai rumah tunggu petang sikit baru buat Teh O dan keluarkan buburnya. Memang puas hati RM3 semangkuk ni sebab kuahnya pekat dan boleh tambahkan air lagi kalau nak cair sikit...dan biasa kalau kat pasar malam ada yang jual tak manis langsung buburnya kan...yang Bubur Perak ni semua ketiga-tiga bubur kami beli memang tak lokek gula...manis sangat...so boleh adjustlah dalam periuk sendiri kalau tak gemor manis...atau kalau wajah pun dah manis hahaha...

1 comment:

shuhadatulain said...

Nak cubalah nanti. Thanks Sis..