31 July, 2015

Briyani Ayam Madu di Venice of Perak

 
Kalau taknak bagi Mak masak, pancing jer cakap Jom pergi beli nasi briyani kat Venice of Perak. Terletak di Manjung Perak, kira kalau nak ke Lumut bolehlah singgah ke sini. Kedainya betul-betul depan pintu gerbang Venice of Perak ni...di kawasan perumahan yang banyak rumah cantik-cantik kat sini...gondola saja belum nampak lagi setakat ni he he hee

 Seleksi lauk kat sini banyak juga dan semuanya kalau ikut cita rasa tekak Meksu ni semua sedap-sedap belaka... Kami beli bungkus bawa balik...Nasi Briyani 3 bungkus...kuah dan lauk asing-asing, lauk ayam madu, ayam masak kari, daging masak hitam, kari kambing, sayur jelatah, kobis goreng...gemor sangat tengok warna kobis goreng yang kekuningan ni...walaupun kita tahu dia masak guna lebihan minyak goreng ayam sebab tulah kuning ha ha ha

Memang berpatutan harganya...semua lauk-lauk yang dipilih termasuk papadom dua bungkus sebab Meksu tamak...cuma RM40++ tak silap...Makrabiah yang belanja...nak jugak belanja...bila turun kereta awal lagi Mak dah cakap...this time mak bayar!! Ehhh!!! Berebut kat kaunter tetiba sampai kedai ni Mak kata duit Meksu tak laku..ha ha terima kasih Mak...sedap lauk-lauknya kat sini...ada nostalgia di sebalik restoran ni ketika Arwah Abah masih ada inilah tempat mereka lunch, dating berdua di sini dan Abah akan minta bungkus satu lagi untuk makan malam....semuanya tinggal kenangan buat Mak.

No comments: